Kes Ini Kena Buat Audit Forensik Juga Tak Seperti Kes RCI Tabung Haji?
Oleh Lim Sian See
Kalau harga saham FGV jatuh 40% dan nilai pasaran susut kira-kira RM4 bilion ketika era BN boleh dijadikan bukti kononnya Najib “songlap” atau tidak kompeten, maka bagaimana pula kita mahu menilai apa yang berlaku kepada Petronas Chemicals?
Petronas Chemicals:
April 2022:
Harga saham sekitar RM10.38
Nilai pasaran sekitar RM83 bilion
24 November 2025:
Harga saham RM2.92
Nilai pasaran sekitar RM23 bilion
Kejatuhan hampir 72%.
Nilai pasaran lenyap sekitar RM60 bilion.
Jadi saya mahu tanya mereka yang selama ini menggunakan kejatuhan harga FGV untuk menyerang Najib:
Kalau FGV jatuh, salah Najib.
PetChem jatuh jauh lebih teruk ketika era Madani, salah siapa pula?
FGV disenaraikan pada 2012 pada harga RM4.55 sesaham. Dalam tempoh awal, harganya sempat meningkat sebelum terjejas apabila berlaku kejatuhan besar harga minyak dan komoditi dunia sekitar 2014 hingga 2016, yang turut menekan harga minyak sawit sampai ke RM2,000 satu tan ketika itu berbanding lebih RM4,600 satu tan hari ini.
Menjelang PRU14, harga FGV sekitar RM1.80. Memang nilainya jatuh dengan ketara.
Tetapi satu fakta penting jarang disebut:
Sehingga PRU14, FGV masih mencatat keuntungan setiap tahun.
Namun kejatuhan harga saham itu tetap dijadikan bahan untuk menggambarkan seolah-olah ada penyelewengan besar dan “songlap”.
Sekarang bandingkan dengan Petronas Chemicals.
PetChem disenaraikan pada 2010 ketika Najib menjadi Perdana Menteri pada harga sekitar RM5.04 sesaham.
Selepas itu syarikat ini mencatat keuntungan besar tahun demi tahun dan harga sahamnya akhirnya meningkat melebihi RM10 sebelum era Madani.
Tetapi keadaannya berubah.
Sejak 2024, PetChem mencatat kerugian suku tahunan pertama dalam sejarahnya.
Pada 2025, kerugian berterusan dan bagi sembilan bulan pertama sahaja jumlah kerugian sudah sekitar RM1.32 bilion.
Harga saham pula pernah menjunam daripada lebih RM10 kepada RM2.92.
Ini bukan sekadar turun 40%.
Ini hampir 72%.
Dan bukan RM4 bilion nilai pasaran hilang.
Sekitar RM60 bilion.
Punca yang diberikan pula ialah keadaan industri: permintaan global yang lemah, tekanan margin serta lebihan kapasiti petrokimia dunia.
Itu memang penjelasan ekonomi yang munasabah.
Tetapi bukankah perkara yang sama patut digunakan ketika menilai FGV?
Harga komoditi jatuh, industri tertekan, harga saham jatuh.
Kenapa apabila FGV jatuh, terus mahu dikaitkan dengan “songlap”, "tidak kompeten" atau salah Najib?
Tetapi apabila PetChem jatuh jauh lebih teruk dan mula mencatat kerugian, tiba-tiba semua orang faham bahawa harga saham boleh jatuh kerana faktor pasaran?
Petronas pula memiliki sekitar 65% PetChem manakala KWSP memegang sekitar 12%.
Jadi kalau kita mahu konsisten dengan standard yang digunakan terhadap FGV, patutkah pula kita kata kejatuhan nilai puluhan bilion ringgit PetChem mesti disiasat sebagai satu “skandal”?
Perlu audit forensik juga atau RCI?
Perlu cari siapa yang “sakau” RM60 bilion nilai pasaran itu?
Sudah tentu soalan itu kedengaran mengarut sebab kejatuhan harga saham tidak secara automatik bermaksud wang dicuri.
Nilai pasaran jatuh bukan bukti rasuah.
Kerugian pelaburan juga bukan bukti penyelewengan.
Itulah sebenarnya masalah apabila naratif politik digunakan untuk menilai sesuatu pelaburan.
FGV jatuh 40%: salah Najib.
PetChem jatuh hampir 72%: faktor pasaran.
Standard apa macam ini?
Anjing Lebih Berharga Dari Nyawa Manusia
https://t.co/cHnMzCbBgl
.
Seorang anak muda di taman saya kini di ICU. Tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan. Dia dikejar anjing liar, jatuh, dan hidupnya berubah.
.
Sebelum ini pun sudah ada kanak-kanak digigit sampai masuk hospital. Bilal dan imam yang nak ke surau pun kena kejar. Saya sendiri kena kejar. Anak saya kena kejar. Padang permainan tak boleh guna sebab dua belas hingga empat belas ekor anjing berkampung di situ.
.
Bertahun-tahun kami buat aduan.
.
Saya buat aduan kepada Pengarah Penguatkuasaan. Jawatankuasa Rukun Tetangga buat aduan. Penduduk taman buat aduan. Tiada tindakan. Kami buat aduan kepada Ahli Majlis. Tiada tindakan. Kami buat aduan kepada YB ADUN Port Klang — orang yang pernah tinggal di taman ini, yang tahu masalah ini wujud. Tiada tindakan.
.
Bertahun-tahun. Sampai baru-baru ini, ada budak masuk ICU.
.
Dan sekarang, selepas penduduk taman terpaksa buat sesuatu, muncul pula orang di ruangan komen yang tanya "boleh percaya ke?" Seolah-olah penduduk taman ini semua tak ada kerja lain sampai nak pergi bunuh anjing tak tentu pasal. Seolah-olah penduduk satu taman sanggup berbohong beramai-ramai tentang anak-anak mereka sendiri.
.
Ada yang tanya penduduk taman tak ada perikemanusiaan.
.
Datang ke taman saya. Ziarah ibu budak yang masuk ICU tu. Duduk depan dia. Pandang muka dia. Kemudian cakap kepada dia yang kamu kesian pada anjing.
.
Buat betul-betul. Jangan jadi keyboard warrior.
.
Ada yang tulis "kesian pada anjing." Saya nak tanya soalan yang mudah je. Nyawa anak-anak taman ini semurah itu ke? Tempurung kepala budak tu kena keluarkan, dan yang mereka risaukan ialah anjing?
.
Saya bukan anti-anjing. Saya anti orang yang bagi makan anjing di padang permainan kanak-kanak sampai jadi sarang, 12-14 kawanan anjing berkampung, kemudian tak bertanggungjawab bila anjing tu beranak-pinak dalam longkang dan mengejar orang. Kalau kamu sayang anjing, ambil masuk rumah. Pakai leash. Pakai collar. Jangan bagi makan kat luar gate tapi tak nak bertanggungjawab.
.
Itu bukan sayang binatang. Itu namanya tak bertanggungjawab, sampai orang lain yang kena tanggung akibat.
Dan kepada pihak berkuasa — Majlis, Ahli Majlis, ADUN — anda semua ada rekod aduan kami. Bertahun-tahun. Anda boleh bertindak awal. Anda pilih untuk tidak. Satu anak muda masuk ICU sebab kamu semua buat tak tahu.
.
Kami dah tunggu bertahun. Useless.
.
Sekarang, setelah, hampir setahun padang ini kosong sebab kawanan anjing liar, anak-anak kami dapat bermain semula.
.
Maaflah. Saya pernah melihat anak saya dikejar anjing liar dan sebagai bapa, hanya saya tahu berapa laju saya lari untuk selamatkan dia.
.
Sekiranya anda ingin melihat Zi*n*s Malaysia yang lebih sayangkan anjing dari nyawa manusia, sila lawat ruangan komen.
.
Petikan FB Mohd Prasad Hanif
DAP Memerlukan Masyarakat Cina Yang Marah Atau Takut Untuk PRN N9
Oleh Mynewshub
Beberapa PRN yang berlaku memperlihatkan trend sokongan masyarakat Cina ke atas DAP-PH tidak sekuat dahulu.
Hakisan sokongan bukan sekadar imiginasi.
Justeru...
Satu cara diaorang nak survive sikit dan elak dimalukan teruk seperti di Johor ialah dengan memastikan dapat undi kaum Cina yang solid....
DAP-PH pastinya tak nak undi kaum itu berkurang atau mereka tidak keluar mengundi pada 1 Ogos nanti.
Undi Cina memperlihatkan trend kejatuhan kepada DAP sejak PRN Sabah lagi....
Dengan adanya persefahaman BN dan PN di N9....kedudukan PH menjadi sangat lemah.
Menyebabkan mereka tidak mampu kehilangan undi kaum Cina pada peringkat ini. Tidak boleh hilang sedikit pun.
Nak ada peluang sikit...DAP dan PH perlukan 100 peratus sokongan masyarakat Cina....
Untuk itu...mereka perlu bagi masyarakat Cina sama ada takut atau marah....
Untuk mencapai matlamat itu...segala perkara yang boleh dijadikan alasan atau umpan...digunakan sekarang ini...
Orang bergurau dijadikan perkara serius...
Orang bercakap fakta seperti MB Kedah...ditambah-tambah seolah MB suruh mereka balik negara asal.
Sebenarnya
Ini adalah naratif terbaru yang sedang dimainkan PH.
Bila masyarakat Cina yang marah atau takut, ia akan mendorong masyarakat itu melihat hanya DAP-PH sebagai jalan keluar dan perlindungan politik yang diperlukan.
Ia logik yang sangat mudah untuk difahami...
Percayalah...lebih banyak naratif ke arah pembentukan perasaan takut atau marah mungkin akan muncul menjelang 1 Ogos depan.
Media-media penjilat Madani akan lebih banyak secara tiba-tiba menjadi bodoh dan tak faham isu.
Sebenarnya...
Ini bahaya ...ini taktik orang terdesak...memainkan perasaan pengundi bukan sesuatu yang baik atau sihat untuk negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.
Perkara ini harus dihentikan segera....-MYNEWSHUB
Sian....punya takda penyokong yea...
Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan
Oleh Mynewshub
SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu lakonan.
Beliau namun mendakwa video temu bual terbaharunya bersama rakyat Negeri Sembilan yang dimuat naik di media sosial hari ini adalah rakaman yang sahih.
Bagaimanapun, video baharu itu turut mengundang reaksi sinis daripada netizen apabila ramai menganggap ia juga sekadar satu lagi lakonan.
Dalam video terbaharu itu, Jeming memulakan rakaman dengan berkata: "Ok... kembali lagi. Semalam ada orang kata saya berlakon. Ya, saya mengaku video semalam adalah lakonan semata-mata. Ini video daripada orang Negeri Sembilan.
"So kita tengok akak tu... jom kita tanya akak tu. Kita temu ramah tentang PRN Negeri Sembilan," katanya sebelum menghampiri seorang wanita yang sedang berdiri di kawasan parkir.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan kredibiliti Jeming meskipun beliau mendakwa video terbaharu itu adalah rakaman sebenar.
Seorang pengguna Facebook, Tuju Visi, berkata: "Dah sekali engkau menipu, ingat orang nak percaya kepada kau lagi lepas ni?"
Mohd Hardi pula menulis: "Kalau dah menipu, orang dah tak percaya. Terdesak sangat sampai sanggup menipu macam tu. Kesian PAN."
Seorang lagi pengguna, Addy Adda, menyifatkan temu bual itu sebagai "taktik lama" dengan mendakwa individu yang ditemu bual merupakan kenalan sendiri.
Bazrul Hisyam turut meninggalkan komen sinis dengan berkata: "Semalam dah kantoi menipu. Ingat kalau menipu boleh menang ke?" - MYNEWSHUB
@NgaKorMing Munafik ni yg buat projek kiosk beratus juta yang end up jadi buruk mcm gitu je kan? Harap nya DAP tak jadi kerajaan dah nanti,dan kau akan disiasat untuk ratusan juta projek kiosk sampah kau tu,tu semua duit rakyat wahai syaitan kor meng
Pelajar Cuba Tolak Rakan Dari Bumbung Bangunan, Guru Bertindak Selamatkan Mangsa
Oleh Mynewshub
SATU rakaman yang tular di media sosial memaparkan cubaan dua pelajar perempuan menolak rakan mereka dari bumbung sebuah bangunan di China sebelum kejadian itu berjaya digagalkan pada saat akhir.
Sekiranya kedua pelajar itu berjaya dan perbuatan mereka tidak disedari mana-mana pihak, maka kejadian itu mungkin akan ditafsir sebagai kejadian bunuh diri.
Menurut dakwaan yang dikongsi di platform media sosial, insiden tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa dibawa ke kawasan bumbung sebelum tindakan itu disedari seorang guru yang kemudian campur tangan dan menghalang kejadian daripada menjadi lebih buruk.
Rakaman pendek yang beredar turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai isu keselamatan pelajar, pengawasan di sekolah serta kes buli yang semakin mendapat perhatian di beberapa negara.
Namun setakat ini, butiran rasmi mengenai lokasi sebenar, tarikh kejadian serta identiti pihak terlibat masih belum dapat disahkan secara bebas.
Tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa China atau pihak sekolah yang dapat disahkan setakat laporan ini ditulis berhubung dakwaan bahawa kejadian itu dirancang untuk disamarkan sebagai tindakan mangsa sendiri.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati berkongsi rakaman tular tanpa pengesahan rasmi bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.-MYNEWSHUB
**Mynewshub akan mengemas kini laporan ini sekiranya terdapat pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa atau media arus perdana.**
@NgaKorMing Kau dulu pun tunggang PAS jugak,rela bersila di dgr kuliah tgna sbb nak tunjuk kamu sokong pas,sbb kamu nak mintak tandatangan tgna utk dokumen yang kau sendiri tau utk apa. Hipokrit mcm kau ni elok melingkup aje