Hampir tujuh dasawarsa lalu, pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, fajar baharu menyingsing dari ufuk tanah air. Rakyat pelbagai kaum dan agama bergerak sederap dengan satu tekad untuk membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat, adil dan aman.
Pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya itu pengorbanan yang sebesar-besar pengorbanan.”
Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi pula mengungkapkan:
“Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.”
Inilah amanat yang harus kita junjung. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi membina jiwa yang merdeka, menolak perkauman, rasuah, penindasan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
Kini giliran generasi kita menggalas amanah sejarah. Rapatkan saf, teguhkan muafakat dan satukan seluruh tenaga serta ikhtiar.
Kita punyai satu tanah air, kita warisi satu sejarah dan kita bertanggungjawab menjamin satu masa depan, Malaysia yang lebih tangkas, lebih gagah dan dihormati dunia.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
Perdana Menteri umum kuota BUDI95 akan dikembalikan kepada 300 liter sebulan, bermula 1 September 2026
Turut tingkatkan had ambang minimum pelaksanaan e-invois kepada RM3 juta
Di Melaka hari ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026. Dalam ucapan dasar, saya menghimbau ikrar perjuangan menerusi Deklarasi Permatang Pauh 28 tahun lalu, tatkala kita memilih jalan sukar untuk menongkah arus dengan merangkul kekuatan seluruh rakyat merentasi kaum, agama dan wilayah bagi membentuk Malaysia yang lebih demokratik, adil dan manusiawi.
Kita meneruskan cita-cita besar negarawan ulung Allahyarham Dato’ Onn Jaafar yang lebih awal membayangkan sebuah wadah politik melangkaui batas kaum demi masa depan negara.
Perjalanan kita telah melalui jalan raya dan penjara, kekalahan dan kemenangan, serta pengkhianatan yang hampir memusnahkan harapan. Dahulu kita menuntut perubahan. Hari ini, setelah diberikan amanah menentukan arah negara, tanggungjawab kita adalah melaksanakannya.
Alhamdulillah, kestabilan yang dibina bersama rakan-rakan telah memungkinkan beberapa perubahan penting dilaksanakan dalam keadaan ekonomi dunia yang amat mencabar. Namun Kongres ini juga medan untuk kita bermuhasabah dan mengakui bahawa masih ada keresahan rakyat yang belum ditangani sepenuhnya. Kita mesti mendengar dengan terbuka dan memperbaiki segala kelemahan dengan jujur.
Pertumbuhan ekonomi hanya bermakna apabila rakyat merasai peningkatan dalam kehidupan mereka. Pelaburan mesti menghasilkan pekerjaan dan gaji yang bermaruah, manakala pengukuhan fiskal harus meningkatkan kemampuan Kerajaan memperbaiki sekolah, hospital, pengangkutan dan perumahan serta membantu keluarga yang memerlukan.
Pada masa sama, kita masih bergelut dengan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dalam institusi seperti Tabung Haji dan FELDA. Saya tegaskan bahawa kita tidak akan melindungi atau membiarkan sesiapa terlepas, kerana perbuatan sakau segelintir manusia ini telah menyebabkan kita semua, sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta yang lain, terpaksa menanggung akibatnya.
Jika kita tidak bertindak, kita dituduh lemah dan mengkhianati Reformasi. Kalau bertindak pula, kita dituduh berdendam. Katakanlah apa sahaja. Saya tegaskan bahawa sesiapa yang menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat mesti berhadapan dengan hukum serta keadilan.
Saya turut menyinggung usaha reformasi pendidikan yang mesti melahirkan anak Malaysia yang berilmu dan beradab, menguasai teknologi tanpa kehilangan kemanusiaan, berakar pada sejarah dan budayanya serta mampu berdiri sama tinggi dengan sesiapa sahaja di dunia.
Atas keyakinan terhadap kematangan mahasiswa, saya mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI akan meneruskan reformasi ini dengan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Insya-Allah, cadangan pemansuhan ini akan dibawa ke Jemaah Menteri pada Rabu ini.
Kepada generasi pasca-Reformasi dan anak muda, warisan perjuangan ini tidak harus menjadi nostalgia yang membebankan. Saya tidak mahu kalian melalui segala liku dan ranjau yang ditempuh oleh generasi kami, namun ibrah daripada perjuangan itu mesti difahami. Hayati mengapa Reformasi bermula, kemudian tentukanlah maknanya untuk kalian. Saya mahu generasi ini lebih berani, lebih terdidik dan lebih bersedia mencabar pemikiran lama, termasuk pemikiran generasi kami sendiri.
Saya bertekad untuk menyempurnakan agenda perubahan yang masih belum tertunai. Justeru, saya mengajak seluruh kekuatan KEADILAN, Pakatan Harapan, rakan-rakan parti dalam Kerajaan MADANI, badan dakwah dan NGO untuk bersama dalam perjuangan ini, sekali gus melakar sejarah baharu sebuah negara yang lebih adil, bermaruah serta menjamin masa depan setiap rakyat.
Reformasi!
#KitaKEADILAN
#MemugarReformasiMembinaMADANI
Kiri: Acap koyak sampai nak ugut saman rakyat yg bertanya
Kanan: Dia ingat brother to goyang ke?
Ini satu langkah yg salah kerana menutup kebenaran
Isu Tabung Haji ini melibatkan umat Islam di Malaysia
Rakyat nak tahu kebenaran. Bukan ugutan
Berani kerana benar
Takut kerana?
PMX balik dari his long and exhausting trip semalam..
Pagi ni masuk Parlimen, dia tapaw habis semua.
Malaysia tegas melawan the Barbarism of Israel‼️
Tetapi jujur cakap, sedih tengok Melayu PN yang nak jatuhkan PMX sedangkan dia sendiri bagi masuk jet Israel dan kapal ZIM 🤦
Pelaksanaan Budi Madani Diesel menjadi langkah yang berkesan untuk mengekang serta menurunkan kadar eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/rYd5YI2TQE
Tahniah kepada PMX @anwaribrahim dan MADANI
Sokongan Rakyat Terhadap Reformasi Institusi Kekal Utuh!
✅ 84% sokong pemisahan peranan Peguam Negara & Pendakwa Raya.
✅ 68% sokong had jawatan PM kepada maksimum 2 penggal.
✅ 58% sokong pilihan raya langsung Datuk Bandar KL.
Medsos aman tanpa si mawas 😁
"Mahkamah turut menetapkan bahawa PapaGomo tidak boleh menggunakan mana² platform media sosial untuk menyebarkan kandungan palsu, mengelirukan atau memudaratkan sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu"
Tahniah @MCMC_RASMI@fahmi_fadzil
Sewaktu panggilan telefon dengan rakan sejawat saya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, kami berbincang mengenai pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan yang sekian lama terjalin erat.
Saya turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada beliau serta rakyat Pakistan, dengan harapan semoga semangat pengorbanan dan persaudaraan terus memperkukuh keamanan dan kesejahteraan ummah.
Kami menyentuh perkembangan positif rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat, termasuk perbincangan berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz yang amat penting kepada kestabilan perdagangan dan keselamatan serantau lantas saya menyatakan penghargaan Malaysia akan peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan serta kesediaannya menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya.
Dalam hubungan ini, Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan pendekatan damai demi menjamin kestabilan rantau Asia Barat.
Kami juga berbincang mengenai kepentingan masyarakat antarabangsa bersuara dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan keganasan dan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza dan Lebanon.
Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus diperkukuh berlandaskan semangat persahabatan, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap keamanan serta kemakmuran sejagat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Kepada seekor budak Kancil yg maybe tak berapa faham soal ibadah korban dalam agama Islam.
Bukan segala benda perlu dipolitikkan, especially hal berkaitan agama.
"Politik hanyalah satu wadah. Berhati² lah dalam tulisan"
Kecoh pasal lembu korban sumbangan PMX @anwaribrahim
Bermula dari @FadhliShaari mempersoal
Kemudian tajuk media yang sensasi & sepanduk penyertaan korban
Walhal dalam berita tu dah jelaskan dari jumlah 260 ekor 155 penyertaan public
Kenapa tak puji @SanusiMNor lagi banyak
Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian yang dihadapi, serta memperlihatkan hikmah dan rahsia Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Sementalahan, di sebalik ikhtiar dan usaha yang dilakukan kita dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, pasti ada pengorbanan yang harus menjadi prasyarat.
Justeru, pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan. Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga.
Mari bersama renungi Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(Surah al-Saffat: 99-102)
Maknanya, tanpa pengorbanan hidup menjadi tidak bermakna dan gersang nilai. Sesuatu yang dikorbankan adalah sesuatu yang memang menjadi kemahuan manusia—harta, keluarga dan kedudukan. Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya.
Oleh yang demikian, hikmah menunaikan Haji merupakan antara kurniaan terbesar Ilahi kepada hamba-Nya. Kita mengenang manasik Haji sebagai salah satu rukun Islam. Haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri yang bertujuan memadrasahkan jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Tatkala berihram dengan pakaian serba putih dan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan. Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira tingkat diri di dalam masyarakat, darjat atau pangkat, lantas membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT. Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita.
Walhasil, atas iktibar ini saya mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara. Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita. Dunia harus menjadi jambatan utuh ke arah negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur, dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera.
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ
ANWAR IBRAHIM
Mengakhiri lawatan kerja ke Johor, saya menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor bersama saf kepimpinan dan anggota KEADILAN negeri dan pusat dalam suasana penuh santai, harmoni dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
Reformasi bukan sekadar slogan, ia adalah iltizam yang berakar pada nilai keadilan, ketelusan dan kemanusiaan.
Saya tekankan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan dengan bijaksana, berprinsip, dan berpandukan visi untuk membentuk sebuah negara yang manusiawi, inklusif dan maju.
Negara yang kita impikan bukan sekadar hebat pada infrastruktur dan angka ekonomi, tetapi yang menjunjung maruah insan, membela yang tertindas, dan meraikan kepelbagaian dalam semangat perpaduan.
Setiap langkah reformasi yang kita pacu hari ini adalah demi generasi akan datang agar mereka mewarisi sebuah Malaysia yang adil, aman dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja