Dalam Surah al-Insan, Allah menjanjikan Syurga buat Muslim yang bersabar terhadap segala ujian di dunia. Mereka yang bersabar dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya turut dijanjikan syurga.
Doa harian,
"Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku, kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku, dan Engkau adalah sebaik-baik Perancang"
Aamiin.. โจ๐คฒ๐ป
Surah al-Nisa ayat 58 berpesan, serahkan amanah kepada yang berhak. Bila duit zakat diseleweng untuk kepentingan sendiri, itu jelas khianat. Ingat, yang diambil itu hak asnaf, azabnya sangat berat.๏ฟผ
Rasulullah SAW mendidik kita agar apabila kita mengetahui aib peribadi seseorang, maka kita perlu menjaganya dan menutupnya, bukan menghebahkannya kepada orang ramai.
Semoga Allah menutup segala aib kita di dunia dan akhirat.
Untunglah mereka yang menghargai masa hidup untuk beribadah. Kerana di alam barzakh nanti, manusia merayu untuk kembali walau sesaat. Namun ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Nawaitu Lillahi Ta'ala, Hasbunallah Wanikmal Wakil, Nikmal Maula Wanikman Nasir
"ya' Allah berikanlah kemudahan atas semua perjalanan hidupku serta ubahlah masa depanku menjadi lebih baik"
Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi