Saya dah pun jawab semalam.
Memang tak ada langsung kerajaan dulu janji hapuskan PTPTN.
Dalam Buka Harapan pun tak ada.
Yang ada, permulaan pembayaran apabila seseorang itu dah capai gaji bermaruah RM2000-RM4000.
Yang ini, kabinet dah pun luluskan pada tahun 2020.
Kerajaan berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan COVID-19 menerusi varian Omicron bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik.
Pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan tahun baharu dan digantikan dengan solat hajat dan doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.
Nelayan & petani adalah pekerjaan tertua di negara ini. Kebajikan mereka & keluarga sentiasa dibela. Sektor ini berkait langsung pengeluaran makanan negara.
Jika dipinggir ia memberi kesan domino, menjejas bekalan, keselamatan & kedaulatan makanan negara.
#KeluargaMalaysia
Selari aspirasi kerajaan yang prihatin dan komited membantu #KeluargaMalaysia yang terkesan banjir, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi penangguhan bayaran selama tiga bulan.
Semoga kelonggaran meringankan beban ditanggung para peminjam.
Kita biasa mendengar frasa 'rakyat sihat, negara maju'. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah sesuai dilakukan bersama keluarga, tetangga dan rakan.
Melalui aktiviti ini kita berkomunikasi, bertanya khabar & kesihatan, menjalin perpaduan & silaturrahim.
#KeluargaMalaysia
Sebahagian mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan untuk membina semula kehidupan.
Susulan itu inisiatif My Ringgit-i Banjir tanpa faedah diperkenal Bank Simpanan Nasional melalui pembiayaan sehingga RM10,000 dengan tempoh bayaran selama 3.5 tahun.
#KeluargaMalaysia
Insya-Allah, saya akan pastikan yang mereka semua akan mendapat penjagaan dan bantuan pasca banjir yang sebaiknya, khususnya golongan uzur dan anak-anak kecil yang hilang tempat berteduh.