Kempen BERSAMA untuk PRN Johor kini melabuhkan tirainya.
Dalam tempoh 14 hari ini, kami telah lakukan apa yang termampu. BERSAMA baru berusia 50 hari. Kami tidak mempunyai jentera yang besar atau dana yang besar. Yang kami ada hanyalah keyakinan bahawa politik masih boleh digerakkan oleh rakyat biasa.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan BERSAMA. Mahasiswa, anak muda, golongan profesional dan ramai lagi yang mengorbankan masa, tenaga malah wang sendiri supaya kempen ini dapat berjalan lancar sejak hari pertama.
Terima kasih juga kepada 15 calon BERSAMA yang sanggup mengambil risiko bersama sebuah parti yang masih baharu. Mereka memilih untuk turun mendengar sendiri denyut nadi rakyat, ada yang pengalaman pertama kali untuk mereka.
Sepanjang kempen ini, saya belajar satu perkara. Rakyat tidak mengharapkan ahli politik yang sempurna. Mereka hanya mahukan wakil yang jujur, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melupakan mereka selepas pilihan raya.
Kini, kempen kami hampir selesai. Selebihnya kami serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Johor untuk menentukan.
@MrEazat77@rafiziramli Tegur saja, jangan marah. Kalau YB Raf yang post gambar candid(kononnya) seperti itu..........aku tak tau nak bayangkan kemaluan aku sebesar mana.
Tapi aku yakin pengikut KM pun tengah menanggung malu kan³ he³