Teringin nk makan cookies crunchy sedap berlemak yg tak terlalu manis & coklat yg banyak gila? Sekali ngap terus rasa nikmat yg berganda & pasti takkan rasa puas. Jom order cookies dgn kami.
Black cocoa sables - RM26/jar
Choc Chip cookies - RM25/jar
Calon N.52 Sdr Tew Chian How & kedua ibu bapanya.
Bacaan lanjut profile calon termasuk pengisytiharan harta yang di wajibkan untuk semua calon BERSAMA:
https://t.co/tFb43HGR5Q
Boleh tak PRN/PRU akan datang ni kalau calon umurnya lebih dari 55 tahun kita tak perlu undi. Boleh tak calon semuanya bawah umur 55 tahun? Tak kisah la parti mana pun. Bosan dah warga2 emas ni jadi wakil rakyat.
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)
๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐ญ๐ ๐๐ ๐๐๐ง๐ขโ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐ก ๐ฅ๐๐ญ๐๐
Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion.
Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB.
Hakim YA Datoโ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu.
Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ Seri Najib.
Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya.
Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini.
Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini.
Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun.
Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing.
Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini.
Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju.
Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat.
Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi.
Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi.
Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga.
Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang.
Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah.
Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita.
Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi.
Hak untuk terus membela Datoโ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka.
Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati.
Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka.
Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung.
Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi.
Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini.
Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010.
Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016.
Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara.
Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka.
Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB.
Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di https://t.co/Bf7ZrB6NN8
Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing.
Damailah kita dengan emosi itu.
Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan.
Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.
@PittKF Kalau tgok org review dlm live dlm dia byk soft touch. Tp utk traz ni ada 2 varian je. X dgn H. Kalau AV mmg toyota cross la. Tp utk perodua ok la. Cuma pakai cc 1.5 utk suv takde turbo tu yg tak tau cukup power ke tak.
Selepas setahun simpan rahsia, iโm pleased to announce restoran pertama Khairulaming
Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project
Selepas 10 tahun dalam dunia online, iโm finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ๐
Slightly out of topic, tapi aku nak share sikit cara Islamik untuk hilangkan stress dengan tawakkal, tips daripada Sheikh Belal Assaad. Ada tiga langkah yang dia ajar. Aku sendiri dah praktik benda ni alhamdulillah so far berhasil. Hati makin tenang.
DUN Terengganu baru lulus peruntukan RM16 juta untuk pinjaman kenderaan YB, di mana setiap wakil rakyat boleh pinjam hingga RM200,000 bagi beli kereta baru termasuk model mewah seperti Tesla Model 3 atau Mazda CX5.
Bila rakyat minta bantuan, selalu jawab โduit tak adaโ, tapi bila bab kemudahan untuk YB, tiba-tiba duit ada pula?๏ฟผ
Sedangkan MB dan Exco dah ada kereta rasmi siap dengan minyak, tol dan pemandu, semuanya ditanggung kerajaan negeri. Bukankah RM16 juta itu lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat atau pembangunan negeri yang sekarang banyak bergantung pada kerajaan pusat?
Keutamaan kerajaan negeri ni sebenarnya untuk siapa? Rakyat atau kereta baru YB?๏ฟผ
๐๐๐
Dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni sebentar tadi, beliau telah memaklumkan kepada saya sebab ketidakhadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berikutan keperluan mendesak di Rome saat ini dalam merangka serta menggubal undang-undang berkaitan belanjawan serta perbincangan yang berlaku di peringkat Kesatuan Eropah. Saya beritahu PM Meloni bahawa Malaysia memahami sepenuhnya keutamaan dan keperluan domestik yang menuntut tumpuan penuh beliau pada ketika ini.
Dalam perbualan tersebut, saya menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menyambut beliau ke Kuala Lumpur awal tahun hadapan bagi memuktamadkan perjanjian strategik antara PETRONAS dan Eni S.p.A (ENI). Saya turut merakamkan penghargaan atas pendirian Itali yang terus mendukung seruan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat di Gaza, yakni satu suara hati nurani yang amat diperlukan di pentas dunia saat ini.
Lantas, kedua-dua kami bersepakat dalam mempercepat dan memuktamadkan kerjasama PETRONAS-ENI dalam waktu terdekat. Insya-Allah, hubungan akrab Malaysia-Itali akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Foto: Afiq Hambali
๐ฒ๐พ๐ค๐ฎ๐น
#MADANIbekerja
#DiplomasiPenelefonan
#RingRing
Bila anak last kau guna phone mamanya hantar whatsapp doakan untuk satu family kecil kau. Nape rasa macam dah besar sgt?? Baru darjah 1 kannn??? ๐ญ๐ญ๐๐ญ