ππππππππππ πππππππ
Kepada Sudara @anwaribrahim ,
selagi kamu berkuasa, lakukanlah sesuka hati kamu.
Meskipun kamu melalak merata serata dunia mengatakan kamu tidak campur tangan, tetapi rakyat melihat dengan jelas APA yang kamu sedang lakukan.
Jauh daripada itu, empunya seluruh kekuasaan ini yang memiliki segala-galanya, yang telah mengurniakan kesempatan kepada kamu untuk memegang tampuk kekuasaan negara, SEDANG & AKAN terus memerhatikan tindak tanduk kamu.
Demi kekuasaan ALLAH itu, segala kebaikan atau kejahatan PASTI dibalas.
Sebagai insan kerdil yang menyokong perjuangan Reformasi sekian lama, cukuplah untuk aku katakan, rakya akan menghukum kamu pada PRU-16 akan datang. Cukuplah kamu menjadi PM Malaysia #Sepenggal.
ΨΨ³Ψ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΩΩΩ
ΨΨ³Ψ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΩΩΩ
ΨΨ³Ψ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΩΩΩ
Nak Pecat, Pecat ja lah! Banyak Nyet2 la pulak!
BTW, tugasan seorang SUA bukannya hantaq Surat tunjuk sebab. Itu kerja Pengerusi Lembaga Disiplin.... Pemisahan Kuasa dan Tugasan was institutionalised & cemented since the inception of the Party. Sejak bila SUA boleh sailang bidang tugas Lembaga Disiplin?
Ini adalah sebahagian daripada komen pada video youtube temuramah @BFMradio bersama @rafiziramli
Menghairankan apabila ada pihak yang mengatakan bahawa majoriti menghentam Rafizi di semua media sosial
Kepada yang belum tonton, ini link untuk anda
https://t.co/92EtYBFlse
π¦ππ¬π πππ πππ£ππ§ π¦π¨π₯ππ§ πππ₯π π£ππ₯
ππ‘πππ§ π£ππ₯ πππ πππ₯ππ‘π π£ππππ§
π₯π¨π£ππ‘π¬π ππ’π‘ππ₯ πππ₯ππ‘π π¦π§π¬ππ πππ’ππ πππππ‘ ππ¨πππ
Satu perkara yang membezakan Datoβ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan.
Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat.
Tapi Datoβ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar.
Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat.
Tapi Datoβ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia.
Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen.
Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau.
Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoβ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa.
Orang Barat kata βhe wants to have a cake and eat it tooβ.
Berbalik kepada cerita surat dari PKR.
Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti.
Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR.
Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa.
Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen.
Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan.
Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang βstrong, formidable and convincingβ, hingga hampir sokongan dua pertiga.
Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: βbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutβ.
Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoβ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri.
Kita semua tahu itu tidak benar.
Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15.
Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata.
Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi.
Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit.
Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti.
Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR.
Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah.
Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.
Mari lah kita sama-sama dengar balik ucapan penggulungan daripada bekas Timbalan Presiden Keadilan YB @rafiziramli ketika Kongress Nasional Keadlian ke-16 dahulu π.
Biarlah cytro-cytro Madani ni nak kata apa sekali pun tentang Rafizi di live di X di mana-mana sahaja lah.
Ucapan ini sudah cukup membuktikan siapa itu Rafizi Ramli, dan itulah yang kita kenal dia sehinggalah ke hari ini.
I will always stand by you, and you have my full and unwavering support YB.
Jalan terus.
π¦πππππ ππππ πππͺππ£ππ‘ π£π π« π§ππ π’π’π’π π£π£π!
ππ¨ππ¨ π£ππ¦ππ π¦πππ π¦π¨π ππ¦πππ‘πππ₯, ππππ ππ‘π π£ππ¦ππ ππππ ππππ
Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg.
Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap.
Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim.
Ini reaksi beliau (tonton di video).
Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri:
βOrang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.β
βBaca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masingβ
Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada.
Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX.
Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM.
Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga.
Dua-dua jawapan ke laut.
Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datoβ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau.
Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman.
Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan.
Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang.
Jawapan kedua βnak suruh ambil perasuah jagaβ.
Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datoβ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau.
PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah.
Apa punya konar macam ni.
Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah.
Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah.
Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.
Tahun ini dimulakan dengan bantahan perhimpunan rumah ibadah haram oleh PAS Dan UMNO.
Selepas ini dengarnya Siri bantahan:
1. Perhimpunan bantahan Judi haram
2. Perhimpunan bantahan rokok seludup Haram
3. Perhimpunan bantahan arak Haram
4. Perhimpunan bantahan kambing seludup Haram
5. Perhimpunan bantahan lembu seludup Haram
6. Perhimpunan bantahan ketum Haram
7. Perhimpunan bantahan dadah Haram
8. Perhimpunan bantahan ajaran sesat Haram
9. Perhimpunan bantahan sekolah tahfiz tanpa lesen Haram
10. Perhimpunan bantahan perhimpunan Haram.
Simpan dalam jadual anda. Sebab kalau macam ni bakal level kerajaan lepas ni, fuh.. seronok.
Jadi kau tak setuju la dengan perhimpunan ni?
Jawapan: kalau benda tu dah Haram, kita nak setuju untuk apa?
Titah adendum Yang di Pertuan Agong mengenai penahanan di rumah itu TIDAK SAH di sisi undang-undang. Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut BUKANLAH SATU PERINTAH YANG SAH yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan - Hakim
Jelas dan terang. Maka harap, tiadalah sok sek sok sek pasal titah addendum lagi.
Alhamdulillah.
π§΅ OPINI | 300 Liter, Dua Minggu, Sempadan.
300 liter habis dalam dua minggu. Lesen cuma motor, tapi perjalanan macam lori tangki. Sempadan jadi stesen minyak antarabangsa ... subsidi mengalir, sistem terdiam. Yang bocor bukan minyak, tapi logik kuasa.
1οΈβ£ Di atas kertas: BUDI95 bantu rakyat. Di sempadan: 300 liter sehari hilang macam wap minyak pagi. Negara sibuk dengan βtransformasi digital,β tapi sempadan masih beroperasi manual ... isi, jual, senyum. Subsidi jadi bisnes kecil, integriti jadi bahan bakar baru.
80 rakyat di sempadan. Lesen cuma motor kapcai. Tapi 300 liter minyak subsidi habis dalam dua minggu. Kalau dikira logik, mereka mesti menunggang 500 km sehari. Tak mungkin βbekerja keras.β Mungkin βberniaga licin.β
2οΈβ£ Sempadan bukan sempadan bagi yang tahu jalan tikus. Bila subsidi disalurkan digital tapi pengawasan masih manual, sistem hanya nampak βdataβ ... bukan βtingkah laku.β Ketirisan jadi algoritma baru.
3οΈβ£ BUDI95 katanya bantuan bersasar. Tapi bila semua sasaran dah tahu arah keluar ke Thailand, siapa sebenarnya dibantu? Rakyat marhaen atau peniaga lintas sempadan?
4οΈβ£ Sistem ini terlalu percaya pada moral manusia, bukan pada logik ekonomi. Bila minyak di Malaysia murah, sementara di sebelah sana mahal, iman mudah cair, walau di bawah naungan subsidi.
5οΈβ£ Di pejabat Putrajaya, subsidi disebut βintervensi fiskal.β Di kedai kopi Rantau Panjang, ia disebut βrezeki lintas sempadan.β Begitu beza tafsir antara dasar dan realiti.
6οΈβ£ Digitalisasi subsidi tanpa analitik tingkah laku ibarat CCTV tanpa rakaman. Ia nampak gerak, tapi tak tahu siapa yang main wayang di belakang.
7οΈβ£ BUDI95 lahir dengan niat baik: bantu rakyat berpendapatan rendah. Tapi bila sistem tak belajar dari data luar biasa ... 300 liter dua minggu ... niat baik jadi lubang bocor yang disembunyikan dengan istilah βanomali.β
8οΈβ£ Penyeludupan bukan budaya baru. Ia sekadar menukar baju: dulu pakai tong, kini pakai aplikasi. Dulu isi guna jerigen, kini isi guna eWallet.
9οΈβ£ Yang di bawah pandai mencipta jalan hidup, yang di atas sibuk mencipta slogan. βSubsidi bersasarβ bunyinya reformis, tapi yang tersasar tetap rakyat biasa yang patuh undang-undang.
π Ketika 300 liter minyak subsidi hilang di sempadan, yang bocor bukan tangki ... tapi integriti sistem.
Di atas pentas, mereka bicara digital governance. Di bawah khemah, minyak terus menyeberang.
Reformasi Tak Mati, Cuma Disuap Dengan Kuasa.
π§΅ Sekian.
https://t.co/GgiSB9888N
π£π’πππ§ππ & π£ππππ§ππ’
Saya jarang memberi komen balas pada komentar politik yang dibuat oleh rakyat biasa.
Hari ini, ada satu komentar politik yang dibuat oleh Liyana Marzuki mengenai hubungan saya dengan PMX. Mungkin sebab ada perkataan βpalataoβ ramai yang menghubungi saya untuk dapat reaksi.
Daripada saya jawab kepada setiap orang, lebih baik saya jawab terus di sini.
π π’π―π¨ π΄π’πΊπ’ π΄π¦π΅πΆπ«πΆ
1) Bahawa apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang lepas itu memang satu perancangan
2) Bahawa ada pertembungan di antara saya dan Datoβ Seri Anwar Ibrahim
π π’π―π¨ π΄π’πΊπ’ π΅πͺπ₯π’π¬ π΄π¦π΅πΆπ«πΆ
1) Bahawa saya bercita-cita dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tidak setia dan melawan Datoβ Seri Anwar
2) Bahawa pertembungan kali ini mirip kepada perebutan kuasa di antara Datoβ Seri Anwar dan Tun Mahathir dalam tahun 1998
Berikut adalah hujah-hujah saya:
Penulis memberi gambaran bahawa pandangan saya dalam kerajaan mendatangkan masalah kepada Datoβ Seri Anwar yang mungkin boleh menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya.
Ini permulaan yang baik untuk memahami titik perbezaan di antara saya dan Datoβ Seri Anwar. Secara tidak langsung ia juga mengesahkan perkara ini tidak ada kena mengena dengan perebutan kuasa atau cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, seperti yang digambarkan penulis.
Soalnya adalah sejauh mana dan seberapa cepat kita berani melakukan perubahan, seperti yang kita gagaskan di luar kerajaan.
Datoβ Seri Anwar selalu memberi pelbagai alasan bahawa jika perkara ini dibuat, Umno akan marah. Jika perkara itu disentuh, DAP akan marah. Jika kita membaiki perkara itu, GPS tidak puas hati.
Dari situlah bermulanya keluhan beliau mengenai saya kerana beliau begitu fokus untuk menang penggal kedua, tidak kira apa harga yang perlu dibayar. Menjaga hati Umno, DAP, GPS dan pihak-pihak berkepentingan lain itu lebih penting dari segala-galanya.
Saya berbeza pandangan.
PKR diberi peluang menjadi kerajaan untuk menzahirkan perubahan-perubahan. Bukan sahaja berkaitan struktur dalam aspek pentadbiran ekonomi dan sosial yang menyeluruh tetapi membawa budaya politik yang bersih dan telus, seperti yang kita gagaskan dalam agenda reformasi yang kita laungkan berpuluh tahun.
Keutamaan dan kesetiaan bukan kepada batang tubuh, tetapi kepada wawasan yang kita bawa.
Lagi pun soal kesetiaan ini tidak sepatutnya timbul langsung.
Tidak cukupkah puluhan tahun, dari usia muda, yang kami abadikan berjuang untuk PKR dan beliau, yang banyaknya beliau berada di dalam penjara?
Kalau saya tidak setia dan mahu jawatan politik, bukankah lebih mudah saya mencium tangan Tun Mahathir semasa PH1.0 dahulu (seperti mana dibuat oleh ramai pimpinan PKR, DAP dan AMANAH yang lain pada ketika itu), atau bergabung dengan Datoβ Seri Azmin untuk mencabar Datoβ Seri Anwar sejurus PRU 2018?
Malah, keputusan-keputusan yang merintis kepada bebasnya beliau dari penjara dalam tahun 2018, diberi pengampunan diraja dan ada peluang kembali untuk menjadi Perdana Menteri, banyaknya dirintis oleh kami, sedangkan Datoβ Seri Anwar (semasa di dalam penjara) tidak bersetuju pun dengan penubuhan PH. Pada ketika itu, beliau tetap percaya PKR tidak akan menang PRU tanpa PAS.
Namun, kami teruskan juga kerana kami yakin itu satu-satunya jalan untuk menewaskan BN dalam PRU 2018 yang membuka jalan untuk beliau keluar penjara.
Begitu juga di saat beliau berada di tempat paling bawah kerana dicemuh rakyat dan rakan dalam PH apabila gagal membawa ahli-ahli parlimen Umno menyokong beliau selepas Sheraton Move.
Izzah mendatangi saya berkali-kali dan memujuk saya untuk kembali, dalam keadaan saya cukup gembira dan selesa dengan kehidupan saya sebagai rakyat biasa.
Saya kembali dan membantu setakat yang terdaya dalam masa yang singkat. Alhamdulillah dari situ Datoβ Seri Anwar diberi peluang menjadi Perdana Menteri.
Soal tidak setia ini hanya ditimbulkan secara tiba-tiba kerana saya berpandangan kita mesti lebih berani membuat perubahan walaupun rakan kita dalam kerajaan dan pihak berkepentingan lain kurang selesa.
Itu harapan rakyat kepada kita.
Pandangan saya juga makin tajam apabila saya kurang selesa dengan beberapa perkara tadbir urus dalam kerajaan, terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM.
Juga apabila beberapa perkembangan menunjukkan kita mula membina kroni tersendiri yang jadi kaya secara tiba-tiba dan ada pengaruh besar dalam kerajaan, sedangkan mereka tidak ada pertanggungjawaban dalam kerajaan atau rakyat.
Tingkah laku mereka, dan juak-juak kepada kroni-kroni baru ini, tidak ubah seperti yang berlaku semasa BN dan PN dahulu.
Suara-suara saya mengenai perkara-perkara ini yang tidak disenangi. Dari situ timbul tuduhan tidak pandai bekerja sepasukan, atau ada ego dan macam-macam lain.
Dari pandangan mereka, kalau saya telan bulat-bulat semua ini dan mensucikan semua kerana kami satu parti, barulah saya tidak ada ego.
Penulisan terbaru ini, yang memberi gambaran bahawa saya bercita-cita besar ke arah nak sailang Datoβ Seri Anwar, adalah versi baru dalam cerita yang sama.
Pada mulanya, ada cubaan meracun penyokong PH dan rakyat konon saya tidak menjaga akar umbi. Bila saya berpendirian kalau menjaga akar umbi itu maknanya menabur duit, lantaklah kamu nak kata apa dan saya tidak akan terjebak.
Kemudian ditukar kepada merajuk sebagai alasan untuk Izzah mencabar saya. Apabila saya letak jawatan dan dengan rela hati mengosongkan jawatan empuk kerajaan, walaupun ditawarkan menjadi Timbalan Presiden lantikan, versi itu mati di situ sahaja.
Sekarang ada versi baru, kononnya saya mencabar Perdana Menteri kerana tidak sabar dalam mengejar cita-cita politik.
Saya tidak kenal Liyana Marzuki dan tidak pernah berjumpa beliau. Saya tahu beliau lebih kenal Izzah dan saya tidak salahkan beliau jika versi βlittle birdsβ di sana sini yang dirujuk beliau itu hanya datang dari satu kumpulan.
Cuma saya harap PKR dan pimpinan baru yang ada ini cukup-cukuplah melatah dan meloncat setiap kali saya bagi pandangan. Keputusan itu telah dibuat oleh PKR, ramai pimpinan yang ada sekarang bersekongkol dengan keputusan itu.
Apabila nasi sudah jadi bubur, adalah tidak matang untuk berharap saya akan telan bubur itu bulat-bulat seperti yang mereka kehendaki.
Saya bertanggungjawab kepada rakyat sebagai pengundi dan kepada saki-baki pimpinan yang masih bersama di dalam PKR yang mahu melihat politik yang lebih bersih dan bebas dari rasuah. Bukan politik feudal yang bertuankan batang tubuh.
Insya Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.
Yang selebihnya, lebih baik PKR, Datoβ Seri Anwar dan saya ambil jalan masing-masing yang berlainan.
Saya tidak nampak jalan yang akan membawa saya kembali ke dalam barisan pimpinan PKR di masa akan datang.
SET THEM FREEβΌοΈπ
(Like Repost if you agree)
Apabila tangan yang dulu mendidik, kini digariπ₯Ί
Dua guru, Cikgu Choong Kean Beng, 59, pesara, dan Cikgu Lau Teik Hwa, 47, didakwa merotan pelajar di bilik disiplin SMJK Chung Hwa Confucian pada 6 Disember 2023 dan 2 Ogos 2023.
#kisahdunia