@meinmokhtar Mana ada terberbuka. Berbuka tu pun dah kira ada niat. Maksudnya sengaja. Jadi memang kena ganti kalau 'ter'berbuka awal sebab azan awal/salah app. Selebih boleh rujuk website mufti.
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Alhamdulillah alhamdulillah.
Kalau dapat 6 ribu shares lagi sedap.
"Sesiapa yg mendakwa dia melihat jin, maka kesaksiannya terbatal."
Let that sink in.
Ketika peristiwa Aisyah, anak Abu Bakar dan isteri Nabi ﷺ difitnah curang, salah seorang yang sebarkan fitnah itu ialah Mistah, sepupu Abu Bakar sendiri. Mistah orang susah, Abu Bakar yang selalu bagi sedekah dan bantu hidup dia selama ini tapi akhirnya dia juga sebar fitnah...