Boleh. Sebahagian penting dalam kehidupan berumah tangga ialah tentang hubungan seksual. Ini antara topik yang wajar dibincangkan ketika taaruf.
Tapi perlu berhati-hati agar tidak melampaui batas. Bincangkan dengan tujuan yang jelas, berlandaskan ilmu dan penuh adab.
Masalah hubungan intim juga antara punca keretakan rumah tangga dan penceraian. Jadi kita tak boleh terus menganggap perkara ini tabu sehingga langsung tak dibincangkan.
Soalan berkaitan hubungan seksual ini lebihnya untuk memahami cara seseorang berfikir, jangkaannya terhadap hubungan seksual dan bagaimana dia melihat keperluan kedua-dua pihak dalam perkahwinan.
Antara soalan yang boleh ditanya:
- Pendapat dia tentang kepentingan hubungan seksual dalam perkahwinan.
- Dalam keadaan tertentu, suami atau isteri boleh tak menolak/menangguhkan hubungan intim? Bagaimana cara nak uruskan.
- Dll
Saya cadangkan masuk kelas. Saya dulu follow ig mahkotaputeh, sitibazla, Kamar dan kelambu, Sarahzainalputeh.
Mereka ini berkongsi tentang hubungan suami isteri dengan ilmu dan sangat beradab. Masuklah kelas sebelum kahwin. Yang dah kahwin pun boleh masuk.
Anyway sekadar tambahan, hadith ni sebenarnya ada 2 sudut, iaitu kematangan emosi dan juga teguran yang perlu pada masa dan tempat seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW.
Benar, ibu kita Aisyah RAH pun tak terlepas daripada perasaan cemburu (dalam kes ini, terhadap Ummu Habihah RAH) sehingga berlaku peristiwa sedemikian sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari.
Cuba bayangkan kejadian itu berlaku di rumah Nabi SAW di hadapan para sahabat yang jadi tetamu baginda. Kalau kena pada kita, confirm kita akan kata perbuatan itu tidak manis dan memalukan sebagai tuan rumah.
Tapi Nabi SAW menghadapinya dengan begitu tenang sekali, tak marah-marah dan hanya berkata:
غَارَتْ أُمُّكُمْ
“Ibu kamu sedang cemburu”
Kemudian, bandingkan pula dengan satu lagi sudut yang lain. Dimana dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan kisah yang hampir serupa cuma ketika itu ibu kita, Sofiyyah binti Huyay RAH mengirimkan seorang hamba perempuan membawa makanan kepada Nabi SAW. Lalu ibu kita Aisyah kata:
فلما رأيت الجارية، أخذتني رعدة حتى استقلني أفكل، فضربت القصعة، فرميت بها. قالت: فنظر إلي رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعرفت الغضب في وجهه
“Apabila aku melihat hamba perempuan berkenaan yang membawanya, aku menggigil kerana cemburu sehingga hilang pertimbanganku. Lalu aku memukul bekas makanan itu hingga tercampak.
Rasulullah SAW memandangku, dan aku dapat melihat kemarahan pada wajah Baginda. Aku pun berkata:
أعوذ برسول الله أن يلعنني اليوم
‘Aku berlindung kepada Rasulullah agar Baginda tidak melaknatku pada hari ini.’
Baginda membalas tegas,
أولى
‘Memang patut (engkau bimbang begitu)’
Lalu Aisyah bertanya Nabi SAW,
وما كفارته يا رسول الله؟
‘Apakah penebus kesalahannya, wahai Rasulullah?’
Baginda menjawab,
طعام كطعامها، وإناء كإنائها
‘Makanan yang sama seperti makanannya, dan bekas yang sama seperti bekasnya.’”
Demikianlah didikan Nabi SAW. Kesalahan perlu ditegur, namun air muka ahli keluarga terutama isteri apabila dihadapan orang lain perlu dijaga. Setiap kata-kata ada tempatnya, ada masanya. Bukanlah juga lesen kepada para isteri untuk menangkan emosi pada setiap keadaan terhadap suami.
Rumah tangga Nabi SAW juga seperti rumah tangga insan lain. Ada ketika ketawa, ada ketika menangis, dan tak terlepas daripada asam garam kehidupan berlaki bini. Pun begitu, Nabi SAW pesan juga pada para suami,
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik diantara kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri ku.” (Ibn Majah)
Tiada rumah tangga yang paling baik melainkan rumah tangga Nabi SAW. Cantik sebenarnya jika kita baca dan kaji sirah dengan telititi, sekaligus kita meletakkan kebenaran melebihi sangkaan kita.
Semoga Allah pandu kita dalam interaksi kita sehari-hari sesama ahli keluarga kita.
Ada satu lagi pattern yang aku perasan bila aku observe social media ni.
Makin banyak posting daripada wanita yang sudah berkahwin revolve around shaming their own husbands.
Sometimes direct. Sometimes indirect. Sometimes disguised as “sharing”, “venting”, “educational content” atau sekadar posting conversation dengan suami.
Tapi underlying pattern dia sama. Suami dijadikan bahan untuk dishame kepada public.
Macam satu pertandingan sesama sendiri untuk tunjuk, “Nampak tak betapa tak bergunanya suami aku?”
Dan apabila benda macam ni menjadi normalised, victimhood pula akhirnya menjadi semacam social currency.
Lebih banyak kelemahan suami yang boleh dipamerkan, lebih banyak simpati yang boleh dikumpulkan.
Dan satu lagi perkara yang aku selalu perasan dalam screenshot conversation yang mereka sendiri post:
“Aku suruh suami aku buat...”
“Aku dah pesan dia kena...”
“Aku suruh dia pergi...”
“Aku bagi tahu dia jangan...”
Dan masyarakat kita somehow tak nampak ada masalah dengan cara bercakap macam ni.
Dalam kehidupan, orang yang mempunyai authority dan responsibility terhadap seseorang lazimnya berada pada posisi untuk memberi arahan.
Guru menyuruh murid.
Ibu bapa menyuruh anak.
Majikan menyuruh pekerja dalam urusan kerja.
Jadi apabila masuk kepada hubungan suami isteri, kita kena kembali kepada struktur yang Allah dan Rasul ﷺ tetapkan, bukan simply import bahasa dan dynamic daripada hubungan moden yang semakin menghapuskan distinction antara husband dan wife.
Suami mempunyai qiwamah dan tanggungjawab kepimpinan terhadap isterinya.
Maka bahasa seorang isteri terhadap suami bukan bahasa seorang superior kepada subordinate.
Kalau dia perlukan sesuatu, dia meminta.
Kalau dia tidak setuju, dia boleh menyatakan ketidaksetujuan.
Kalau dia ada nasihat, dia boleh menasihati.
Kalau ada masalah, dia boleh berbincang.
Tetapi semua itu boleh dilakukan tanpa mengambil posisi seolah-olah dia adalah pihak yang mempunyai authority untuk command suaminya.
Dan kalau seorang wanita sudah terbiasa melihat dirinya sebagai pihak yang “suruh” suami, kemudian public pula menguatkan behaviour itu dengan likes, comments dan validation, jangan pelik kalau akhirnya konsep qiwamah itu sendiri menjadi asing dalam rumah tangga sendiri.
Nabi ﷺ sendiri pernah menggunakan bahasa yang menggambarkan kedudukan wanita dalam perkahwinan sebagai seperti 'awaan, pihak yang berada dalam tawanan elaki/suami, dalam konteks kewajipan seorang suami terhadap isterinya.
Jadi memang ada sesuatu yang fundamentally wrong apabila seseorang mengambil konsep “aku boleh arahkan suami aku” sebagai default marital dynamic, kemudian menganggapnya sebagai normal.
And kat sini lah teaching material tadi become useful..
Kalau aku nampak seorang wanita upload conversation dengan suaminya dan jelas menunjukkan dia bercakap kepada suami dalam bentuk command, aku boleh tunjuk kepada isteri aku:
“Look at this.
Apa yang salah dengan cara dia bercakap?
Kalau awak perlukan sesuatu daripada saya, macam mana awak boleh minta tanpa melampaui adab sebagai seorang isteri?
Apa beza antara meminta, menasihati, dan mengarah?
Dan kenapa distinction itu penting dalam marriage?”
Because the objective isn't simply to teach your wife what not to post.
You are teaching her how to recognise a corrupted marital dynamic before that dynamic ever becomes normal in her own marriage.
Social media is full of free case studies.
Jauh dari agama & tidak sibuk dgn kebaikan, maka laki-laki disibukkan dgn syahwat, sdgkan wanita disibukkan dgn perasan & drama2, semoga Allah menjaga kita semua, aamiin
Again another case kalau berzina, perempuanlah paling rugi.
Moga Allah gantikan untuk anon dengan seseorang yang jauh lebih baik. Bacalah doa Ummu Salamah R.A dalam setiap sujud solat anon.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.”
"Celaka dan binasalah hamba dinar, hamba dirham, hamba qatifah (pakaian dari kain tebal dan lembut), dan hamba khamisah (pakaian2 yang cantik). Jika diberi harta itu dia redha, tetapi jika tidak diberi, dia murka."
Hadis riwayat Bukhari.