GUYS SUMPAH AKU MENYESAL BARU BELI BUKU NI
Function teruk ahh kepada yang baru nak berjinak dalam bisnes 👍🏻
Terima kasih @magmalaya for the recommendations
Olivia Rodrigo earns seven #Grammy nominations for ‘you seem pretty sad for a girl so in love’:
Album of the Year
Record of the Year (“the cure”)
Song of the Year (“the cure”)
Best Pop Solo Performance (“the cure”)
Best Pop Vocal Album
Best Rock Performance (“what’s wrong with me”)
Best Rock Song (“what’s wrong with me”)
aku tak sanggup babi tengok malaysia jadi indonesia 2.0 disebabkan kita salah pilih pemerintah . pakcik makcik please dah lah tu hidup jadi menjilat parti . kita pilih pemerintah tolong lah tengok how dorang buat kerja bukan sebab dorang parti biru hijau merah ke apa .
Asam pedas ditenung-tenung
Sajian warisan tak hilang taringnya
Undi HARAPAN, semangat menggunung,
Melaka Rumah Kita, gemilang selamanya.
Saya merayu agar para pengundi di Melaka memberi peluang kepada calon-calon Pakatan Harapan untuk berkhidmat serta membela nasib rakyat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab, sambil berpendirian teguh bahawa amanah tidak boleh dikhianati demi tembolok kalangan mereka yang rakus memunggah kekayaan.
Kepada Allah SWT kita berserah.
🔺🚩
#UndiHARAPAN
#MelakaRumahKita
Beberapa hari ini, kita telah saksikan wajah sebenar sebuah ‘penyatuan’. Demi undi dan kuasa, mereka tergamak menunggang agama dengan mengeluarkan fatwa menghalalkan sokongan kepada perasuah, mendajalkan lawan, hinggalah menyamakan pilihan undi dengan kewajipan wuduk.
Esok, rakyat Melaka berpeluang menyampaikan mesej yang tegas melalui peti undi. Tolak penunggang agama dan mereka yang bersembunyi di sebalik topeng membela kaum tetapi hakikatnya menjulang perasuah.
Ayuh, orang Melaka. Jadilah sinar HARAPAN buat semua yang mahu melihat negara ini bebas daripada korupsi. Sudah terlalu lama sikap memejam mata terhadap rasuah, tolerance for evil ini, merosakkan sendi-sendi negara. Kita hentikannya di peti undi esok.
Selamatkan Melaka. Selamatkan negara. Undilah HARAPAN.
🔺🚩
#UndiHARAPAN
#MelakaRumahKita
UMNO ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri duduk semeja dan bincang sama-sama dengan kita. Bila keluar, pandai pula hentam Kerajaan, walaupun mereka juga Kerajaan. Pening kita tengok mereka peningkan rakyat.
#UndiHARAPAN#MelakaRumahKita
Kita sibuk bergaduh kerana termakan hasutan perkauman, sedangkan yang menghasut tenang menyakau. Apabila duit rakyat disakau, orang Melayu, Cina dan India sama-sama tanggung akibat.
Kalau benar mahu membela orang Melayu, angkatlah orang Melayu yang jujur, berakhlak dan sanggup memikul amanah. Siapa pun yang diberi kuasa, duit rakyat itu amanah.
Kalau nampak duit rakyat terus mahu sakau, apa guna diangkat jadi pemimpin?
#UndiHARAPAN
#MelakaRumahKita
Najib tu dh terbukti bersalah oleh 9 hakim dalam kes SRC, dan kes 1MDB yang di bicarakan selama bertahun tahun.
Malaysia, what's wrong with you gais? Sanjung puji dan puja penyamun mcm hero.
Elok pergi check psikiatri la
KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
AGAMA SEPATUTNYA MENYATUKAN, BUKAN MENJADI ALAT MEMECAH-BELAH MASYARAKAT
Saya memandang serius kenyataan bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sezalim orang bukan Islam, seperti yang dilaporkan dalam ceramah politik di Melaka.
Kenyataan sedemikian amat dikesali kerana ia membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 8, yang bermaksud:
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”
Sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai.
Sungguh amat dikesali ada yang membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam, hanya kerana perbezaan agama?
Seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat.
Rasulullah SAW mengajar bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.
Rasuah tetap rasuah. Penindasan tetap penindasan. Pengkhianatan terhadap amanah tetap satu kesalahan, siapa pun pelakunya.
Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah.
Saya ingin mengingatkan bahawa Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain. Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik.
Begitu juga, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana kita menghormati hak kaum dan agama lain.
Sebaliknya, umat Islam akan lebih dihormati apabila mereka menjadi contoh terbaik dalam keadilan, kemajuan, kebijaksanaan dan sifat rahmah kepada seluruh manusia.
Pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat menilai rekod prestasi, integriti dan kemampuan calon serta parti politik, bukannya medan untuk membangkitkan ketakutan dan prasangka kaum dan agama.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Ketua Setiausaha
Pakatan Harapan
13 November 2026
"Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam," jelasnya di hadapan lebih 1,000 penyokong PN dan BN di Bukit Katil, Melaka, malam tadi
Steadyla tunggang agama laga-lagakan rakyat. Manusia paling sial.