Jom hadir ke Gotong-Royong Bersih Indah Ceria Komuniti Siri Ke-4 pada 4 Julai 2026, 8.00 pagi di Pasar Dewan Beta, Lundang Paku.
Bawa keluarga dan anak-anak. Kebersihan tanggungjawab bersama.
PEMAKLUMAN
Operasi Sitaan Cukai Taksiran MDKPI akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Jun hingga 16 Julai 2026 melibatkan Mukim Mahang West, Mahang East, Pendek, Ketereh West, Beta Hilir, Pauh 5 dan Melor.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan ketekunan yang tidak ternilai.
SELAMAT HARI GURU
Ikhlas daripada:
Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan Seluruh Warga MDKPI
KEJOHANAN KAROM BEREGU TERBUKA KELANTAN 2026
MDKPI dengan kerjasama Kelab Karom Dato’ Zul Wisma telah menganjurkan kejohanan ini pada 16 Mei 2026 di Dewan MDKPI.
Program menghimpunkan peserta dari seluruh Kelantan dalam semangat kesukanan dan silaturahim.
Tahniah calon SPM 2026 atas pencapaian anda.
Yang cemerlang, terus melangkah dengan rendah hati.
Yang belum, jalan kejayaan tidak pernah tunggal.
MDKPI mendoakan masa depan yang dipermudah dan diberkati.
Penutupan Operasi Premis Perniagaan Sempena Aidilfitri & Aidiladha 1447H / 2026M
Majlis Daerah Ketereh ingin memaklumkan bahawa penutupan operasi bagi beberapa kategori premis perniagaan akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
PROGRAM TOWN HALL TAKLIMAT PENIAGA MDKPI Semua peniaga di bawah seliaan MDKPI dijemput hadir.11 Februari 2026 (Rabu) | 9.00 pagi Dewan Utama MDKPIFokus: Etika Peniaga Muslim, Kesihatan & Kebersihan Premis, Penentuan dan Kawalan Harga.
DOA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADAN
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
PENDAFTARAN LESEN KONTRAKTOR GRED G1 (2026)
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam mempelawa Kontraktor Gred G1 yang berdaftar di Jajahan Kota Bharu untuk mendaftar lesen bagi tujuan menyertai tawaran kerja sebutharga tahun 2026.
Salam Isra’ Mikraj 1447H
Isra’ dan Mikraj mengangkat solat sebagai ibadah paling mulia disyariatkan secara langsung kepada Rasulullah SAW sebagai hubungan antara hamba dan Allah. Ayuh kita memperelokkan solat, jaga waktunya dan hayati setiap sujud, agar ia jadi cahaya kehidupan.
Selamat Datang Bulan Rejab.
Bulan untuk bermula kembali, memperbetul niat, memperhalusi amal, dan menyiapkan jiwa menuju Ramadan.
Semoga Rejab ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Saluran pembayaran MDKPI akan ditutup sementara bagi kerja penutupan akaun kewangan tahun 2025.
Penutupan melibatkan kaunter serta saluran dalam talian (PBTPay / JomPAY / EFT) mengikut tarikh ditetapkan.
TAHNIAH MDKPI
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam meraih Tempat Kedua dalam Anugerah PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran (KKP) 2025 bagi kategori Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar.
#Ketereh#MDKPI#MalaysiaSihat#KKP2025
Mari kita sokong amalan mulia ini. Sejak sekian lama, pasar-pasar malam dalam kawasan Ketereh dihiasi tradisi perniagaan yang tidak melupakan keberkatan, jual beli dihentikan 15 minit ketika azan Maghrib.
om sertai kempen “BERSAMA MALAYSIAKU” anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui KPKT.
Setiap potret membawa kisah tentang harapan, kebanggaan, dan cinta pada tanah air. Mungkin potret anda menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.
Imbas kod QR di bawah untuk turut serta.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam terus konsisten menganjurkan program ilmu di lapangan terbuka. Kuliah Medan Ilmu Pasar Melor minggu ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal bin Mustapha, Imam Tua Masjid Al-Muhajirin, dengan pengajian berfokuskan Kitab Bekalan Harian.
PELUANG PELABURAN STRATEGIK DI KOK LANAS – TARIKH TUTUP DILANJUTKANMajlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam mempelawa syarikat berkelayakan untuk mengemukakan Request for Proposal (RFP) bagi cadangan pembangunan tapak strategik di PT 6752, Mukim Mahang West, Kok Lanas