๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
3 ๐๐ถ๐ฏ 2026
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐ ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
Kami mengesahkan bahawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan menyertai Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara. Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.
PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu.
Penyertaan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ membina jentera pilihanraya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihanraya- pilihanraya yang akan datang.
Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam.
Siri jelajah yang dinamakan ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.
๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan melawati setiap negeri seperti berikut:
Melaka
๐๐ฐ๐ต๐ฆ๐ญ ๐๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข, ๐ณ ๐๐๐ป
Negeri Sembilan
๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ, ๐ญ๐ฏ ๐๐๐ป
Perak
๐๐ฑ๐ฐ๐ฉ, ๐ญ๐ฐ ๐๐๐ป
Kelantan/Terengganu Utara
๐๐ฐ๐ต๐ข ๐๐ฉ๐ข๐ณ๐ถ, ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ป
Pahang/Terengganu Selatan
๐๐ถ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ, ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ป
Selangor Utara/Tengah, ๐ฎ๐ด ๐๐๐ป
Selangor Selatan, ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Pulau Pinang, ๐ฐ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Kedah/Perlis, ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Kuala Lumpur
๐๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ธ๐ข๐ฏ๐จ๐ด๐ข, ๐ญ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Selangor Barat
๐๐ฉ๐ข๐ฉ ๐๐ญ๐ข๐ฎ, ๐ญ๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Selangor Timur
๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ, ๐ญ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ
Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan https://t.co/nOUTHK88GI.
Kami berterima kasih kepada ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan yang memberangsangkan setakat ini.
Insya-Allah, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan.
3 ๐๐ถ๐ฏ 2026
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐,
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
18 ๐๐ฆ๐ช 2026
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐๐ฉ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ณ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ
๐ก๐ถ๐ธ ๐ก๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ก๐ถ๐ธ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ
๐๐ฉ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ณ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ธ๐ข๐ฏ๐จ๐ด๐ข
Today I had a funny moment.
I went to YB Rafizi Ramli and YB Nik Nazmiโs event. After the event ended, I walked out and saw a booth selling โBersamaโ T-shirts. I went to the booth and asked the lady there because I wanted to buy a coloured shirt.
She said, โThe shirt is RM35.โ
Then I replied, โDo you have a plastic bag?โ
She answered, โWe donโt have plastic bags, but we have a Bersama bag. Itโs a bit expensive RM20.โ
I laughed and told her, jokingly, โIโve already spent my energy, money, and spirit for 20 years on THAT๐ party.โ ๐
She laughed and replied, โFor me, maybe around 10 years.โ
We both laughed, and it ended as a happy moment, maybe even a new beginning.
Iโm just an ordinary guy who has earned enough wealth throughout lifeโs journey, but I donโt want to waste the rest of my time in this world without fighting for justice. Because honestly, I hate seeing stupid politicians trying to tell people how to live their lives.
NEW CHAPTER BEGIN๐ค
The Imam of Mecca invoked tonight at the end of the Tarawih prayer:
"O Allah, grant power to Islam and to the Muslims! Make this country a safe and peaceful place, as well as all the countries of the Muslims."
Selamat beribadah dan menyambut bulan Ramadhan.
Satu-satunya harta yang tidak boleh diganti adalah masa, dan kebiasaannya kita membazirkan harta masa ini di setiap Ramadhan kerana beranggapan akan ada Ramadhan lagi di tahun depan.
Sama-samalah kita anggap ini Ramadhan terakhir kita, supaya kita tidak mensia-siakan masa di bulan Ramadhan dengan memanfaatkannya untuk beribadah.
Ingatan itu lebih kepada saya yang selalu membazirkan harta masa di Ramadhan yang lepas-lepas.
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ & ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฅ
#๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ธ๐ถ
Pagi Jumaat lalu, ada beberapa orang aktivis anak muda tanya saya kalau mereka anjurkan demonstrasi untuk zahirkan kemarahan dan tuntutan berkenaan Tan Sri Azam Baki, apakah saya sudi untuk hadir.
Saya kata Insya Allah saya boleh hadir.
Saya juga maklumkan secara terbuka dalam sidang media pagi Jumaat lalu bahawa kami, 8 orang ahli parlimen PKR yang mengambil pendirian keras mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki ini, mencadangkan supaya BERSIH2.0 mengetuai gabungan rakyat menganjurkan demonstrasi.
Pukul 4 petang hari Jumaat, notis dipaparkan oleh BERSIH2.0 memanjangkan penganjuran demonstrasi oleh gabungan NGO (yang kebanyakannya anak-anak muda) menuntut siasatan bebas ke atas Tan Sri Azam Baki.
Alhamdulillah, dengan notis 24 jam sahaja dan ketika orang sudah mula bercuti, kehadiran itu baik.
Saya tak tahu berapa orang yang hadir, boleh suruh AI (artificial intelligence) kira dan anggarkan ha3.
Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan rakyat kerdil yang hadir.
Ia mengingatkan saya kepada siri demonstrasi #KitaLawan yang bermula bulan Februari 2015.
Ketika itu, Datoโ Seri Anwar kembali ke penjara setelah dijatuhkan hukuman kali kedua.
PAS sudah berjauh hati dan Pakatan Rakyat retak menunggu belah.
Tanpa PAS, pada ketika itu, pimpinan BERSIH2.0 pun tidak yakin sebarang demonstrasi akan berjaya menarik kehadiran.
Dalam PKR pula, kepimpinan sudah dikuasai oleh kumpulan Datoโ Seri Azmin Ali yang tidak berminat pun untuk berdemonstrasi atau membawa isu 1MDB, rasuah kerajaan dan sebagainya.
Ketika itu, saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR. Ketua Angkatan Muda adalah Nik Nazmi.
Maka kami buat keputusan, kalau ada 10 orang pun, kita kena mulakan siri demonstrasi yang kami panggil #KitaLawan untuk terus mendedahkan mengenai 1MDB, kepincangan pentadbiran Datoโ Seri Najib dan membakar semangat melawan rakyat.
Memang betul, demonstrasi #KitaLawan yang pertama hanya ada kurang dari 50 orang. Saya tak sempat hadir sebab 2 hari sebelum demonstrasi dah kena tangkap.
Kemudian Nik, Lih Kang (sekarang dah menteri), Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Chean Chung (Ahli Parlimen PJ), Wei Kiat (ADUN Rawang), Akmal (sekarang dah menteri) dan yang muda-muda teruskan anjurkan yang seterusnya.
Merasa jugalah Nik, Lih Kang, Chean Chung dan Kar Hing pakai baju lokap menjadi penganjur demonstrasi.
Selepas beberapa siri, demonstrasi #KitaLawan dalam bulan Mac 2015 ada kehadiran yang baik dan menambah keyakinan kami bahawa rakyat akan tetap menyokong kalau isu yang dibawa itu tepat dengan jiwa mereka.
Saya tidak tahu berapa banyak lagi demonstrasi #TangkapAzamBaki ini akan diadakan.
Saya pun makin berumur dan sudah berpuluh tahun menyertai demonstrasi.
Tapi kalau saya jadi Nurul Izzah atau Datoโ Seri Saifuddin Nasution yang boleh bisikkan kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim, saya akan sampaikan cerita siri demonstrasi #KitaLawan ini.
Sebab dia dalam penjara masa itu, mungkin dia tak tahu.
Sebab teladannya ialah jangan sekali-kali memandang rendah semangat sekumpulan kecil rakyat, terutamanya yang anak muda, sekiranya mereka rasa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan tanpa ada kepentingan peribadi kepada mereka.
Lama-lama suara mereka itu akan turut disambut oleh rakyat yang lain.
Isu integriti Tan Sri Azam Baki ini benar-benar menepati semua ciri-ciri itu.
Jumpa lagi di demonstrasi #TangkapAzamBaki, jika dianjurkan lagi.
Tolong bagi notis awal sikit ha3.
Prof Dr Victor Pogdaev, pakar kajian Melayu dan Nusantara dari Russia memuji PM DS Anwar Ibrahim.
Beliau yang pernah sezaman dengan DS Anwar di UM di awal 70โan amat mengkagumi PMX sedari tahun-tahun di kampus lagi.
Pada hemat beliau, DS Anwar bukan sekadar sosok politik, malah seorang pemimpin, negarawan, ilmuwan, tokoh beradab dan peminat sastera dunia.
@anwaribrahim@iaismalaysia
Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.
Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat.
#APEC2025#KpopForever