Big news for travellers from India! Selangor offers up to 30% off flights in partnership with Batik Air Malaysia to attract more tourists in 2025.
Read more: https://t.co/T6rSQ0Ac0p
---
#TourismSelangor#GayaTravelNews
Alamanda Putrajaya’s RM100M transformation is here! Experience the new Escape Putrajaya adventure park, 10-hall TGV Cinemas, U-Bowl X, and 29+ new stores!
Read more: https://t.co/QouUaEIyG2
---
#AlamandaPutrajaya#GayaTravelNews
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 21 Februari 2025.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia pada hari ini, 24 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience H.E. Vanu Gopala Menon, Singapore's High Commissioner to Malaysia today, 24 February 2025. Allah Peliharakan Sultan.
Obor perjuangan gerakan reformasi yang bermula sejak 26 tahun lepas harus terus menyala dengan berbekalkan semangat "suara rakyat, suara keramat".
Selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , saya sampaikan amanat tersebut pada “Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat” malam semalam seraya dihadiri pimpinan utama parti, veteran, ahli sejati, anak muda dan juga mereka yang kekal bersama sejak dahulu lagi.
Sayugia, rapat umum ini diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi sambil mengingatkan ahli dan jentera parti supaya terus memperkukuh jentera demi rakyat dan negara.
Dalam ucapan, saya turut mahukan pejuang keadilan dan reformasi tidak melupakan asas penubuhan parti kerana watak-watak penting inilah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.
Jangan pula lena dan terlalu selesa dengan jawatan dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat kerana asas perjuangan parti itu selama ini harus terus mekar menyala untuk keharmonian rakyat dan juga negara sebagai satu kesatuan penting.
Menggunakan platform yang ada, saya maklumkan hadirin bahawa Insya-Allah, Belanjawan Madani tahun ini akan cuba menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dengan lebih baik lagi.
#MalaysiaMADANI
Pagi tadi, saya dan delegasi Malaysia telah menghadiri perbicaraan di Mahkamah Agung Perancis di Paris bagi mendengar rayuan kumpulan Sulu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023 lalu yang telah memihak kepada Malaysia. Berdasarkan kepada pernyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak serta pernyataan yang mewakili Kerajaan Perancis, saya berharap agar keputusan rayuan yang dijangka akan diketahui kelak akan berpihak kepada Malaysia insyaallah.
Delegasi ini turut disertai oleh TYT Datuk Eldeen Husaini bin Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis, YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), pegawai-pegawai kanan daripada BHEUU, JPM, Jabatan Peguam Negara (AGC), Kementerian Luar Negeri (KLN), War Room Sekretariat Khas.
Kerajaan MADANI memandang serius isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang cubaan mana-mana pihak untuk mengganggu gugat kedaulatan dan maruah Malaysia demi kesejahteraan rakyat.
#YBAOS
#SuluFraudvsMalaysianTruth
#KedaulatanNegara
#MalaysiaMADANI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap barisan Ahli-Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor yang diketuai oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor pada hari ini, 11 September 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Johor Council of Royal Court Members led by Johor Council of Royal Court President YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli today, 11 September 2024.
Various state related matters and urgent issues were presented and discussed with HRH The Regent of Johor during the meeting. Allah Peliharakan Sultan.
Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', merangkumi manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW yang sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Dihadiri kira-kira 6,000 tetamu, Baginda Tuanku turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada penerima-penerima.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Haji Yassin dan juga enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW:
1. Datin Aminah Zakaria
2. Dato’ Ab. Jamal Tun Sakaran
3. Datin Paduka Prof. Dr Khatijah Yusoff
4. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain
5. Sariah Ibrahim
6. Micheal Tong Wai Siong (Uncle Mike).
Dalam mencari model contoh ikutan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung ialah Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah.
Nabi Muhammad SAW, adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun lebih dari itu pakej Rasullah SAW sebagai pemimpin negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model Madinah dibawah payung kepimpinan beliau.
Sehubungan itu, cita-cita negara Madani juga tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan.
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah al-Ahzab: 21)
#MalaysiaMADANI