cari akhirat, dunia dapat.
sibuk mencari akhirat, dunia diabai.
akhirat diabai, dunia dikisah.
lalu nanti ditanya, tanggungjawab.
tempang satu , cukup satu
lalu?
infiniti semesta petala hala
pinjam gaya tunggang bangsa
punya cara kudrat jelata
bahasa dipuja alpa dunia
memanipulasi akal jati peri
enak epal sedapnya langsat
disemat atur susur galur
luarnya emas dalam perak
segak sehasta sanjung semesta
tiada tuhan menunggang durja
Guridam 9
Gaya British, tubuh Melayu
Cara British, usaha Melayu
Bahasa British, maksud Melayu
Otak British, hati Melayu
Citarasa British, selera Melayu
Budi British, sayang Melayu
Bangga British, mengaku Melayu
Berlagak British, malu Melayu
Percaya British, Tuhan Melayu
lebai perjuang isu pencen
dibuka kisah zaman nabi dan rasul
kalau betul ingin berjuang pumpang
mengapa sekolah aliran lebai tibai
gaji dan elaun ikhlas kerana tuhan
hidup ini perlu santai
kalau beria takut berduka
usaha itu perlu lalu bertalu
rezeki kadang ya kadang tidak
amal baik elok disimpan beban
begitu juga aib elok disimpan peran
biar kalah dek pujian sajian lalian
janji tuhan berkenan amal hambanya