Pada Rabu 12 November 2025, Dato' Dr Haji Zulkifli Amin Haji Mamat, Konsul Kehormat Republik Serbia di Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di pejabat beliau di Seremban.
Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Foto: Awani
Ayuh kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.
Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.
Ketemu esok malam, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Ya Allah, hancurkanlah kekuatan musuh yang zalim, pecahkan kesombongan mereka dan tanamkan kegentaran di hati mereka. Kurniakanlah kebebasan kepada yang tertawan, berikanlah kemenangan kepada pejuang-pejuang kebenaran, dan tegakkanlah keadilan-Mu di bumi Palestin.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Kepada Allah SWT kita berserah, disulam usaha menyeluruh yang digerakkan, semoga kesemua mereka dibebaskan dengan selamat. Doa rakyat Malaysia untuk Global Sumud Flotilla.
Hasbunallahu Wani‘mal Wakil
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI#MADANIbekerja