Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan menjadikan kita golongan yang bertaqwa.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ridhuan Esa
30 Mac 2025
Malam 1 Syawal 1446 Hijrah
Menyambut Aidilfitri dengan Hikmah dan Perpaduan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi kita kesempatan untuk menyambut Aidilfitri 1446 Hijrah ini.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua. Marilah kita jadikan sambutan ini sebagai titik permulaan untuk menjadi insan yang lebih baik, yang sentiasa berusaha mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW, serta memperkukuh perpaduan.
Peristiwa yang berlaku di Muar Johor perlu menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga hubungan sesama jiran tetangga.
PAS hanya meracuni fikiran rakyat dengan dakyah buruk dan tidak mampebina masyarakat yang sejahtera.
Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.
"Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan."
(Riwayat al-Tabarani, no. 12579)
Lidah PAS melalui HARAKAHDAILY langsung tidak menggambarkan Islam yang sebenar. Mereka bohonh bahawa kerajaan hari ini menyebabkan rakyat mati kelaparan.
PAS yang didakwa parti yang membawa slogan Islam perlu memberi penekanan kesedaran hidup berjiran yang diajar oleh Nabi S.A.W.