Menurut Nazri, ucapan tegas dan berani Anwar berhubung tindak-tanduk Israel terhadap Palestin mendapat perhatian banyak pemimpin negara lain.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/cHIpFAGWtV
Khairy bersetuju cadangan membatalkan pencen ahli Parlimen dan turut mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.
https://t.co/zVZ85AJmWN
Ramai juga kata ‘siapa je tengok RTM sekarang’?
Pertama - masih ramai yang tengok RTM. Just because you don’t, tak semestinya nobody does.
Kedua, apa-apa yang disiarkan dalam program ini boleh dipakej semula untuk medsos.
Semua ahli Dewan Negara termasuklah dari negeri pembangkang telah luluskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 secara sebulat suara.
Harapnya dengan kelulusan sebulat suara ini, kerjasama peringkat Persekutuan dan Negeri akan berjalan baik dan bukti rancangan kami di Kerajaan Persekutuan disambut baik oleh semua.
Terima kasih kepada semua penjawat awam yang telah bertungkus-lumus merangka KSP RMKe-12.
Menghadiri acara terakhir di Johor dengan bertemu dengan para pemain industri sebagai sebahagian dari kerangka Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober kelak. Dalam kesempatan yang sama saya menjelaskan beberapa langkah serta kebijakan baharu yang diusulkan dalam Ekonomi MADANI. Saya amat berharap semua pihak termasuk pemain serta kapten industri untuk menelaah Ekonomi MADANI sebagai usaha dan upaya kita mencipta ekonomi yang memartabatkan rakyat terbanyak.
#MalaysiaMADANI
#EkonomiMADANI
#BelanjawanMADANI2024
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam Al-Quran.
#MalaysiaMADANI