ππππ’π‘ πππ₯π¦ππ π π‘ππ π¦π¨π‘πππ π¨πππ‘π: π₯ππππ¨ππ‘ ππππ¨π π₯πππ ππ‘
Bermula hari ini, saya akan perkenalkan calon-calon Kancil di Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung sebulan dua ini.
Mohd Ridzuan Abdul Rahman adalah anak jati Sungai Udang, Melaka. Anak tentera yang membesar sekitar kem tentera, bersekolah di Sekolah Rendah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Kem Terendak.
Saudara Ridzuan merupakan seorang bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia berpangkat Assistant Superintendent (ASP) yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi kawasan Gombak dan Ampang, sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 untuk memberi tumpuan kepada bidang Keselamatan Korporat.
Kini pada usia 47 tahun, Saudara Ridzuan telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Keselamatan Korporat.
Beliau bertugas sebagai Pengurus Besar Keselamatan Kumpulan, untuk Malaysian Aviation Group (MAG) dan telah menguruskan operasi keselamatan di Malaysia Airlines (MAB), Firefly, MAB Kargo, Malaysia Airlines Academy (MABA), Aerodarat Services dan syarikat-syarikat lain di bawah Malaysian Aviation Group.
Sebelum MAG, beliau memegang jawatan di peringkat pengurusan dengan syarikat-syarikat ternama dunia, termasuklah di Shell, Northport, Carrefour dan Tesco.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Komunikasi dari Universiti Malaya, memperolehi Master dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dari Universiti Teknologi Malaysia.
Kini beliau sedang meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Strategik di Universiti Malaya.
Jumpa saya dan Saudara Ridzuan di ceramah Trak Kancil hari Ahad, 23 Ogos ini jam 9 malam di hadapan Masjid Tun Ghaffar Baba, Sungai Udang.
KENYATAAN MEDIA β BERSAMA
19 Ogos 2026
Prabelanjawan 2027 mengenal pasti banyak masalah tetapi kekurangan keberanian untuk melaksanakan reformasi struktur.
Lima sudut utama:
1. Tiada hala tuju jelas untuk reformasi subsidi bahan api .Subsidi masih dinikmati terlalu ramai, termasuk golongan berpendapatan tinggi. Jika kaya dan miskin sama-sama mendapat petrol bersubsidi sehingga 200 liter sebulan, itu bukan penyasaran yang baik dan pendedahan fiskal kepada harga tenaga global kekal tinggi.
2. Kerajaan mahu berbelanja lebih tetapi masih belum menjawab dari mana hasil tambahan akan datang. Malaysia memerlukan lebih banyak dana untuk kesihatan, pendidikan, perlindungan sosial dan infrastruktur, tetapi hasil cukai telah menurun daripada 14.1% KDNK pada 2015 kepada 12.5% pada 2025. Prabelanjawan tidak menawarkan strategi reformasi hasil yang jelas dan adil.
3. Insentif cukai kepada syarikat besar masih kurang telus. Rakyat berhak tahu berapa banyak hasil cukai yang dilepaskan, siapa yang menerima insentif dan apa pulangan kepada negara. Jika SME tempatan perlu membayar cukai sepenuhnya, syarikat besar yang menerima insentif juga perlu menunjukkan manfaat yang Malaysia peroleh.
4. Malaysia semakin menua tetapi reformasi perlindungan sosial masih terlalu perlahan. Ramai rakyat bakal bersara dengan simpanan tidak mencukupi, namun tiada reformasi besar mengenai pencen sosial, perlindungan pendapatan hari tua atau penjagaan jangka panjang. Penangguhan hari ini hanya memindahkan beban kepada generasi akan datang.
5. Kemampanan sistem kesihatan awam masih belum ditangani dengan serius dalam Belanjawan 2027. Penuaan penduduk, penyakit kronik dan kos rawatan yang meningkat akan terus menekan sistem kesihatan. Tanpa pembiayaan jangka panjang yang mampan, rakyat akan berdepan masa menunggu lebih lama manakala petugas kesihatan menanggung beban kerja yang semakin berat.
Kenyataan penuh: https://t.co/kdCPhNKRdF
Sum Dek Joe
Jurucakap Dasar
Parti BERSAMA Malaysia
@partibersamamy
Jadi aku nak stress-test idea ni.
Kalau korang rasa idea ni bagus, beritahu kenapa.
Kalau rasa tak bagus, lagi aku nak dengar.
Apa loophole yang aku tak nampak? Apa yang perlu diubah? Berapa jumlah yang munasabah?
Kritik idea, bukan orangnya. π
#GISC#DasarAwam
Aku nak lontarkan satu idea dasar untuk dibincangkan.
Bukan cadangan rasmi kerajaan, bukan juga nak kata idea ni dah sempurna.
Aku cuma tertanya:
Bagaimana kalau kerajaan bantu pekerja berpendapatan rendah secara terus, bukan melalui majikan?
π§΅π
π§ Boleh berlaku manipulasi gaji?
π¦ Adakah Account 3 platform yang sesuai?
βοΈ Bagaimana ia selari dengan Dasar Gaji Minimum & Gaji Progresif?
Dan yang paling penting β adakah ini benar-benar lebih berkesan?
@Kendogdoll Imo sebagai pengundi biasa:
1. Tawar hati dengan PH, tapi masih belum cukup percaya dengan parti kecil yg lain. Offer utk jadi pembangkang yg baik, belum cukup diterima. So, voters takut undi mereka wasted.
2. Imej BN di johor agak clean. Imej Onn Hafiz pun tak bnyak calar.
@rafiziramli Imo, kurangkan jual kerosakan parti lawan, tapi lebih banyak jual apa yg Bersama boleh offer to the table. Honestly, I am more interested in joining this party is because of the inspiration and idea, in stead of "kebobrokan" parti lain
Puas hati betul aku dengar Rafizi kupas pasal JS-SEZ. Every single detail, every single inch. Dia bukan kupas surface je tentang proses nak bagi jadi project tu, dia masuk dalam layer by layer by layer. Memang bukan kerja mudah, kalau tak memang lama dah buat. 1/2
Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.
Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat.
#APEC2025#KpopForever