Program ini turut melibatkan pelaksanaan Tabletop Exercise (TTX) yang diadakan lebih awal bagi memperkukuh kefahaman serta penyelarasan antara agensi tindak balas, teknikal dan sokongan.
Dengan kejayaan pelaksanaan latihan ini, Pulau Pinang terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Tambah beliau, aspek komunikasi krisis, kesiapsiagaan peralatan serta kecekapan sumber manusia perlu terus diperkasa bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan dalam situasi sebenar.
βLatihan simulasi ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan teknikal dan koordinasi antara agensi, malah memupuk semangat daya tahan komuniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada masa hadapan,β katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada PETRONAS Gas Berhad atas kerjasama strategik yang dijalinkan, yang disifatkan sebagai pemangkin kepada pembentukan sistem pengurusan bencana yang lebih inklusif, cekap dan berdaya tahan.
Sementara itu, YB Datoβ Seri Haji Zulkifli dalam ucapan penutupannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai penyelaras utama program.
Beliau turut menekankan bahawa ancaman CBRNE bukan lagi bersifat teori, sebaliknya satu realiti yang boleh berlaku pada bila-bila masa akibat kemalangan industri, kecuaian manusia atau ancaman yang disengajakan, yang berpotensi memberi impak besar kepada keselamatan awam.
Dalam ucapannya, YB Datoβ Dr. Mohamad menegaskan bahawa latihan simulasi seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap tertinggi, selaras dengan aspirasi Penang2030.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA serta YBrs. Encik Azrul Roshazli bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Penyaluran Gas dan Regasifikasi, PETRONAS Gas Berhad.
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Datoβ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh YB Datoβ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Program berskala besar ini diadakan di Taman Siakap, Seberang Jaya ini melibatkan 34 agensi daripada sektor kerajaan, badan berkanun, swasta dan NGO dengan penyertaan keseluruhan seramai 600 petugas, termasuk 256 petugas agensi tindak balas, serta penggunaan 269 aset.
SEBERANG JAYA, 18 April 2026 β Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana berisiko tinggi menerusi penganjuran Latihan Simulasi Bencana Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan (CBRNE) Bahan Berbahaya (Hazmat) Tahun 2026.