Tak puas hati dengan PM? Takde masalah tapi kenapa sifat iri hati sampai melibatkan perkara yg tiada kaitan dgn politik. Kalai tak nak bangga, bersyukurlah yg keliling kita ni tak berperang. Jangan hati busuk sampai sanggup post benda begini
@nurulaminhamid Jangan malukan diri dengan menggunakan nama rakyat. Awak perlu sedar awak tu wakil rakyat, kalau ini kehendak rakyat awak boleh hantar usul untuk di DR utk undi tak percaya. Selagi tak buat, tolong malu pada diri sendiri sbb memperkuda rakyat.
Peranan JAC tiada dlm perlembagaan. Hanya PM sbg penasihat dan YDPA yang melantik. JAC ini bersifat sbg jawatankuasa saja (kalau nak ambil term). Lagipun kenapa push utk lantikan segera bila ia hemat YDPA. Ada MRR pun nanti
Kenyataan Menteri Undang-undang, YB Azalina mengesahkan tweet aku semalam. Sebab tu dari awal aku cakap, tak ada isu pun lantikan Hakim Negara ni sebab memang ikut Perlembagaan.
Malahan Rafizi pun tulis dalam kenyataan kedua dia, "Secara pentadbiran dan undang-undang, perkara ini boleh dijelaskan seperti mana kenyataan AGC".
Persoalannya, apa isunya? Nak kata PM tak dengar nasihat JAC?
Satu, apa yang menyebabkan ada dakwaan PM tak dengar nasihat JAC? Sebab lewat lantik? Dulu masa Richard Malanjum bersara, 20 hari selepas tu baru Tengku Maimun dilantik.
Sekarang? Baru 8 hari Tengku Maimun bersara. Majlis Raja-raja pula akan bersidang 15 hingga 17 Julai. Maknanya, dalam tempoh 15 hari selepas Tengku Maimun bersara, kemungkinan besar keputusan akan diumumkan dan waktu tu baru akan muncul isu PM bagi nama yang dicadangkan JAC atau tak.
Yang kedua, kalau PM tak guna nama dicadangkan JAC, macam mana? Ini yang aku bangkitkan semalam. Kalau ikut Perlembagaan Malaysia, pemilihan Ketua Hakim hanya memerlukan cadangan PM kepada YDPA + nasihat Majlis Raja-Raja.
Akta 695 memang wujud. Tapi Perlembagaan Malaysia mengatasi kesemuanya.
Sebab tu aku kata, sebagai Ahli Parlimen backbenchers, kalau betul nak cadang reformasi institusi kehakiman, perlu cadangkan peranan JAC diletakkan di dalam Perkara 122b Perlembagaan Malaysia.
Selagi ini tidak digubal, memang kuasa PM menasihati nama kepada YDPA. Dan bila Perlembagaan Malaysia mengatakan sedemikian, maknanya tidak ada isu krisis perlembagaan atau "spekulasi kononnya cabang Eksekutif mahu mempengaruhi lantikan Hakim" seperti kata Rafizi. Sebab memang tugas PM untuk cadang nama, so celah mana "mempengaruhinya"?
Kerajaan mahu bergerak ke depan dan sedang bergerak ke depan tapi bekas menteri penyokongnya letak batu halang jalan semata2 sebab kalah pemilihan. Tak betul ni.
@FaizalR98528 Kalau dilihat, Rafizi pun dah move on dengan anjur program MADANI minggu lepas. Beliau pun laksanakan saja program kerajaan mcm biasa. Tapi kenapa pentaksub Raf masih terus memainkan isu yg tak relevan pd keadaan sekarang
@MalequeArrasyid@rafiziramli@anwaribrahim Pertandingan dah habis seminggu dah. Kalau nak sangat bawa naratif agama, mulakan dengan nilai paling asas iaitu jangan fitnah, jangan dendam. Bukan guna agama untuk point politik murahan seperti ini
@penang_engineer@jasonyew@rafiziramli Saya berpendapat, tenang-tenang dulu. Keputusan dah dibuat. Penyokong raf boleh move on ke arah lain, bukan mensabotaj parti.
Kelihatan senarai kononnya ada MP PKR yang akan keluar daripada kerajaan. Sumbernya: PAPAGOMO.
❌kalau MP disenaraikan keluar pun, tak jatuh majoriti kerajaan sedia ada
❌akta lompat parti dah ada.
❌speaker takkan benarkan pun kalau ada
❌berani ke MP nak lawan titah Agong
Hadi Awang ni boleh pergi Iran berhari-hari pada perkara yang takde membawa manfaat pada negara pun tapi tak boleh duduk kejap di dewan rakyat mendengar dan teliti belanjawan yang penting untuk negara
Sila bagitahu apa yang tidak dirosakkan individu yang ditemuramah KJ ini apabila beliau memegang jawatan tersebut? Masih ingat sidang parlimen tergantung?
Adakah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah melangkaui bidang kuasanya di bawah Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila membuat keputusan mengekalkan keenam-enam kerusi Parlimen yang disandang bekas ahli BERSATU? Apakah langkah yang perlu diambil Tan Sri Johari Abdul selepas menerima notis pemakluman kekosongan enam kerusi tersebut?
Ikuti kupasan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Dengar dan tonton episod ini di:
YouTube: https://t.co/AmrEuzYRMA
Spotify: https://t.co/3uY2qjMOiB
Apple: https://t.co/v8gNniRsog
@NaratifRakyat Salah tu tanggapan sedara. Satu berkaitan JAWATANKUASA PILIHAN KHAS. satu lagi berkaitan PARLIMEN secara keseluruhan. JPK mmg tiada masalah kerana ia boleh panggil siapa saja. Parlimen pula perlukan pertukaran akta, perubahan perjawatan & byk lagi. Harap ini menjelaskan