Hari ini selesai mengemukakan maklumat tambahan yang diperlukan oleh YB Yang diPertua Dewan Rakyat berhubung dengan Notis pengosongan empat kerusi parlimen GRS di Sabah. Moga dgn Maklumat tambahan ini membantu YDPDR membuat keputusan sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.
SPM TV1, Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari bagi MAFI. Tiga program yang diangkat oleh MAFI bagi memenuhi teras menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan sosial tercapai. Lebih 80 ribu golongan sasar menerima manfaat. #MafiPrihatin#SekuritiMakanan
Menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia H.E. Dr Justin Lee.
Pada perjumpaan itu, pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia dalam sektor pertanian dan industri makanan telah dibincangkan.
Melancarkan Dana Agromakanan Keluarga Malaysia. RM50juta khusus untuk pembiayaian mikro dan kumpulan B40, RM60juta untuk usahawan tani dalam industri makanan. Semoga pertumbuhan industri agromakan terus dimampankan. @tokmathamzah @mafimalaysia
“Kerajaan belanjakan RM1.53b tahun ini untuk pelbagai bantuan subsidi dan insentif input dan output untuk industri padi dan beras negara.” Menjawab soalan wakil Sik di Dewan Rakyat, 20 Sept 2021.
Melakukan lawatan ke jeti pendaratan ikan di kg Pasir Putih Putatan, Sabah. Saya maklumkan hasrat LKIM untuk baikpulih jeti ini dgn peruntukan rm450K tahun ini. LKIM juga merancang utk jadikan jeti ini sebagai pusat serenti pendaratan ikan dgn peruntukan tambahan kelak.
Kunjungan Duta Besar Uzbekistan ke Msia ke Wisma Tani, Putrajaya. Bincang kerjasama baharu untuk perkukuhkan hubungan kedua negara dalam bidang pertanian, 26Apr21.