Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
In terms of skill set needed, kuih melayu yg buat tanpa short cut, bukan dari kilang, bahan2 ori mcm santan fresh, pandan proses sendiri. Level2 ni patut orang bayar sama mcm pastries perancis. This is the only way to produce artisanal kuih makers and org nk belajar buat to jual.
Org brduit ni mmg dia ingat yg x brduit ni malas. biasanya jadi mcm ni sbb kurang brgaul dgn org susah. parents pulak x bg pendedahan pasal realiti hidup org susah mcm mane, so ikot logik akal dia rasa org susah ni malas.. rajin + privilege vs rajin + x de privilege ni beza tau😅
Dear HR,
Tolong henti amalkan minta payslip calon yang nak datang ke interview.
Awak ada budget and awak panggil dia pergi interview sebab awak tahu dia ada capabilities untuk jawatan tu.
Hire sebab skills ya bukan sebab gaji dia rendah ya
Nak cakap sikit, kalau you hisap rokok kat kedai makan then ada orang tegur you : "minta maaf ya encik, tak boleh hisap rokok kat sini"
Terima lah dengan lapang dada, segera lah beredar dari situ, lepas tu hisap lah rokok dekat tempat kedap udara, at least you sorang je lemas.
Dua dua pendapat betul.
Jangan berkawan dalam culture office yang highly competitive, boss yang amalkan favoritism, limited room to grow (promotion, paid OJT, etc)
Boleh berkawan klu culture workplace yang laid back dan friendly.
Tengok ni aksi pantas staff BHP ni, yang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan cekap! di BH Petrol Jalan Mawai. Kami bangga dengan anda!
🎥bhpetroljalanmawai