Mari cakap dengan bahasa angka.
Elaun tetap seorang MP sekitar RM25,700 sebulan.
Kalau 222 MP dibayar selama 3 tahun, jumlah asas sahaja sudah cecah sekitar RM205 juta.
Itu belum campur elaun sidang, perjalanan, penginapan, jawatankuasa dan tuntutan lain.
Rakyat ikat perut.
Politik pula datang dengan bil ratusan juta.
Jadi jangan marah bila rakyat mula tanya:
ini pelaburan untuk khidmat rakyat, atau kos mahal untuk mengekalkan kelas politik?
โAmir walked 12 kilometres to get food, got nothing but scraps, thanked us for it, and died.โ
Anthony Aguilar, former US soldier who worked for the GHF, explains that a Palestinian boy kissed his hands, thanking him for aid, and then was killed by Israeli forces moments later
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ฌ๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Seperti yang telah diumumkan oleh saya sebelum ini, saya ingin menjemput semua orang awam untuk hadir beramai-ramai ke pelancaran Ayuh Malaysia 2025 yang akan diadakan seperti berikut:
๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต: Ahad, 27 Julai 2025
๐ ๐ฎ๐๐ฎ: 2.00 - 5.00 petang
๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐: Dewan Mutiara, No. 568-4-5 Kompleks Mutiara, 3 1/2 Mile, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
๐https://t.co/0vD2IwWNUr
Majlis akan dimulakan dengan sesi forum yang dipengerusikan oleh Sdr. Nik Nazmi, bersama barisan panel jemputan. Kami akan berbincang secara terbuka tentang masa depan perusahaan sosial (๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ณ๐ช๐ด๐ฆ) dan peranannya dalam memperkukuh jaringan sokongan masyarakat.
Saya sendiri akan membentangkan hala tuju baharu Ayuh Malaysia 2025, bagaimana kita akan menstruktur semula peranan rakyat dalam membina sebuah ekonomi dan masyarakat yang lebih adil melalui usaha sektor ketiga.
Bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal, majlis ini juga akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya.
Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ayuh Malaysia!
RMK13 diolah semula?
Saya telah beri pandangan awal, termasuk kebimbangan jika proses ini dilakukan secara tergesa-gesa.
Kenyataan untuk โmerombak semula dan mengolahโ RMK13 sudah tentu mengundang kebimbangan, dalam kalangan penjawat awam, penganalisis pasaran yang memantau dasar negara dan rakyat secara keseluruhannya.
Dalam Episod 3 Podcast Yang Berhenti Menteri, saya jelaskan langkah demi langkah bagaimana dokumen ini dirangka: dari proses perbincangan hingga dapatan yang membentuk kandungannya.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ฅ๐ ๐๐ญ๐ฏ
Saya sedia maklum satu kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai keputusan Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tugas untuk โmengolah dan merombak semulaโ intipati naskhah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ekoran kenyataan itu, saya dihubungi oleh pihak media mengenai pandangan saya kerana ia memberi gambaran draf asal RMK13 yang telah dibangunkan sejak September 2024 akan diubah secara besar-besaran.
Rancangan Lima Tahun Malaysia (kini RMK13) adalah dokumen dasar yang penting dan menjadi gam yang mengikat dasar, program dan sasaran negara bagi tempoh lima tahun. Kerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.
Sebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik.
Proses penyediaan RMK13 bermula dengan Persidangan Permulaan RMK13 pada 5 September 2024. Seterusnya, proses โ๐ฃ๐ฐ๐ต๐ต๐ฐ๐ฎ ๐ถ๐ฑโ (mendapat maklum balas dan dapatan dari semua pemegang taruh) bermula melalui tiga kaedah:
1. IAPG (๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ) โ setiap kementerian dan agensi mempunyai perancang (selalunya dari bahagian dasar) yang mewakili kementerian/agensi dalam merangka dasar dan program yang ingin diketengahkan;
2. TWG (๐๐ฆ๐ค๐ฉ๐ฏ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ) โ ada kumpulan dalam bidang khusus yang melibatkan pakar-pakar yang membangunkan dasar dan program. Contoh-contoh TWG khusus termasuklah Govtech, Penskalaan Industri Mikro, Kecil Sederhana (PMKS), Reformasi Fiskal, Reformasi Pendidikan, Reformasi Kesihatan, RDICE dan lain-lain;
3. Sesi Libat Urus (SLU) โ ada proses khusus di antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan ahli Parlimen (yang berlangsung dari September hingga Disember 2024).
Kesemua maklumat mengenai proses โ๐ฃ๐ฐ๐ต๐ต๐ฐ๐ฎ ๐ถ๐ฑโ ini boleh didapati dari laman Kementerian Ekonomi mengenai RMK13 iaitu https://t.co/1nhGUA7k2x
Pada masa yang sama, proses โ๐ต๐ฐ๐ฑ ๐ฅ๐ฐ๐ธ๐ฏโ iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal (๐ฏ๐ผ๐น๐ฑ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐น) berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar. Dasar-dasar ini (yang dikategorikan mengikut bidang) dikenal pasti sebagai pemacu utama reformasi struktur bagi bidang-bidang tersebut.
Cadangan dasar yang berani dan radikal tidak semestinya diterima oleh kementerian-kementerian. Sebab itu, saya telah membentangkan beberapa kali kepada Perdana Menteri terlebih dahulu (antara Februari hingga April 2025) dan dibentangkan sebanyak dua kali kepada Jemaah Menteri Khas, untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.
Semua bukti pembentangan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada di laman Facebook Perdana Menteri sendiri, yang sering melaporkan perbincangan mengenai RMK13 dengan Kementerian Ekonomi.
Jadual penyediaan dan pembentangan RMK13 adalah ketat. RMK13 bakal mencatat sejarah sebagai penyediaan RMK yang terpantas iaitu kurang dari setahun (dari persidangan permulaan hingga pembentangan). Sebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun.
Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar. Pandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam.
Proses seterusnya ialah percetakan yang memerlukan di antara dua ke tiga minggu. Jika ada rombakan semula, bab-bab penting (termasuk analisis data, angka dan sebagainya) perlu ditulis semula, dalam keadaan Kementerian Ekonomi hanya ada dua minggu sebelum dokumen itu perlu dihantar untuk percetakan akhir (mengambil kira RMK13 dirancang untuk dibentangkan dalam minggu pertama atau kedua Ogos 2025).
Oleh itu, kenyataan untuk โmerombak semula dan mengolahโ RMK13 sudah tentu mengundang kebimbangan (di kalangan penjawat awam, penganalisis pasaran yang memantau dasar negara dan rakyat keseluruhannya).
Adakah ini bermakna rombakan semula ini akan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada IAPG, TWG dan pakar-pakar? Kenapa isu โmerombak semula draf RMK13โ ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu โrombakan semulaโ yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan intipati RMK13 sebelum ini?
Saya bimbang kerajaan mengambil sikap ๐ณ๐ฆ๐ข๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ณ๐บ (bersikap reaktif) hanya kerana ada beberapa ciapan balas kepada YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengenai RMK13 beberapa hari kebelakangan ini.
Ada netizen yang membincangkan mengenai RMK13 dan membalas ulasan beliau yang dilihat cuba memadamkan terus penglibatan saya dalam penyediaan RMK13.
RMK13 adalah dokumen penting untuk negara dan rakyat yang dibangunkan oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Jika tidak berhati-hati, mengheret RMK13 menjadi polemik politik akan melunturkan keyakinan rakyat kepada dokumen akhir RMK13.
Jika ini berlaku, ia satu ketidakadilan besar kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja berbelas jam sehari sejak setahun lepas.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
27 Jun 2025
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ช๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ช๐๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐ฆ๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ขโ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini, membenarkan permohonan peguam Datoโ Seri Najib Razak agar beliau ๐ฑ๐ถ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ (๐ฅ๐ช๐ด๐ค๐ฉ๐ข๐ณ๐จ๐ฆ ๐ฏ๐ฐ๐ต ๐ข๐ฎ๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ต๐ฐ ๐ข๐ฏ ๐ข๐ค๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐ต๐ข๐ญ, atau DNAA) dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (โSRCโ).
Dalam tahun 2019, Datoโ Seri Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas tuduhan menerima wang haram (dari aktiviti yang melanggar undang-undang) sebanyak RM27 juta berkaitan SRC.
Walaupun didakwa di mahkamah sejak 2019, sehingga kini perbicaraan masih belum boleh berjalan kerana pihak pendakwa raya tidak dapat menyiapkan dokumen-dokumen bukti untuk dikemukakan di mahkamah.
Saya menghormati hak Datoโ Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan YA Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.
Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?
Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Datoโ Seri Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah dari kes pertama melibatkan SRC. Dari pengalaman saya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini, penyelewengan melibatkan SRClah yang mempunyai bukti aliran tunai (money trail) yang lebih jelas.
Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.
Oleh itu, saya menyeru supaya pihak pendakwa ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป bahawa Kamar Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen-dokumen dengan sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.
Sebagai Ahli Parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
20 Jun 2025
WELCOME TO MY DARK SIDE
Kita dapat inspirasi dari banyak perkara. Masing-masing ada perkara unik yang beri inspirasi.
Saya membesar dengan meminati (membaca & menonton) dua benda - science fiction & fantasy.
Senarai bacaan/tontonan saya:
- Star Wars
- Lord of the Rings (the trilogy, Hobbits, Silmarillion etc.)
- Wheel of Times (keseluruhan 13 buku)
- Star Trek
- Dunes
- Shannara
- Harry Potter
Ada satu benda je yang masih belum khatam: Game of Thrones ๐คฃ
Lepas ni kena khatam.
ps: Ni cendera hati staf saya bagi ha3 ๐
๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ
Ni posting terakhir yang berkaitan perletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Lepas ni memang betul-betul moooooove onnnnnnnnn dah ha3.
Ucapan terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi ialah kepada kakitangan Kementerian Ekonomi di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Saya minta maaf atas segala kelemahan dan keterlanjuran saya.
Saya ucap terima kasih dan terhutang budi atas segala jasa baik dan khidmat warga Kementerian Ekonomi.
Sebahagian besar ucapan saya berkisar kepada perkongsian mengenai 4 petua dalam menjalankan tugas.
4 petua ini ialah buah fikiran dari tokoh besar dunia yang telah meninggalkan impak besar dalam 100 tahun yang lepas.
Saya kongsikan, kalau berguna boleh kita hayati.
(1)
โ๐ก๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฑ๐ผ๐๐ฏ๐ ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ฎ ๐๐บ๐ฎ๐น๐น ๐ด๐ฟ๐ผ๐๐ฝ ๐ผ๐ณ ๐๐ต๐ผ๐๐ด๐ต๐๐ณ๐๐น, ๐ฐ๐ผ๐บ๐บ๐ถ๐๐๐ฒ๐ฑ ๐ฐ๐ถ๐๐ถ๐๐ฒ๐ป๐ ๐ฐ๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ต๐ฎ๐ป๐ด๐ฒ ๐๐ต๐ฒ ๐๐ผ๐ฟ๐น๐ฑ; ๐ถ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฒ๐ฑ, ๐ถ๐โ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ผ๐ป๐น๐ ๐๐ต๐ถ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ต๐ฎ๐.โ
(๐๐ข๐ณ๐จ๐ข๐ณ๐ฆ๐ต ๐๐ฆ๐ข๐ฅ)
Perubahan tidak pernah digerakkan oleh satu kumpulan yang besar. Perubahan berlaku kerana keyakinan satu kumpulan kecil yang ada kesedaran.
(2)
โ๐๐ ๐ถ๐ ๐ป๐ผ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ฐ๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ฐ ๐๐ต๐ผ ๐ฐ๐ผ๐๐ป๐๐; ๐ป๐ผ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ผ ๐ฝ๐ผ๐ถ๐ป๐๐ ๐ผ๐๐ ๐ต๐ผ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ด ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐บ๐ฏ๐น๐ฒ๐, ๐ผ๐ฟ ๐๐ต๐ฒ๐ฟ๐ฒ ๐๐ต๐ฒ ๐ฑ๐ผ๐ฒ๐ฟ ๐ผ๐ณ ๐ฑ๐ฒ๐ฒ๐ฑ๐ ๐ฐ๐ผ๐๐น๐ฑ ๐ต๐ฎ๐๐ฒ ๐ฑ๐ผ๐ป๐ฒ ๐๐ต๐ฒ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐๐๐ฒ๐ฟ.
๐ง๐ต๐ฒ ๐ฐ๐ฟ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ ๐ฏ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐ ๐๐ผ ๐๐ต๐ฒ ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ผ ๐ถ๐ ๐ฎ๐ฐ๐๐๐ฎ๐น๐น๐ ๐ถ๐ป ๐๐ต๐ฒ ๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฎ, ๐๐ต๐ผ๐๐ฒ ๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฒ ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฒ๐ฑ ๐ฏ๐ ๐ฑ๐๐๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐๐ฒ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฏ๐น๐ผ๐ผ๐ฑ; ๐๐ต๐ผ ๐๐๐ฟ๐ถ๐๐ฒ๐ ๐๐ฎ๐น๐ถ๐ฎ๐ป๐๐น๐; ๐๐ต๐ผ ๐ฒ๐ฟ๐ฟ๐, ๐๐ต๐ผ ๐ฐ๐ผ๐บ๐ฒ๐ ๐๐ต๐ผ๐ฟ๐ ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐ป, ๐ฏ๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐๐๐ฒ ๐๐ต๐ฒ๐ฟ๐ฒ ๐ถ๐ ๐ป๐ผ ๐ฒ๐ณ๐ณ๐ผ๐ฟ๐ ๐๐ถ๐๐ต๐ผ๐๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฟ๐ผ๐ฟ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐ต๐ผ๐ฟ๐๐ฐ๐ผ๐บ๐ถ๐ป๐ด; ๐ฏ๐๐ ๐๐ต๐ผ ๐ฑ๐ผ๐ฒ๐ ๐ฎ๐ฐ๐๐๐ฎ๐น๐น๐ ๐๐๐ฟ๐ถ๐๐ฒ ๐๐ผ ๐ฑ๐ผ ๐๐ต๐ฒ ๐ฑ๐ฒ๐ฒ๐ฑ๐.
๐ช๐ต๐ผ ๐ธ๐ป๐ผ๐๐ ๐ด๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ต๐๐๐ถ๐ฎ๐๐บ๐, ๐๐ต๐ฒ ๐ด๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฒ๐๐ผ๐๐ถ๐ผ๐ป๐; ๐๐ต๐ผ ๐๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ ๐ต๐ถ๐บ๐๐ฒ๐น๐ณ ๐ถ๐ป ๐ฎ ๐๐ผ๐ฟ๐๐ต๐ ๐ฐ๐ฎ๐๐๐ฒ; ๐๐ต๐ผ ๐ฎ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ฏ๐ฒ๐๐ ๐ธ๐ป๐ผ๐๐ ๐ถ๐ป ๐๐ต๐ฒ ๐ฒ๐ป๐ฑ ๐๐ต๐ฒ ๐๐ฟ๐ถ๐๐บ๐ฝ๐ต ๐ผ๐ณ ๐ต๐ถ๐ด๐ต ๐ฎ๐ฐ๐ต๐ถ๐ฒ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐, ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐ต๐ผ ๐ฎ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐๐ผ๐ฟ๐๐, ๐ถ๐ณ ๐ต๐ฒ ๐ณ๐ฎ๐ถ๐น๐, ๐ฎ๐ ๐น๐ฒ๐ฎ๐๐ ๐ณ๐ฎ๐ถ๐น๐ ๐๐ต๐ถ๐น๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ด๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐๐น๐, ๐๐ผ ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ต๐ถ๐ ๐ฝ๐น๐ฎ๐ฐ๐ฒ ๐๐ต๐ฎ๐น๐น ๐ป๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฏ๐ฒ ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ต๐ผ๐๐ฒ ๐ฐ๐ผ๐น๐ฑ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐ถ๐บ๐ถ๐ฑ ๐๐ผ๐๐น๐ ๐๐ต๐ผ ๐ป๐ฒ๐ถ๐๐ต๐ฒ๐ฟ ๐ธ๐ป๐ผ๐ ๐๐ถ๐ฐ๐๐ผ๐ฟ๐ ๐ป๐ผ๐ฟ ๐ฑ๐ฒ๐ณ๐ฒ๐ฎ๐.โ
(๐๐ฉ๐ฆ๐ฐ๐ฅ๐ฐ๐ณ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฐ๐ด๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ต)
Bila kita ingin melakukan perubahan, lebih ramai yang mencemuh dan menghina. Lebih ramai yang rasa mereka pakar segalanya. Kalau kita cadang formula, mereka mengejek. Tetapi lebih baik menjadi orang yang bertempur di dalam gelanggang dan mencuba membawa perubahan, dari tukang sorak di luar. Tukang sorak di luar hanya menang sorak, tetapi tidak pernah faham erti kemenangan atau kekalahan.
(3)
โ๐๐ป๐๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ ๐ถ๐ ๐ฑ๐ผ๐ถ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฒ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ ๐๐ต๐ถ๐ป๐ด ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฒ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ ๐ฟ๐ฒ๐๐๐น๐๐โ
(๐๐ช๐ฏ๐ด๐ต๐ฆ๐ช๐ฏ ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ ๐๐ณ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ญ๐ช๐ฏ)
Bila kita ingin membawa perubahan, bila ada peluang melakukan perubahan, janganlah kita mengulangi apa yang telah dibuat sebelum itu (yang menjadi punca kepada masalah yang memerlukan perubahan). Itu adalah satu kegilaan.
(4)
โ๐ง๐ต๐ฒ ๐ต๐ถ๐ด๐ต๐ฒ๐๐ ๐ฐ๐ผ๐๐ฟ๐ ๐ถ๐ ๐ถ๐ป ๐๐ต๐ฒ ๐ฒ๐ป๐ฑ ๐ผ๐ป๐ฒโ๐ ๐ผ๐๐ป ๐ฐ๐ผ๐ป๐๐ฐ๐ถ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฐ๐ผ๐ป๐๐ถ๐ฐ๐๐ถ๐ผ๐ป โ ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ถ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐๐ฟ๐ถ๐ฏ๐๐ป๐ฎ๐น ๐๐ผ ๐๐ต๐ถ๐ฐ๐ต ๐ผ๐ป๐ฒ ๐บ๐๐๐ ๐ณ๐ถ๐ป๐ฎ๐น๐น๐ ๐ฎ๐ฝ๐ฝ๐ฒ๐ฎ๐น.โ
(๐๐ข๐น ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ค๐ฌ)
Mahkamah terakhir di mata dunia ini ialah prinsip dan keyakinan kita. Kita boleh menang yang lain, tetapi mahkamah rayuan terakhir, di mata orang lain, ialah nilaian bagaimana kita hidup dengan prinsip dan keyakinan kita. Orang lain mungkin tidak bersetuju dengan pandangan kita, tetapi mereka tidak boleh menidakkan kehormatan yang datang dari satu hidup yang berlandaskan prinsip.
๐ก๐ข๐ง๐:
Untuk menonton ucapan penuh saya boleh ke laman Facebook saya atau Youtube.
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ:
https://t.co/btadAvBNEk
๐ฌ๐ผ๐๐๐๐ฏ๐ฒ ๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ:
https://t.co/oNzmFuEFQU
๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ (๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐)
Kuat merajuk!
Tak makan dipujuk!
Jadi menteri tak de hasil!
Nak buat parti baru le tu!
Formula dah tah ke mana!
Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara.
Podcast YBM akan kembali bersiaran setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam.
Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM - bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Yang penting, mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua.
Jumpa hari Jumaat ini, jam 9 malam.
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
Saya terhutang budi dengan semua kakitangan Kementerian Ekonomi dan agensi di bawahnya, dari Jabatan Statistik (DOSM), Pihak Berkuasa Koridor, MPRC, agensi mandat Bumiputra dan seumpamanya. Juga kepada agensi di bawah kementerian lain yang banyak berinteraksi dengan saya, terutamanya dari Jabatan Digital Negara (dahulunya MAMPU), Majlis Perundingan Gaji Negara, PERKESO dan beberapa yang lain.
Kementerian Ekonomi merentasi semua sektor dalam dan luar negara โ dari ekonomi makro, kewangan, pertanian, perindustrian, pendidikan, kesihatan sehinggalah kepada perpaduan negara. Walaupun namanya โEkonomiโ, fungsi teras Kementerian Ekonomi adalah sebagai agensi pusat yang membangunkan perancangan makro negara dalam semua bidang.
Hasil dasar makro dalam semua bidang yang digubal ini, kemudian digarap dan diterjemahkan oleh kementerian-kementerian mengikut sektor. Kawal selia Kementerian Ekonomi yang merentasi sektor ini dilaksanakan melalui mekanisme kelulusan peruntukan Belanja Pembangunan. Setiap kementerian perlu mengemukakan permohonan perbelanjaan kapital (dipanggil Belanja Pembangunan) untuk kelulusan Kementerian Ekonomi.
Oleh itu, skop kementerian ini sangatlah luas. Seorang menterinya perlu tahu mengenai pertanian, kesihatan, tenaga, pendidikan dan semua bidang sehinggalah pelaksanaan projek, selain dari skop biasa yang bersabit makro ekonomi. Sesiapa yang pernah menjadi menteri 2-3 penggal pun perlu banyak menelaah, apatah lagi seorang yang tidak pernah menjadi menteri.
(1/3)