Merdeka…
Apakah ertinya Merdeka?
Kebebasan, tidak terkurung, terlepas dari dibelenggu.
Tanah Melayu sudah Merdeka.
Ia perjalanan yang jauh.
Lebih 500 tahun lamanya.
Kekuatan Tuah dan jiwa berontak Jebat tidak padam dek zaman.
Mengalir deras bersama pejuang Melayu.
Dari Maharaja Lela ke Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
Begitu juga Tunku Kudin yang syahid.
Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak penyambut perjuangan.
Dan kita sambut merdeka sebagai tanda kita tidak lagi dijajah.
Kemerdekaan yang dibayar dengan darah, keringat dan air mata.
Kita bebas…
Kita bebas tentukan hala tuju kita.
Kita bergabung dan tubuh Malaysia.
Kita bertanggungjawab kepada negara kita, kepada rakyat kita.
Kita bangunkan negara dan kita berjaya.
Maka aman dan damailah kita.
Kita bangunkan negara dengan pesat.
Kita digelar Harimau Asia.
Merdeka…
Bagi anak muda, merdeka itu sorak dan gembira.
Mengisi merdeka itu jauh lebih sukar.
Apa yang ada hari ini tidak seperti sebelumnya.
Apakah kemuliaan dapat dipertahan selamanya?
Akan terpinggirkah bangsa?
Akan terlepas lagikah Tanah Air kita?
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-66 🇲🇾
Doaku hari ini,
Bismillah.
"Ya Allah, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan dan jauhkanlah aku daripada perkara yang sia-sia."
#TIPS BISNES
Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT.
Dalam hidup, kita perlu sangat yakin dengan Allah SWT. Bila kita berniaga, kita perlu yakin setiap pelanggan yang berurusan dengan kita adalah kerana Allah yang meggerakkannya.
Lahirnya Kekasih Allah, iaitu Muhammad bin Abdullah. Kami rindu padamu. 💚
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Salam Maulidur Rasul
اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد💚
"Alhamdulillah semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar serta berjaya dunia akhirat. Amin.”
#AWANInews#AWANIpagi [HIBURAN]
https://t.co/FCiSFKHAMw
Hotel bertema sangat cool untuk korang menginap di Penang!!! #JomKita
.
Antara tema yang ada:
🔸Alice In Wonderland
🔸Mini Cooper
🔸Oriental Room
🔸Prison
🔸Summer
🔸Tropical
🔸Volkswagen
🔸Western Room
🔸Zen
.
Lokasi:📍Hotel Vangohh Eminent, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Hasbunallah wanikmal wakil nikma maula wanikman nasir
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
“Cukup Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.” (QS. Ali Imran: 173)