Tengok bdk2 skrg boleh pakai baju sukan seharian buat aku berdendam betapa bingai nya menteri zmn aku sekolah dulu.
Beria kena tukar baju uniform jgk lps PJ, peluh2 tu. nk kena bawa baju gantung bagai. Yihhhhh
biol jugak member aku sorang ni, dia hantar surat naik gaji sebab plan dia biar boss tak bagi pastu dia nak resign. tapi boss approve, gaji dia naik. jem kepala member wkwkwkw 🤣
Lelaki ini namanya Sunhaji. Beliau ni yatim piatu sejak kecil lagi. Dari kecil, hidupnya susah. Dia juga merupakan OKU, sebelah tangan sahaja boleh berfungsi dengan baik.
Sekarang beliau menumpang di rumah mertua yang kecil dan sempit. Meski pun begitu, dia seorang yang ringan tulang, rajin dan peramah.
Beliau juga sering menjadi bilal di masjid dan kerap mengikuti ceramah agama sambil menjual teh ais.
Masa kejadian dia dimalukan, sebenarnya Sunhaji tengah mencari duit untuk isi minyak pulang ke rumah.
Malam tersebut dia berjaya menjual 7 gelas teh ais berharga 35,000 rupiah = RM8.30 sahaja. 15000 rph digunakan untuk isi minyak, 20,000 rph (RM5.50) lagi dibawa pulang untuk belanja dua anaknya.
Selepas video beliau dimalukan viral, orang ramai memenuhi perkarangan rumah mertuanya untuk memberi bantuan dan sokongan. Berikut antara sumbangan yang beliau dapat :
1. Seorang influencer, Willie Salim memberi 100 juta rupiah (RM28k) cash! Ustaz Adi Hidayat pula memberi 50 juta rupiah. Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah berjanji akan membiayai pengajian anak-anak beliau sampai tamat.
2. Selain itu, ada individu dengan nama Bang Senja mengirim gift Tiktok bernilai 300 juta rupiah melalui Tiktok Rian Ariffin.
3. Ustaz Muhammad Fakhrurazzi pula akan membawa Sunhaji dan isteri menunaikan umrah Ramadan nanti.
4. Masjid Nurul Ashri akan membina sebuah rumah untuk beliau dan keluarga. Kos dijangka menelan belanja sekitar 300 juta rupiah.
5. Partai Gerinda menyediakan bantuan modal untuk beliau berniaga.
6. Bantuan dari pelbagai pihak sekitar 200 juta rupiah lagi.
Beliau pernah dihina oleh orang agama yang ada pengaruh besar. Dan beliau cuma tersenyum dan diam sahaja.
Begitu tinggi kesabaran yang ditunjukkan. Dan akhirnya, kesabaran itu dibalas berkali-kali ganda.
Satu perkara yang tak pernah beliau terfikir, bahkan mustahil untuk dapat rumah percuma, ditaja umrah dan mendapat durian runtuh beratus-ratus juta rupiah dalam masa 2 hari sahaja.
Mustahil bagi akal kita. Namun semuanya mudah bagi Allah taala.
Rezeki orang sabar sesungguhnya maha hebat. Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat.
Begitulah.
#MFS
Kredit ➡️ Mohd Fadli Saleh
Kejadian ni mengajar kita, supaya walau setinggi - tinggi mana pun pangkat seseorang itu, dia tidak ada hak untuk menghina dan merendah-rendahkan pekerjaan orang lain.
Rezeki yang paling rendah ialah harta.
Rezeki yang paling tinggi ialah kesihatan.
Rezeki yang paling utama ialah anak-anak yang soleh dan solehah.
Rezeki yang paling disyukuri ialah husnul khotimah.
Suka dengar advise daripada Khairul Aming :
“The key is jangan sibuk nak upgrade lifestyle supaya kita dapat tidur dengan tenang. Pujian orang tu sekejap je, yang kena bayar hutang setiap bulan itu kita.”
• Buang sampah jangan merata.
• Bawak motor tolong pakai helmet.
• Jangan hisap rokok depan budak kecik.
• Hormat orang yg lebih tua.
• Tinggalkan nombor kalau double park.
• Sopan santun sesama kita.
Malaysia still has hope 🙌🏽🇲🇾 #BersekutuBertambahMutu