RAMADHAN KAREEM 1447 H
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan penuh rahmat dan keampunan.
Bulan yang mengajar kita erti sabar dalam lapar, erti syukur dalam kekurangan, dan erti kasih dalam memberi.
Saat ketemu delegasi media Malaysia yang bersama dalam lawatan rasmi ke Peru, saya berkesempatan menjawab mengenai tohmahan kononnya Malaysia ‘mengiktiraf’ Negara Israel.
Dalam konteks kenegaraan dan sistem antarabangsa, ada yang disebut sebagai ‘de facto’ atau ‘de jure’ merujuk kepada kewujudan sesebuah negara. Justeru, Israel itu sedia dan telah wujud serta turut menjadi anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Atas kerana ‘kewujudannya’ itulah maka Malaysia telah pun mengusulkan penyingkirannya dari PBB sebagai negara yang bertamadun.
Sebagai Ahli Parlimen, terutamanya dari parti Islam, kita sepatutnya mengelak dari amalan memperbodoh rakyat dan tegakkan hujah yang adil.
📈 KWSP catat jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM19.2 B untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2024, naik 33.1 % daripada RM14.42 B bagi tempoh sama 2023
📈 Keseluruhan aset pelaburan KWSP setakat Mac 2024 meningkat kepada RM1.19 T, pelaburan luar negara menyumbang 38 %
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1445H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillaahil hamd, diucapkan kepada seluruh umat Islam di Negara Malaysia tercinta.
Eid Mubarak.
Minal ‘aidin wal faizin wal maqbulin wal maghfurin wa kullu am wa antum bikhair. Eid ini fitrah, mubarak ini hari kemenangan meraikan kejadian dan fitrah sebagai ketentuan yang Maha Esa. Maka, genggamlah dengan erat nilai yang ditekankan dalam madrasah ruhiyyah Ramadan yakni meninggalkan amalan dan budaya lama yang merosakkan yang mesti punyai usaha dan keyakinan yang tinggi dalam menggapai maknanya.
Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah waa’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah pengakuan Allah SWT tentang mencapai dan mencatatkan kemenangan. Dan kemenangan ini hanya melalui tekad kita untuk menaikkan martabat kita. Keluarga dan manusia insan ke tahap yang lebih baik. Keadaan fitrah, ‘primordial’ yang disebut dalam doa kita sebentar tadi.
Maka mudah-mudahan dapat kita capai apa yang dicita-citakan.
Seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:
و ا ماا تاو ْ فِيقِي إِلَّ ا بِاللَّ ا ِ ۚ عالايْهِ تاو ا كالْتُ و ا إِلايْهِ أُنِيبُ إِن ْ أُر ِ يدُ إِلَّ ا الْ ْ ِصْلَ ا حا ماا اسْتاطاعْتُ ۚ
Yang bermaksud. “Aku hanyalah bertujuan melakukan islah sedaya upayaku; dan tiadalah aku beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali.” (Surah Hud ayat 88)
Perjuangan ini tentunya menuntut kesabaran dan kebijaksanaan kerana kenyataan dalam hidup dengan pelbagai pancaroba menuntut hikmah kebijaksanaan dalam tindakan yang kita lakukan.
Perjuangan menuntut kesabaran dan perencanaan yang cermat mengimbangi seluruh aspek tatanegara dan kenegaraan. Kegopohan menjanjikan kegagalan. Kenanglah kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz RA dengan anakandanya, Abdul Malik bin Umar tatkala beliau ditanya, “Wahai ayahandaku, mengapakah tidak engkau laksanakan hukum dengan segera?”
“Demi Allah, aku tidak kisah sekiranya seluruh dunia menentang kita. Demi perkara yang hak.”
Namun, Umar Abdul Aziz dengan segala hikmah dan kebijaksanaannya menasihati anakandanya, “Laa tak Jal ya bunayya! Janganlah gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah Taala mencela arak dalam Al Qura sebanyak dua kali dan kali ketiga barulah mengharamkannya. Sesungguhnya aku bimbang jika aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total keseluruhannya, nescaya rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya sehingga tercetusnya fitnah.”
Dalam pentadbiran kerajaan hari ini kita mesti menimba pengalaman dan kebijaksanaan tokoh negarawan silam supaya menghindar yang mudarat dan mengangkat serta mencipta manfaat.
Kita tidak menuntut semata-mata perakuan dan kepujia, malah teguran dan kritikan yang membina juga amat diperlukan dalam negara. Negara kita harus memupuk nilai-nilai supaya karamah insaniah diperteguh.
Semantalahan, negara yang kita warisi ini banyak yang perlu diperbaiki dan memaknai maksud peringkat tertinggi Ramadan.
(Kenyataan penuh di laman Facebook Anwar Ibrahim)
Dulu masa 3G naik taraf ke 4G, tiada caj tambahan. Bila 4G naik taraf ke 5G, tak sepatutnya ada caj tambahan.
Hari ini, saya umumkan, TIADA LAGI CAJ TAMBAHAN untuk perkhidmatan 5G.
Dengan pengumuman ini, saya ingin mengajak semua untuk naik taraf perkhidmatan telekomunikasi anda ke 5G.
@munsyidmalaysia bersama @kitagengmasjid@fl.childrity dan @tigawarisan akan menganjurkan Program Solidariti 4 Palestin pada hari Ahad 29 Oktober 2023 bermula pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.