Mungkin pernah, kita rasa tidak tahu nak doa apa.
Bukan kerana sombong, tetapi kerana terlalu banyak.
Dosa kita banyak, hajat kita banyak.
Tetapi, 10 malam akhir Ramadan ini, janganlah tinggal doa ini.
Doa yang Nabi ๏ทบ ajar kepada Sy Aisyah RA untuk malam al-Qadr:
Teringat seorang pensyarah aku, dia ajar subjek Syariah & Undang2.
Aku pernah tanya dia masa sesi soal & jawab
โPuan, macam mana kalau kes lelaki kena rogol dgn perempuan atau suami kena dera dengan isteri?โ
Cer teka lecturer tu jawab macam mana?
Malam ini, cuba baca Surah al-Mulk.
Surah ini selain menjadi pelindung daripada azab kubur, juga menjadi peringatan agar kita tidak hanyut dalam kelalaian.
Bila sampai ayat kedua nanti, berhenti sekejap dan renungkan ayat ini:
ูฑูููุฐูู ุฎููููู ูฑููู ูููุชู ูููฑููุญูููููฐุฉู
โDialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan ...โ (al-Mulk: 2)
Perasan tak yang Allah SWT sebut kematian dahulu dan baru kehidupan?
Susunan kalimah al-Quran bukan kebetulan dan ada hikmah yang mendalam.
Para ulama tafsir menyebut beberapa rahsia di sebalik penyusunan ini.
Antaranya ialah kerana kematian itu adalah asal bagi semua makhluk.
Kita diciptakan daripada tiada kepada ada.
Daripada keadaan mati kepada hidup.
Kemudian selepas melalui kehidupan dunia, kita akan kembali kepada kematian.
Namun kematian selepas itu bukanlah pengakhiran.
Sebab kematian bukan ketiadaan secara mutlak.
Kematian hanyalah perpisahan antara tubuh dan roh.
Sebuah perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.
Bila kita mati, kita berpindah dari dunia menuju ke Akhirat.
Sebab itu kata al-Imam al-Qurtubi:
ุฎูููููููู ู ููููู ูููุชู ููุงููุญูููุงุฉูุ ููุนูููู ููููู ูููุชู ููู ุงูุฏููููููุง ููุงููุญูููุงุฉู ููู ุงููุขุฎูุฑูุฉู
"Allah SWT menciptakan kamu untuk mati dan hidup, iaitu mati di dunia dan hidup di Akhirat."
Maka hidup yang kita lalui sekarang ini bukanlah hidup yang sebenar.
Ia cuma peluang yang sementara untuk beramal, mengumpul bekalan dan membetulkan arah tujuan.
Di Akhirat kelak barulah kehidupan itu benar-benar bermula.
Sumber: Tafsir al-Qurtubi
Fakhri Fadzli
Kadang-kadang, orang yang cerdik susah dapat pekerjaan berbanding orang biasa.
Kadang-kadang, orang yang rajin masih kekal miskin berbanding orang malas.
Kadang-kadang, orang yang baik susah naik pangkat berbanding orang tak baik.
Semua yang kita dapat, itu adalah takdir dan rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.
Sebab itu jangan sombong bila hidup selesa. Dapat jawatan dan kekayaan itu bukan dengan usaha kamu, tetapi kerana takdir Allah begitu.
Dan bila-bila masa, Allah boleh tarik semula pemberiannya.
Biasakan diri untuk tidak ada pendapat dalam semua perkara.
Sebab kita ada keterbatasan ilmu dan kefahaman untuk tahu tentang semua perkara.
Pengecualian hanyalah pada perkara yang kita kuasai dan pendapat kita dapat jadikan dunia ini lebih baik.
Jadikan ini sebagai default mode.
Dalam dunia yang semua orang mengulas, memilih berdiam dengan selektif ini sangatlah sukar.
Namun inilah yang mesti dilakukan.
Sebenarnya kalau korang nak tahu
Semua 3 Kuasa Besar Dunia ada Dosa masing masing
US- Sokong Israel. Bagi senjata kat Israel bunuh orang Gaza. Bunuh ramai orang Islam Afghanistan dan Iraq. Serta jenayah perang lain lain di berbagai negara.
China- Nak ambik kawasan ZEE Sarawak milik Malaysia jadi milik dia. Pemusnahan Etnik Uyghur Islam di Xinjiang.
Rusia- Membunuh dan Menzalimi ramai Kaum Tatar Islam di Crimea dan Kaum Chechnya Islam di Rusia. Menyokong Presiden Bashar Assad Membunuh ramai rakyat Sunni Syria. Membunuh 43 rakyat Malaysia dalam Kes MH17.
Sebab tu dalam menilai Geopolitik ni kan. Bersederhana dalam menyokong.
Hanya kerana US buat hal bangang dekat Gaza. Tak semestinya kita kena over gila Sokong China atau Rusia. Diorang ada dosa diorang. US ada bangang dia. China ada Bangang dia Rusia ada bangang dia. Cuma US ni dia lebih bangang sebab dia sokong benda jahat yang memang terang terangan berlaku di mata dunia.
Setiap apa yang dilakukan Malaysia ada kepentingannya. Kita tak boleh menumbuk tapi kita boleh mengatur langkah
Kita tak boleh lawan mereka secara berhadapan. Tapi akan ada kepentingan bersama di mana kita boleh bergantung kepada salah satu dari 3 kuasa besar ini untuk kepentingan Malaysia. Kalau US buat hal. Kita ada China. Kalau China buat hal kita ada US. Kalau China dan US buat hal kita ada Rusia.
Senang cerita Malaysia Negara Kecik kena pandai main 3 Kolam
Malaysia kena Kuatkan Ekonomi dan Teknologi. InsyaAllah suatu masa kita boleh lakukan lebih dari apa kita lakukan sekarang. Tapi buat masa skrg. Kita lakukan apa yang termampu
Malam tadi, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa berhimpun sebagai satu hati, menyuarakan solidariti buat saudara-saudara kita di Gaza yang terus dizalimi dan dinafikan hak menerima bantuan kemanusiaan.
Saya amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir dengan jiwa penuh kasih dan keberanian. Mereka datang bukan kerana dipaksa tetapi kerana hati nurani yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan. Inilah wajah sebenar Malaysia, bangsa yang berprinsip, berjiwa besar dan tidak rela melihat penindasan bermaharajalela.
Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran. Kita akan terus berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan, menentang kekejaman rejim Zionis dan menuntut agar bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza.
Kita juga akan terus membingkai muafakat dengan negara-negara sahabat, dunia Islam dan blok kemanusiaan sejagat dalam merealisasikan misi bantuan serta membuka jalan kepada keamanan yang hakiki demi melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.
Selagi bumi Gaza terus dibantai dan dinodai, kita tidak akan berdiam diri sebaliknya suara kita akan terus bergema di jalanan, pentas dunia dan di setiap ruang hati rakyat Malaysia.
Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka!
๐ฒ๐พ๐ต๐ธ
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Setiap orang ada peranan dia
ZRA memilih duduk di belakang tabir dan tidak sertai majlis di KLIA semalam bukan bermakna apa yang peserta lain buat tak bagus
Mereka semua ada peranan. Kang tiba tiba semua duk blah macam ZRA. Korang pertikai lak kata apasal semua lari lari macam buat salah
Tak adil utk tuduh peserta lain begitu. Hang bukan Allah nak judge niat diorang ikhlas ke tak. Hang sapa?
Tak perlu nak judge sedangkan mereka dah buka suara dunia ke Gaza. Hargai itu dan bersatu hatilah
Sumud Flotilla is a humanitarian mission carrying food and medical supplies to Gaza in more than 50 boats. With no access to Gaza by air or land, the international sea remains the last hope. They will do everything they can to help everyone in Gaza who has been trapped without food and healthcare for far too long. There are no weapons on board and any attack against this mission must be firmly condemned. Let us pray for our brothers and sisters in Palestine and on board the Sumud Flotilla๐ต๐ธ
Selepas berbulan-bulan menghilangkan diri, hari ni KA nak announce yang produk ketiga kita dah pun sedia untuk dikeluarkan.
Semua kerja keras, penat lelah tak tidur malam selama 3 bulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya.
70,000 unit akan dikeluarkan hari Jumaat (8 Aug) ni, jam 9 malam, LIVE di TikTok Khairulaming.
Ini akan menjadi produk ketiga kita selama 5 tahun berniaga dan KA sangat-sangat berterima kasih di atas support korang selama ni.
Ladies and gentlemen, please welcome Rendang Nyet Berapi ๐๐ป๐ฅน