Respon @rafiziramli kepada @drakmalsaleh terkait pertanyaan beliau ‘Di mana sakaunya?”.
Akmal, kau baca ke tidak laporan tu? Atau kau faham ke tidak penemuan2 dalam laporan tu?
Jom tonton bagaimana Rafizi menerangkan secara tuntas apa yang dimaksudkan dengan sakau siap dengan muka surat mana. Banyak giler sakau. 🫵🏼
Ha3 beginilah bila sesebuah organisasi lupa asal usul.
Dia beriya hentam saya, sampai naik ke timeline.
Letak gambar kuat buat kerja parti dalan dewan taklimat di HQ PKR.
Dia tak sedar pun dewan itu saya yang buat masa jadi SUA PKR tahun 2015 dulu pakai duit sendiri 🤣 sebab HQ PKR tak de hatta bilik kecik pun untuk taklimat anggota/media.
Kemudian nak masuk PRU 2022, sekali lagi saya renovate supaya ada tema kempen PRU.
Saya halalkan semua, tapi budak-budak ni tak tahu pun sejarah parti yang dia tunggang sekarang 🤣
Spoil mood raya haji pagi2 ni 😅
Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke?
Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan.
Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu.
Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan “beri laluan mudah kepada Rafizi”, saya dah baca permainan itu.
Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: “Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.”
Maksudnya apa?
Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain.
Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan.
Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri?
Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan.
Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak.
Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah.
Kepada yang kata “𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯”, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya?
Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang.
Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik.
Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun.
Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:
https://t.co/PLJ0ucMaYJ
Ha3 loser betul la mamat AMK ni.
Dia tak sedar ke kita dah tak ambik pot dah pasal PKR 🤣
Analisis tu pun, rakyat biasa tak kisah pun. Bila keluar pun orang tak terkejut.
Kamu bentang pakai screen besar2 depan 900 orang. Yang kat bawah snap photos, memang la keluar 🤣
Itu pun nak blame aku.
Betul2 loser mamat ni 🤣
Masuk keluar lokap macam menginap kat hotel untuk mendapatkan keadilan kepada Anwar. Buat satu gerakan seluruh dunia untuk membebaskan Anwar. Membongkar segala kebobrokan rejim BN seperti 1MDB, TH, LCS, NFC dan MARA. Akhirnya PKR dapat menjadi komponen Kerajaan pada PRU14 dan berjaya membebaskan Anwar.
Kembali semula membantu PKR yang merudum teruk di PRN Sabah, Melaka dan Johor. Membawa misi Ayuh Malaysia untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama Pengundi Atas Pagar kenapa perlunya PKR (PH) memerintah. Tak sampai 5 bulan, PH menjadi blok terbesar dalam PRU15 dan Anwar diangkat menjadi PMX.
Kemudian sosok ini ditikam daripada belakang hanya kerana berani mengkritik dengan kemasukan katak2, opportunist2 dalam PKR yang boleh merosakkan parti. Dimaki, dihentam dan diperlekeh terus meneruskan sehingga kini. Tetiba nak ajak bersalam?
Kepala bapak kau! 🫵🏻 Ini Mantan Jenderal Perang bermaruah Dan berprinsip. Bukan level Akmal kaki sembang.
Nantikan Jun. Alternatif politik baru untuk rakyat Malaysia. Menang tak tentu, tapi PKR kalah, insya Allah!
Engagement saya naik mencanak di semua platforms sejak 3-4 bulan lepas.
Liputan berita lebih tinggi berbanding semasa saya menteri 🤣
Ini yang tidak difahami pakar-pakar komunikasi dan strategi yang berkubu di Putrajaya.
Bila dicatur dan disusun supaya diserang, diburukkan - itu menimbulkan rasa ingin tahu netizen.
Bila saya diserang, saya perlu jawab. Jawapan saya menimbulkan rasa ingin tahu netizen.
Akhirnya, rally yang panjang ini mewujudkan jalan cerita bersambung yang panjang.
Netizen suka cerita bersambung yang panjang macam ni, lalu meningkatkan engagement secara ketara.
Pengaruh politik di zaman ini bergantung kepada engagement digital.
Jadi begitulah ceritanya:
Ceplos memaki hamun saya setiap hari, menghina saya, memfitnah. Kemudian @anwaribrahim pula sibuk RT serangan2 ceplos sebegini.
Mereka tidak sedar lagi mereka buat begini, lagi tinggi engagement saya, lagi lama saya kekal dalam digital space 🤣
Strategi komunikasi politik yang paling mudah: bila ada isu, jawab dengan bentangkan fakta. Call a spade a spade.
Sebab rakyat tu cerdik.
Kita boleh pusing hari ini. Boleh cuba pusing esok.
Tapi kalau reaksi kita kepada isu yang ditimbulkan ialah pusing semata-mata, lama2 kita yang pening berpusing.
Rakyat gelakkan kat kita.
Selamat berbuka puasa!
Ucapan @saifnasution tadi di Kongkres penuh dgn luahan ikhalas, sindiran tajam dan juga peringatan keras kpd Anwar. Ianya jelas mmbuktikan mmg wujud ketempangan dan ketidakadilan yg berlaku sepanjang tempoh pemilihan. Moga Anwar sedar sebelum terlambat atau anda sudah terlambat.