HAIWAN-HAIWAN SIMBOLIK NEGERI DAN WILAYAH DI MALAYSIA 🇲🇾
Tahukah anda bahawa beberapa negeri dan wilayah di Malaysia mempunyai haiwan yang dijadikan simbol identiti serta kebanggaan masing-masing?
Pemilihan haiwan ini bukan sekadar lambang, malah mencerminkan warisan, keunikan biodiversiti, kekuatan, keberanian dan nilai yang sinonim dengan sesebuah negeri atau wilayah.
Daripada mamalia, burung hinggalah hidupan akuatik, setiap haiwan simbolik mempunyai kisah dan kepentingannya yang tersendiri. Selain menjadi identiti, haiwan-haiwan ini turut mengingatkan kita tentang tanggungjawab untuk memelihara khazanah biodiversiti negara agar terus lestari untuk generasi akan datang.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini mari kenali haiwan simbolik negeri dan wilayah di Malaysia serta hargai kekayaan biodiversiti yang menjadi kebanggaan negara.
#MyBIS #BiodiversitiMalaysia #HaiwanSimbolik #MalaysiaMadani #SayangiBiodiversiti #KenaliMalaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.
Tak tahu apa yang Allah rancang pada masa depan. Tetapi, yakin dengan rencanaNya.
"Tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari Allah."
Surah Al-Kahf : ayat 39