Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters
اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، سَرِيعَ الحِسَابِ، اللَّهُمَّ اهْزِمِ الأحْزَابَ، اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وزَلْزِلْهُمْ
Ya Allah, Yang menurunkan Al-Qur’an, Yang pantas perhitungannya; Ya Allah, hancurkanlah pasukan musuh; Ya Allah, hancurkanlah mereka dan goncangkanlah mereka.
#globalsumudflotilla
#sumudnusantara
#stand4sumud
I condemn in the strongest terms Israel’s interception of the Global Sumud Flotilla. These vessels carried unarmed civilians and life-saving humanitarian supplies for Gaza, yet they were met with intimidation and coercion.
By blocking a humanitarian mission, Israel has shown utter contempt not only for the rights of the Palestinian people but also for the conscience of the world. The flotilla embodied solidarity, compassion and the hope of relief for those under blockade.
Malaysia will use all legitimate and lawful means at our disposal to ensure that Israel is held to account, especially in matters concerning Malaysian citizens. The safety and dignity of our people are paramount, and we will not allow them to be compromised with impunity.
As long as the Palestinian people are denied their fundamental rights and aspirations, Malaysia will stand unflinchingly with them. We will not relent in demanding an end to the injustice and dispossession that have plagued Palestine for generations.
Photo : Reuters
TERKINI
Rakyat Itali berkumpul dan protes di salah satu stesen kereta api di Naples
Mereka siap berdiri di atas landasan keretapi membantah tindakan IDF memintas Misi Global Sumud Flotila
TERKINI
Pusat Pemerintahan Misi Malaysia Flotila Sepang sahkan 17 rakyat Malaysia kini terputus hubungan dengan Pusat berkenaan dengan 12 orang sudah ditahan IDF
TERKINI
ALHAMDULILLAH
SIKIT LAGI
Kapal Omar Mukhtar dari Libya dilaporkan semakin menghampiri Gaza
Mereka kini di kedudukan 69 km dari Gaza
Kapal ini sertai Misi Global Sumud Flotila agak lewat dan kejar Misi sewaktu Misi parking di Tunisia
TERKINI
Kapal Ohwayla kini melepasi Wahoo dan kini berada di hadapan Konvoi Global Sumud Flotila
Mereka kini 92 km dari Gaza
Ohwayla bergerak dengan kelajuan 6.6 Knot
TERKINI
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM memaklumkan Konvoi Misi Global Sumud Flotila kini berada 93.4 Km dari Gaza
Mereka dijangka tiba di Zon Merah Terakhir Jam 12.25 Tengah hari ini 2 Oktober 2025
Mereka dijangka tiba di Gaza Jam 7.42 Malam 2 Oktober 2025 hari ini InsyaAllah
Doa banyak banyak gais
Cukup walaupun 1 Kapal tiba. Kita sudah berjaya
TERKINI
13 buah Bot dan Kapal Misi Global Sumud Flotila ditahan Pasukan Khas Laut IDF Shayetet 13 dan Tentera Laut Israel
Bot yang ditahan dipercayai ialah Kapal Greg Stoker
TERKINI
Kita menjangkakan Unit 8200 bergerak aktif ketika ini untuk memastikan Naratif Media berpihak kepada Israel. Selain cuba mengurangkan engagement di semua media sosial terutama Live Tiktok
Semua anggota Tentera Bawang Malaysia dan Unit Perisikan Netizen Malaysia diminita bersiap siaga menyerang mereka di semua media sosial dan terus berkongsi mengenai segala update Pro Palestin. Kesiapsiagaan DINAIKKAN KE DEFCON 1 berkuatkuasa serta merta
Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa yang dikenali sebagai “Anak Merdeka Malaysia”.
Program ini memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos dan 16 September sebagai simbol kepada perjuangan, kemerdekaan, dan perpaduan negara.
Pendaftaran kini dibuka dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum. Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau dengan melayari pautan rasmi berikut: https://t.co/xXRMDyfJno
Live streamer terpaling kreatif aku rasa.
Bisnes buat dobi karpet.
Tapi jadi pengulas ala-ala bola sepak. Aku pon tk sedar plak terlayan 30 minit mcm tu sja.
Bahaya pak long ni punya live