Inilah wajah Hari Kebangsaan.โจโจAda yang berarak, ada yang bertugas, ada yang menunggu sejak awal pagi, semuanya untuk satu hari yang amat bermakna.โจ
Berbeza wajah, latar dan peranan. Namun kita disatukan oleh satu rasa cinta kepada Malaysia. โค๏ธ๐ฒ๐พ
โจ#HKHM2026โจ#MalaysiaMADANIโจ#KesejahteraanDinikmati
Berbeza wajah, latar belakang dan peranan.
Tapi kita disatukan dengan rasa cinta kepada tanah air yang kita akan pertahankan bersama.
Inilah Malaysia kita. ๐ฒ๐พ
Sewaktu menyempurnakan National Innovation & Commercialisation Expo (NICE) 2026, saya menekankan bahawa inovasi mesti terus diperkasa sebagai kekuatan untuk menggerakkan ekonomi, meningkatkan daya saing negara dan membentuk masyarakat yang berilmu serta berpemikiran ke hadapan.
Hasil penyelidikan di universiti tidak seharusnya terhenti di makmal atau di atas kertas. Ia perlu diterjemahkan kepada R&D, dikembangkan dan dikomersialkan melalui sinergi yang lebih kukuh antara universiti, GLIC, industri, sektor swasta dan pelabur.
Dalam hal ini, persoalannya bukan sekadar berapa banyak dana yang disediakan, tetapi sejauh mana dana, kepakaran dan kapasiti yang ada dimanfaatkan secara optimum, dengan tatakelola yang baik, supaya menghasilkan manfaat dan nilai yang nyata kepada negara.
Dalam dunia yang berubah pantas dengan kemajuan kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum dan pelbagai teknologi baharu, kita mesti berani meneroka dan membina keupayaan, termasuk dalam ekosistem universiti. Kita tidak mahu sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi turut mampu mencipta, menguasai dan memanfaatkannya untuk masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Mengakhiri lawatan di Pulau Pinang dengan menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Insya-Allah, pertemuan ini akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
๐ฒ๐พ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ข๐๐ฅ๐๐ก ๐ข๐๐๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๐ฌ๐๐๐ฎ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐, ๐๐๐ซ๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ซ๐ฎ๐๐ก.โจ
Semasa merasmikan Majlis Kibarkan Jalur Gemilang 2026: Kesejahteraan Dinikmati dan penyerahan Jalur Gemilang kepada barisan Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan tengah hari tadi, saya titipkan pesanan kepada semua bahawa kepimpinan melalui teladan boleh diterjemahkan dalam konteks menyemarakkan semangat patriotisme kepada warga kementerian, jabatan dan agensi. Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, tetapi menghayati nilai amanah, integriti, perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam setiap tugas yang dilaksanakan.
Marilah kita bersama menjayakan aspirasi ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ง๐ . Jangan hanya mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan, tetapi kibarkan juga semangatnya dalam hati, kerana ukuran sebenar patriotisme bukan pada setinggi mana bendera dikibarkan, tetapi sejauh mana nilai-nilai yang dibawanya diterjemahkan melalui tindakan dan khidmat bakti kepada rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐ค๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ข๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐.
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YBhg. Datoโ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara atas penanugerahan ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐น. ๐ช๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, pengiktirafan tertinggi dan berprestij dalam bidang pencegahan dan pengesanan fraud oleh Association of Certified Fraud Examiners (ACFE), sebuah organisasi profesional anti-fraud terbesar di dunia.
Pencapaian ini amat membanggakan kerana beliau merupakan penerima pertama dari rantau ASEAN dan penerima kedua dari rantau Asia yang menerima anugerah ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 1989. Beliau juga merupakan Ketua Audit Negara pertama di dunia yang menerima anugerah ini semasa 37th Annual ACFE Global Fraud Conference di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pengiktirafan di pentas antarabangsa ini membuktikan bahawa kepakaran, profesionalisme dan peranan audit negara bukan sahaja diiktiraf oleh komuniti anti-fraud antarabangsa, malah sebagai cerminan ketelusan dan kepercayaan kepada pengurusan risiko audit dan fraud sektor awam Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan menerima mengadap majlis angkat sumpah Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Seri Abdul Halim Aman di Istana Negara pagi ini.
Saya hadir ke pertemuan yang menjadi sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh tadbir urus, integriti dan kebertanggungjawaban dalam perkhidmatan awam.
Semoga segala ikhtiar yang dilaksanakan terus memperteguh keyakinan rakyat terhadap institusi negara serta memperkukuh budaya integriti yang menjadi asas kepada sebuah pentadbiran yang telus, beramanah dan berwibawa.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#ReformasiSatuKemestian
#TaatSetia
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
PRN JOHOR: INTERNET, KEBAJIKAN WARGA EMAS JADI TUMPUAN DI GAMBIR
Isu capaian Internet dan kebajikan warga emas menjadi antara fokus utama yang dibangkitkan penduduk kepada calon Pakatan Harapan (PH) DUN Gambir, Mohd Nor Mohd Yusof,
BUDI Diesel: 1 Juta Liter Diesel Bersubsidi Terjual Pada Hari Pertama
Pelaksanaan akses awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) mencatatkan permulaan yang memberangsangkan apabila 24,000 transaksi melibatkan pembelian hampir 1 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM2.1 juta