Berita yang mendukacitakan.
Seorang sahabat lama dari Pandan, allahyarham Arvin Abdullah meninggal dunia lagi ini akibat serangan jantung. Lebih muda dari saya, beliau antara sukarelawan awal yang tampil membantu kempen saya di Pandan sejak 2013.
Dengan kerjaya yang baik sebagai pengurus bank di RHB, beliau banyak membantu perjuangan PKR—berkhidmat di peringkat cabang dan nasional (sebagai bekas Exco AMK Pusat dan ahli Lembaga Disiplin parti) dengan penuh dedikasi.
Sebulan lalu, beliau menghantar SMS kongsikan berita gembira bahawa beliau telah memeluk Islam dan mengambil nama Arvindran Patmanathan Abdullah. Allahyarham sepatutnya ke pejabat JPN pagi ini untuk memasukkan nama Abdullah secara rasmi.
Hari ini, beliau telah pergi, dipercayai akibat serangan jantung walaupun beliau tiada tanda-tanda sakit sebelum ini pada usia masih muda, sekitar lewat 30-an.
Arvind bukan sekadar rakan seperjuangan, tetapi seorang sahabat.
Pemergiannya satu kehilangan besar.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba yang dikasihi-Nya.
Al-Fatihah.
Bagi duit buat kapal, kapal tak siap,
Bagi duit untuk melabur, Jho low nya lari..
last2 Madani kene cuci taik..
ni semua celaka tuan-tuan..
Ni pergi solat jumaat jangan lupa solat taubat sekali..
Bala2..
ISU: BANK NEGARA WAJIBKAN SYARIKAT INSURANS DAN TAKAFUL SEDIAKAN PILIHAN PRODUK INSURANS & TAKAFUL DENGAN CO-PAYMENT ATAU DEDUCTIBLES
SIAPA YANG TIDAK TERKESAN & TERKESAN?
Tidak Terkesan:
- Pemegang polisi insurans/takaful kesihatan sedia ada yang tidak berniat mengubah polisi mereka dari segi manfaat (benefits), had (limits) dan perlindungan tambahan (riders)
Terkesan:
- Pembeli produk insurans & takaful kesihatan baru
- Pemegang polisi sedia ada yang berhasrat membuat perubahan kepada polisi mereka dari segi benefits, limits, riders etc
- Kedua-dua kumpulan di atas wajib menerima polisi dengan ciri co-payment untuk produk insurans/takaful kesihatan
Bila polisi ini akan berkuatkuasa?
- Bermula 1 September 2024 Bank Negara mewajibkan syarikat penyedia perkhidmatan pilihan produk polisi insurans dan takaful dengan co-payment
Apa itu produk insurans/takaful dengan co-payment berserta deductibles?
- Sebahagian daripada tuntutan untuk bil perubatan di hospital swasta perlu ditanggung oleh pemegang polisi walaupun pemegang polisi bayar premium setiap bulan/tahun dan sejumlah bayaran dalam bentuk deductibles perlu dibayar terlebih dahulu sebelum syarikat insurans/takaful membayar baki bil perubatan pemegang polisi
Berapa peratus kadar co-payment yang ditetapkan BNM?
- 5% daripada jumlah tuntutan/claim yang dibuat pemegang polisi bermaksud jika jumlah bil perubatan pesakit berjumlah RM50,000 (tanpa deductibles), pemegang polisi perlu membayar RM2,500 dan selebihnya dibayar oleh syarikat insurans/takaful
dan/atau
- RM500 minima deductibles mesti dibayar oleh pemilik polisi
Adakah syarikat insurans/takaful tidak lagi sediakan produk insurans/takaful kesihatan tanpa co-payment & deductibles?
- Syarikat insurans/takaful dibenarkan untuk terus mempromosi dan menjual polisi insurans/takaful kesihatan tanpa co-payment & deductibles sedia ada
- TETAPI bermula 1 Januari 2025 semua produk polisi kesihatan YANG BARU mesti ada ciri co-payment & deductibles
- Di masa akan datang semua polisi insurans/takaful kesihatan akan digantikan dengan polisi dengan ciri co-payment & deductibles
Apakah kelebihan polisi dengan co-payment & deductibles kepada pemegang polisi & bakal pemilik polisi?
- Bayaran premium yang lebih rendah berbanding polisi tanpa ciri co-payment & deductibles (*tertakluk kepada syarikat insurans & takaful)
Apakah keburukannya?
- Kepada pembeli produk baru dan pemegang polisi yang membuat pengubahsuaian kepada polisi sedia ada, mereka akan menanggung 5% daripada jumlah tuntutan bil perubatan mereka daripada poket mereka sendiri
Apakah sebab pelaksanaan polisi ini?
- Menurut BNM untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan kesihatan yang lebih bertanggungjawab:
- Menurut Timbalan Menteri Kewangan untuk merendahkan kos yang perlu dibiayai oleh syarikat insurans/takaful dan juga pemegang polisi yang lain (pool), untuk mengelakkan tuntutan palsu dan untuk memastikan kemampanan produk insurans dan takaful kesihatan:
Bukan ke syarikat insurans dan takaful untung setiap tahun; kenapa BNM nak bantu mereka kurangkan kos?
- Menurut Laporan Semakan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2023 oleh Bank Negara Malaysia, berlaku peningkatan bayaran tuntutan kesihatan oleh syarikat insurans dan takaful:
2H2023: RM5.3 bilion
1H2023: RM4.7 bilion
2H 2022: RM4.3 bilion
- Trend ini bermula sejak pandemik Covid-19 yang meningkatkan kos purata bil perubatan dan juga insiden kesihatan berbanding sebelum era pandemik
- Perkara ini menyebabkan syarikat insurans dan takaful menanggung kerugian di mana net underwriting income iaitu pendapatan premium ditolak segala perbelanjaan tuntutan, kerugian dan lain-lain perbelanjaan berada pada paras negatif sejak beberapa tahun yang lepas
- Ini juga sebab kenapa syarikat insurans/takaful meningkatkan bayaran premium/sumbangan yang perlu dibayar pemegang polisi sedia ada baru-baru ini
- Walaubagaimanapun secara keseluruhan syarikat insurans dan takaful hayat dan kesihatan masih mencatat keuntungan yang disumbang oleh pendapatan daripada pelaburan
RUMUSAN (+Komen):
1. Pemegang polisi sedia ada tak terkesan kecuali nak buat perubahan pada polisi di masa hadapan tapi bakal pembeli insurans/takaful kesihatan terpaksa terima ciri co-payment & deductibles dengan kemungkinan bayaran premium yang lebih rendah
2. Syarikat insurans & takaful tanggung kerugian selepas pandemik yang menyaksikan peningkatan kos bil perubatan dan kadar insiden kesihatan (rawatan di hospital)
3. Polisi insurans dan takaful (nyawa) dan kesihatan menjadi pilihan sebahagian rakyat Malaysia. Menurut dapatan, kadar penembusan insurans hayat dan takaful keluarga adalah 54% pada tahun 2022 bermakna lebih daripada separuh rakyat Malaysia mempunyai insurans/takaful sebagai perlindungan
4. Menurut dapatan yang dibuat Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), 55% daripada rakyat Malaysia mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada setiap masa.
5. Pemegang polisi sedia ada akan terus menanggung kos kesihatan secara langsung dengan semakan kadar premium yang semakin tinggi seperti dialami pemegang polisi sejak beberapa tahun lepas
6. Pemegang polisi baru pula perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung co-payment & deductibles yang diwajibkan BNM
7. Apa nak buat, bayau aje la. Kalau tak mampu ke Klinik Kesihatan & Hospital KKM RM1 la kita semua 🤣
Perkongsian yang menginsafkan dari pesakit kanser.
Sesungguhnya orang yang telah diuji dengan penyakit kritikal sahaja yang sahkan bahawa kanser adalah penyakit yang sangat mahal.
Bukannya mahal dari segi rawatan tapi meninggalkan kesan yang tinggi kepada kewangan seseorang
Air Selangor ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Pelaksanaan kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual sementara di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 5 Jun 2024 (Rabu). Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di lampiran.
Untuk makluman, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemer Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://t.co/17fpKr41nH.
#AirSelangor #240605SSP1
Client dah admit hospital dari malam semalam.
Client : Kenapa GL untuk admission saya tak approve lagi? Pihak hospital kata Takaful tak Approve lagi. Kenapa GL approval lambat sangat?
Ejen : Baik, kejap saya semak
Jawapan 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
My revert to Islam story. I met my wife in Turkey in 1996 and we married in 1997. Neither of us was religious at that time. Fast forward about 10 years. My wife started to become interested in her religion Islam. In about two years she realized that it was a sin to have married a Christian, much less stay married to a Christian. So she was begging me to revert to Islam. I had no idea what Islam was about and I was thinking that I needed to convert her to Christianity. As I was in the military I was set to go on a deployment to Qatar. We made each other a deal. I would read the Quran and she would read the Bible. We both did. My plan backfired because the Quran was so amazing and pure and without contradictions. My wife found the Bible very confusing and full of contradictions. I told my wife, let me re-read the Bible. Over six months I re-read the Bible, but after reading the Quran it read so different. So, then I re-read the Quran. After two years of wrestling with my inner conflict. I realized I can't deny the truth. So, in Rapid City, South Dakota at a Ramadan Iftar meal; I took my Shahada in 2009. I have been progressing as a Muslim ever since. Studying Hadith and Sunna. I went to Umrah once. Can't wait to go again. Allahu Akbar Islam is Beautiful.❤️
Brother Andy
DR. MUNIM - MUSLIM YANG MEMELUK ORANG YANG MEMBUNUH ANAKNYA..
Dr. Munim tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai “tiger of Islam”. Namun suatu peristiwa telah menyebabkan hatinya hancur.
Anak lelaki harapannya telah dibunuh oleh seorang lelaki ketika anaknya sedang menghantar pizza. Anaknya telah diambil nyawa. Bukan diejek, bukan dicaci, atau dimaki.
Orang yang membunuh anaknya telah disabitkan bersalah dan telah mengaku salah. Adakah Dr. Munim menyuruh si pembunuh anaknya melutut meminta maaf?
Tidak!
Dr. Munim telah memberikan syarahan di dalam mahkamah yang menyebabkan hakim pun mengalirkan air mata. Bahkan, dia memaafkan orang yang membunuh anaknya.
Akhir sekali, dia memeluk pembunuh anaknya. Inilah contoh seorang suami, ayah, muslim dan tokoh masyarakat yang baik. Isterinya juga tidak merentan membabi buta.
Korang nak ikut contoh tauladan yang mana? Dr. Munim atau tiger of wall street? Terserah korang..
;)
Bermula hari ini 11 May korang yang bekerja dah ada akaun 3 KWSP… Korang excited tak tu?
Baca thread di bawah kalau korang still tak faham amende Akaun 3 KWSP ni?
DATUK RED PUN PAKAI GELARAN DATUK SCAM JUGA KE?
Dato Red, atau nama sebenarnya Adnan Abu, atau Adenan Abu, merupakan mantan usahawa lot lidi yang tular baru-baru ini kerana telah diberi peluang kedua oleh beberapa usahawan.
Semalam, sahabat aku kasitau yang Datuk Red punya nama pun takda dalam senarai datuk-datuk ori (https://t.co/3DGNg5FcWQ). Apa nak pelik, usahawa lot lidi kan. Kahwin dengan artis pula tu.
Memang ramai artis-artis kahwin dengan datuk scam. Antaranya,
1. Fauziah Gaus.
2. Heliza Helmi
3. Eena Azman
Dan tak pelik juga Adira juga kahwin dengan datuk scam.
Aku harap lepas “Datuk” Red berjaya kumpul duit, bolehlah bayar balik mangsa-mangsa lot lidi tu. Kesian diorang. Ohya, dalam carian aku, Adnan Abu tiada dalam senarai dato-dato ori. Kalau korang jumpa, kasitaulah.
Cuma aku tertanya-tanya, artis-artis wanita muda di Malaysia zaman la ni ni memang senang kena pancing dengan gelaran dato-dato ke?
Setakat ini, pelakon muda Elvina je dapat dato ori, Tokboi atau Datuk Haniff Borhan. Yang lain, macam torkono je dengan dato-dato scam.
Kan?
;p
Isnin 22 April dah 13 Syawwal.
Jadi kalau belum mula puasa enam, boleh mula hari Isnin depan.
Dapat 3 dalam 1.
Puasa sunat Isnin,puasa sunat hari putih (ayyāmul bidh),puasa enam Syawal.
Tanda siap-siap di kalendar masing-masing.
Bagitau awal tak kalut.