📹 BANTUAN KASIH JOHOR RINGANKAN BEBAN BAWA KEGEMBIRAAN KEPADA RAKYAT
Agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 bagi golongan warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar dan Skudai berjalan lancar sekali gus memudahkan urusan penerima.
Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1448H. Semoga tahun baharu hijrah menjadikan kita semua insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
📹 APA ITU KERAJAAN ‘CARETAKER’?
Selepas Dewan Negeri Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, pentadbiran Kerajaan Negeri masih diuruskan oleh Menteri Besar Johor bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Johor yang lain secara ‘caretaker’.
📹 PENAMPILAN SULUNG MEMBANGGAKAN JMR BERJAYA TAMAT CABARAN 24 JAM LE MANS
Johor Motorsports Racing (JMR) melakar sejarah apabila berjaya menamatkan perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada penampilan sulung pasukan itu di pentas perlumbaan ketahanan paling berprestij dunia.
Syukur Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan pelancaran Johor Tech Smart City, sebuah pembangunan berimpak tinggi bernilai RM80 bilion yang bakal mengubah landskap ekonomi negeri menerusi pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI), teknologi pintar serta teknologi pertanian moden di kawasan seluas 2,300 ekar, sekali gus berpotensi mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan berkualiti untuk Bangsa Johor.
Melalui gabungan AgTech Campus dan Knowledge AI Campus, Johor Tech Smart City akan menjadi ekosistem bersepadu yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan (AI), pertanian pintar, teknologi masa hadapan, penyelidikan, pembangunan bakat serta keselamatan makanan.
Penyertaan syarikat teknologi global seperti Huawei dan Agibot sebagai rakan strategik projek ini turut memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan berteknologi tinggi serta hab inovasi yang semakin mendapat perhatian di peringkat serantau dan antarabangsa.
Projek ini bukan sahaja bakal menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke negeri ini, malah membuka ruang kepada pembangunan bakat tempatan, pemindahan teknologi dan pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat berkembang seiring dengan ekonomi masa hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Genting Property, ACGT serta semua pihak yang telah memilih Johor sebagai lokasi pembangunan Johor Tech Smart City. Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, pembangunan bakat tempatan serta limpahan ekonomi yang memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, dapat duduk semeja bersama rakan-rakan kepimpinan BN bagi meneliti gerak kerja menjelang hari besar yang bakal menentukan masa depan Johor 🔵
Tonton rakaman penuh temubual di radio KL fm bertajuk Program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026 yang menampilkan perkongsian menarik bersama, Ir Ts Muhammad Faisal Yussof, Sekretariat MELP, Suruhanjaya Tenaga, melalui pautan berikut:
https://t.co/5asJglJCR8
Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan di luar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.
Kod Warna Kabel Elektrik Baharu kini berkuat kuasa. ST telah mengeluarkan Arahan Penguatkuasaan Pelaksanaan Kod Warna Baharu Kabel bagi pendawaian elektrik di pepasangan elektrik berkuat kuasa serta-merta.... https://t.co/eiIqIf31rj
#KodWarnaKabel#PendawaianElektrik