Sakitnya hati bangun pagi tengok video banyak dari Rafah. Malam tadi jam lebih kurang 3 pagi Malaysia, Israel serang kem mangsa pelarian perang UNRWA di Rafah. Media sifatkan kejadian ni sebagai "burning Palestinians alive".
Seorang mukmin, mustahil untuk menganggap kejadian ini sebagai "dah tu nak buat apa?"
Perlu rasa sakit. Perlu rasa jijik. Perlu.
Seperti kita berada sendiri di tempat mereka. Seperti kita sendiri yang mengais-ngais mencari jasad anak di sebalik runtuhan.
Kerana seluruh orang beriman seperti satu jasad. Bila satu anggota sakit, yang lain turut terasa sakitnya.
this is so sad. if you are seeing this on your tl and you're actively ignoring it i want you to think. think about the MILLIONS of lives being taken by Israel. Do not ignore this. FREE PALESTINE 🇵🇸