@RoslanG82 @TokPerak8 Boleh share dak sapa sifu tu? Sbb tgk mcm trend pulak harga makanan kedai2 hipster ni mahai2... Rasa haram x sedap..harga kalau boleh nk mcm harga hotel
SPM 2023
11,713 murid straight A
10,160 murid tak hadir
33,915 tak dapat sijil (sama ada tak hadir atau tak lulus BM/Sejarah)
23,775 tak lulus BM/Sejarah
9306 gagal Bahasa Melayu
41,403 gagal Bahasa Inggeris
20,868 gagal Sejarah
85,706 gagal Matematik
25,174 gagal Sains
Kisah kita hampir sama. Kawin masa final year, hasil duit simpanan blajaq. Anak kluaq sorg, keja pon xdpt lg..
Kerja elok2, berhenti lg sambung blajaq.. Alhamdulillah, rezeki xputus…
Risau dengan rezeki, takut mengetuk gerbang perkahwinan.
Setelah 12 tahun berumah tangga, kalau saya toleh ke belakang, terdetik dalam hati "Eh beraninya aku kahwin dengan anak orang dalam keadaan macam tu."
Saya baru graduasi. Tiada kerja tetap. Hanya ada pendapatan dari tabungan hasil royalti buku. Dapatlah menyewa sebuah rumah kecil di Kampung Padang Balang, Gombak. Saya beli kereta 2nd hand daripada Abah, bayar bulan-bulan kepada Abah.
Duit tabungan tu tahanlah untuk 3-4 bulan hidup.
Nak kata kaya jauh sekali. Nak kata masa hadapan pasti cerah, tidak pasti. Nak kata ada petanda akan dapat kerja tetap gaji besar, tak ada tanda.
Tapi apa buat saya berani kahwin?
1 - Sebab niat berkahwin untuk memenuhi tuntutan agama. Islam ajar kita kahwin untuk memenuhi fitrah manusia yang mahu bersenggama dan membiak.
2 - Sudah fahamkan diri akan tanggungjawab rumah tangga. Peranan suami untuk mencari nafkah dan sara hidup. Jadi mentalitinya, walau ketika itu duit tak banyak, goyang kaki tak buat apa-apa bukan dalam kepala. Jadi perancangan demi perancangan sudah disusun sebelum bernikah lagi untuk memastikan kelangsungan keluarga terjamin.
3 - Bakal isteri dan keluarganya juga sudah maklum keadaan diri, perancangan masa depan. Mereka letakkan keyakinan bahawa insyaAllah saya akan mampu menjaga Masyitah dengan baik. Sebagai insan bermaruah, saya berazam tidak mengecewakan kepercayaan mereka.
4 - Tawakkal. Beriringan dengan adanya perancangan, strategi untuk berusaha dan perlaksanaan usaha itu sendiri, selebihnya saya tawakkal kepada Allah SWT.
Ada beberapa ketika perancangan tak jadi dan saya teruji. Contohnya, pada asalnya saya membayangkan saya akan mengusahakan jenama Langit Ilahi, mengembangkannya menjadi sebuah NGO kebajikan yang menawarkan seminar-seminar ilmu/kesedaran, sambil-sambil menjadi seorang penulis karya-karya non-fiksyen. Paduan dari royalti karya dan sedikit-sebanyak hasil dari seminar-seminar tadi, cukuplah menampung saya dan isteri.
Allah izin, hal itu tak berlaku. Beberapa cabaran dihadapi menyebabkan projek-projek Langit Ilahi terpaksa ditinggalkan. Allah uji pula saya tak dapat royalti daripada karya-karya yang saya tulis.
Tapi kita ini orang bermaruah. Hidup ada azam dan janji bukan sahaja kepada isteri dan keluarga isteri, bahkan kepada diri sendiri dan Allah SWT.
Alhamdulillah walau tak mewah masa tu, teruji pulak, Masyitah seorang isteri solehah sanggup susah sama-sama. Tak pulak dia gelabah, dan mula cakap nak tinggalkan saya ke apa ke. Dia tenang. Berbincang dan mencadang alternatif.
Akhirnya saya tubuhkan Hilal Asyraf Resources, pilih untuk fokus menghasilkan karya-karya fiksyen. Bermula dengan Novel Pemburu, dapat sedikit sambutan. Masih saya ingat, Masyitah yang bantu bungkus, teman pergi pejabat pos, nombor telefon dia jadi nombor bisnes, dialah awal-awal dulu melayan segala ragam dan kerenah pelanggan, ambil order secara manual.
Kemudian Hilal Asyraf Resources berkembang kepada beberapa judul. Masuk PBAKL demi PBAKL.
Sekarang alhamdulillah, saya sudah berpindah ke Johor, dapat beli rumah sendiri, ada kenderaan sendiri. Perniagaan pun sudah ada gudang, bukan sumbat stok di rumah sahaja. Masyitah tak lagi perlu urus ragam pelanggan, nombor dia bukan lagi nombor bisnes. Dia suri rumah sepenuh masa. Simpanan juga alhamdulillah boleh bertahan untuk beberapa tahun.
Maaf panjang perkongsian. Tapi masa hadapan memang rahsia Allah SWT. Kita ni hanya boleh bersedia. Tapi nak bersedia sampai ke tahap mana? Berapa baru cukup? Itu semua penilaian masing-masing.
Namun sampai satu tahap, kena yakinkan diri dan ambil risiko. Buat keputusan. Melangkah ke hadapan. Progress dan proses.
Apakah lepas itu hidup akan terus happy ever after? Belum tentu juga. Hidup ini ujian. Kita akan teruji. Tak dengan duit, dengan benda lain. Jadi nak menempuh samudera kehidupan ini, peribadi kita itu sendiri kena ampuh. Bukan semata-mata duit kita.
Saya sendiri di tahap ini, masih ada kerisauan-kerisauan. Tahun depan masih ada ke orang nak beli karya saya? Hatta PBAKL2024 bakal berlangsung 24hb Mei ini, ada ke orang yang nak datang membeli karya-karya saya? Semua ini saya tak pasti 100%.
Tapi saya usaha. Saya berperancangan. Berstrategi. Ada jadi, ada tak jadi. Selebihnya saya tawakkal.
Demikianlah perkahwinan, rumah tangga.
Sampai bila nak menduga, menjangka-jangka.
Akhirnya kena balik kepada diri sendiri.
Ambil risiko.
Hadapi ujian dan cabaran yang pasti akan datang.
Kalau kita kekal bujang pun,
ujian akan datang juga. Mungkin dalam bentuk yang berbeza.
Sekadar cetusan daripada saya.
Iklan Raya PKNS mmg best👍🏻
Bila nk ada iklan raya yg mana si ibu/bapa pulak yg minta maaf dkt anak atas kesalahan depa? Ada ja anak yg dibuang/dilayan dgn teruk, dgn sengaja..
Tak perlu dimarah²kan sangat anak² yang nak berangan jadi 'influencer' kalau kita sendiri tak hargai kerjaya² yang ada dalam negara kita.
Belajar lama² nak jadi doktor, bila selesai jadi doktor kontrak.
Belajar susah² nak jadi jurutera, gaji permulaan jurutera masih rendah.