Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama.
Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua.
#BarisanNasional
#BNJohor
#BNNegeriSembilan
Elon Musk is officially the worldโs first trillionaire after SpaceX went public.
His SpaceX stake was valued at around $690 billion at the IPO price, while his Tesla stake makes up around $279 billion of his net worth.
Follow live coverage: ๐ https://t.co/YPynKT0Ilz
Thailandโs royal family announced that Princess Bajrakitiyabha Mahidol, the eldest daughter of King Vajiralongkorn, has died at 47 after more than three years in a coma following a severe heart condition and multiple organ infections in 2022.
Al Jazeera's Tony Cheng reports.
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya.
2. Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri.
3. UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
4. Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.
5. UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan.
SUA UMNO
[TERKINI]
๐ Malaysia dan Jepun memeterai perjanjian jual beli LNG selama 20 tahun antara Petronas dan JERA, dan 2 juta tan LNG akan dibekalkan setiap tahun mulai 2028
๐ Malaysia muncul sebagai hab semikonduktor dan teknologi digital, tawar peluang kerjasama kepada Jepun dalam mineral kritikal dan rantaian bekalan yang berdaya tahan
- PM @anwaribrahim
#BernamaNews
#MalaysiaJepun
#perjanjian #jualbeliLNG
DAP Tidak Pernah dan Tidak Akan Ada Dalam Kerajaan Johor BN. Ini hanya boleh jadi kenyataan jika rakyat Bangsa Johor terus memberi sokongan dan mandat kepada BN Johor yang saya pimpin.
Ini bukan soal sombong. Ini juga bukan soal perkauman. Ini soal prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor.
Sebagai Pengerusi BN Johor, yang menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk setiap kaum di Johor, saya wajib menghormati hasrat rakyat akar umbi di setiap peringkat yang mahu kita bergerak sendiri dalam PRN Johor 2026.
Suka saya mengingatkan bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor ialah dua entiti yang berbeza. Di peringkat pusat, BN bekerjasama dengan PH selepas PRU15 atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, apabila tiada mana-mana gabungan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat.
Keadaan itu tidak sama dengan Johor.
Di Johor, BN telah diberi mandat yang jelas oleh rakyat. Alhamdulillah, Kita telah membentuk kerajaan negeri yang stabil. Kita telah membuktikan prestasi. Dan kita mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerja ini tanpa diganggu oleh percaturan politik yang menggugat kestabilan negeri.
Di Johor, kita ada cara kita.
Ini UMNO Johor. Ini BN Johor. Ini Bangsa Johor.
Kepada Allah Kita Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #BNJohor #BarisanNasional #Vote4BN
Saya kongsikan beberapa intipati daripada amanat yang telah saya sampaikan sempena Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor 2026 semalam.
Inilah pedoman dan haluan yang perlu kita pegang bersama dalam menghadapi medan perjuangan yang bakal ditempuhi.
Insya-Allah, dengan kesepakatan dan semangat juang yang sedang membara ini, kita akan terus melangkah ke hadapan demi Bangsa Johor dan masa depan negeri bertuah ini.
Hidup Barisan Nasional!
Hidup Bangsa Johor!
#BarisanNasional #BNJohor
#BangsaJohor #MajuJohor
#PRNJohor2026
๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ: ๐๐๐ ๐๐ข๐ซ๐๐ฉ๐๐ญ๐ค๐๐ง, ๐๐๐ค๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก
Terus terang saya katakan, semangat yang saya lihat di bumi Johor Darul Taโzim hari ini sungguh luar biasa! Lautan biru memenuhi setiap ruang stadium. Ada yang hadir lebih awal, ada yang setia berdiri sehingga majlis berakhir.. semuanya datang dengan satu tekad yang sama iaitu mahu melihat Johor terus maju dan makmur.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa kekuatan Barisan Nasional tidak terletak pada retorik semata-mata. Kekuatan kita terletak pada rekod, hasil kerja dan keupayaan untuk terus membawa pembangunan yang dapat dirasai rakyat. Justeru, saya menyeru seluruh jentera supaya turun ke lapangan, menyantuni rakyat dan menceritakan apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan demi masa depan Johor.
Johor adalah bumi perjuangan yang telah banyak menyumbang kepada pembinaan negara. Atas sebab itu, saya percaya rakyat Johor akan terus membuat pilihan yang berasaskan kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Insya-Allah, dengan kesepakatan seluruh jentera, doa yang tidak putus dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita akan terus melangkah ke hadapan membawa harapan dan keyakinan buat Bangsa Johor.
Hidup Barisan Nasional!
Maju Johor!
#BNJohor #BangsaJohor
#BarisanNasional #MajuJohor
Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim's ruling coalition will face a test of its public support amid signs of internal tensions after two states this week called snap elections, as speculation mounts over an early national poll https://t.co/Azy967Fgw2
๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฌ
Pagi tadi saya bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026.
Dalam amanat yang saya sampaikan, saya telah mengingatkan warga KKDW bahawa pembangunan luar bandar hari ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar. Desa bukan lagi soal pembangunan fizikal semata-mata, tetapi merupakan asas kepada ketahanan negara, kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi masa hadapan.
Justeru, agenda Ekonomi Desa Nasional perlu terus diperkukuh sebagai usaha menyusun seluruh potensi desa dalam satu ekosistem yang saling melengkapi. Infrastruktur mesti membuka akses kepada ekonomi. Pendidikan mesti melahirkan generasi yang lebih berdaya saing. Latihan kemahiran mesti membawa kepada pekerjaan. Keusahawanan pula mesti disambungkan kepada pasaran yang lebih luas. Apabila semua elemen ini bergerak seiring, desa bukan hanya menjadi kawasan yang menerima pembangunan, tetapi pusat penciptaan nilai dan pertumbuhan baharu negara.
Saya turut menegaskan bahawa kejayaan sebenar tidak boleh diukur hanya melalui jumlah projek yang disiapkan atau peruntukan yang dibelanjakan. Yang lebih penting ialah sejauh mana usaha yang kita laksanakan benar-benar mengubah kehidupan rakyat, meningkatkan pendapatan mereka, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh mobiliti sosial masyarakat desa.
Kita juga kini memasuki pertengahan tahun 2026. Ini adalah masa terbaik untuk menilai semula apa yang telah berjaya dilaksanakan, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memastikan setiap program yang digerakkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Saya yakin, jika seluruh warga KKDW terus bergerak sebagai satu pasukan dengan amanah yang ikhlas, tindakan yang pantas dan fokus kepada keberhasilan, kita mampu membawa pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan negara. Insya-Allah.
#KKDW #PejuangDesa
#EkonomiDesaNasional
#MalaysiaMADANI
Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor#MajuJohor
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor.
Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, pada hari ini, 1 Jun 2026.
Sehubungan itu, atas titah perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran Dewan Negeri Johor Darul Taโzim Kelima Belas telah diperkenankan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Ini selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.
Saya menyeru kepada semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi ini dengan penuh adab, tertib dan berhemah. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kemuafakatan Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, melindungi rakyatnya serta terus mengurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan kepada negeri ini.
Muafakat Itu Berkat
Kepada Allah Kita Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.