Murid Enam Tahun Maut Selepas Ditampar Guru Kerana Tak Siap Kerja Sekolah
-Dipercayai Terkena Serangan Jantung Kerana Terlalu Takut
Oleh Mynewshub
ANDHRA PRADESH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia di dalam kelas selepas didakwa dimarahi dan ditampar gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Mangsa, Pranay Teja, merupakan murid di Little Garden School di Andhra Pradesh, India.
Guru terbabit yang dikenal pasti sebagai Anuradha dilaporkan memarahi Pranay sebelum menampar pipinya.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan guru berkenaan menampar kanak-kanak itu sebelum beberapa saat kemudian mangsa tiba-tiba tidak bergerak dan rebah di dalam kelas.
Guru-guru lain kemudian cuba memberikan bantuan kecemasan sebelum Pranay dikejarkan ke King George Hospital.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung akibat panik dan kejutan susulan kejadian tersebut.
Bagaimanapun, polis turut menyiasat sama ada Pranay mempunyai sebarang masalah kesihatan sedia ada dan kini menunggu keputusan bedah siasat bagi membantu siasatan.
Susulan kejadian itu, ibu bapa dan saudara-mara mangsa yang melihat rakaman video tersebut hadir dalam keadaan marah di hadapan sekolah serta hospital.
Mereka menuntut keadilan dan tindakan diambil terhadap guru terbabit serta pihak pentadbiran sekolah.
Pihak berkuasa kini telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB
KISAH BENAR
Ada orang habiskan simpanan KWSP hampir RM750k, buka perniagaan.
Tak sampai 3 tahun, pernigaan rugi dan terpaksa tutup. RM750k hangus.
Separuh hidup anda kerja makan gaji, tiba-tiba mahu berniaga. Tidak semudah itu.
Duit orang susah suku bilion duit zakat depa sakau.. RM11juta nilai kereta mewah dan aset disita.. 33 akaun bank milik mereka yang ada lebih RM130juta dibekukan..
Buat hal pada 2018-2024.. Sedap depa membalun masa Covid..🤔
To Pizza Hut Kepala Batas, Penang, saya tak pasti ini arahan dari manager Pizza Hut atau staff tu sendiri yang rela. Bila tanya staff tu kenapa jual pizza tepi jalan tanpa payung dalam panas terik, dia cuma senyum dan diam. Merah padam muka adik tu.
Kalau ya pun, pasanglah canopy kecil. Terdesak sangat ke sampai berniaga tengah panas macam tu? Pizza Hut syarikat besar, mesti ada banyak cara lain untuk buat jualan.
Walaupun adik tu rela hati sekalipun, tetap tak okay. Bukan nak kecam Pizza Hut, cuma kesian. Saya beli juga sebab kesian dekat adik tu.
Selamba dia baling batu tu.....tak tahu la kena orang kat bawah atau tidak.....
Tapi perbuatan ini sangat merbahaya...boleh menyebabkan kematian.....pihak berkuasa harus bertindak segera....
Video: aimanhamdi61 (Threads)
Jangan terjebak syirik halus❌
Beberapa minggu lepas dah ada yang sebut, tapi bila tadi dengar sendiri perkongsian Hana Ismail bahawa produk jualannya gelang dan cincin batu dari Mesir bagi manfaat melindungi dari gangguan dan sihir, bagi ketenangan hati, bagi keberanian dll..Itu memang nampak tersasar kefahaman akidahnya…
mohon berhati-hati semua❤️