Berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia.
Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin selain menghadiri Forum Perniagaan Rusia-ASEAN.
Usai agenda di Kazan, saya kemudian akan ke Ashgabat, Turkmenistan bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedow.
Mohon doa teman-teman agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudah lantas membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara.
======
Departs for Kazan, Russian Federation, to participate in the ASEAN-Russia Commemorative Summit.
🇲🇾🇷🇺🇹🇲
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Alhamdulillah, selamat tiba di Kazan, Persekutuan Rusia untuk Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia selain bertemu Presiden Vladimir Putin.
Doakan misi Diplomasi MADANI kali ini dipermudahkan, Insya-Allah.
🇲🇾🇷🇺
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI#DiplomasiMADANI
Berkesempatan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga yang menghimpunkan pemimpin agama, ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara.
Merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan ucaptama merasmikan Sidang Kemuncak ini.
Dalam suasana dunia yang semakin sarat dengan konflik, perpecahan dan ketidaktentuan, peranan pemimpin agama sebagai suara nurani, kesederhanaan serta kebijaksanaan menjadi semakin penting.
Saya menegaskan bahawa keamanan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan politik semata-mata. Nilai kemanusiaan, keadilan dan ihsan mesti terus menjadi panduan dalam mendepani pelbagai krisis yang sedang melanda dunia, termasuk tragedi kemanusiaan yang berterusan di Gaza dan beberapa wilayah lain.
Malaysia kekal berpegang kepada prinsip saling menghormati, hidup dalam kepelbagaian serta menjunjung kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai sebuah negara majmuk, kita percaya bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada keseragaman, tetapi pada keupayaan mengurus perbezaan dengan adil, bijaksana dan penuh hormat.
Saya turut ingatkan bahawa agama tidak seharusnya menjadi alat untuk menyemarakkan kebencian atau permusuhan. Sebaliknya, ia mesti terus menjadi sumber damai, perpaduan dan pembelaan terhadap maruah insan tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.
Mudah-mudahan dialog dan wacana seperti ini akan terus memperkukuh persefahaman antara masyarakat serta menyuntik harapan bahawa dunia yang lebih aman, adil dan berperikemanusiaan masih mampu kita bina.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Ada masalah, melalak !
Punca masaalah, depa buat2 lupa.
Yg terima kecaman Menteri KDN PM10.
Menteri KDN PM7 - Muhyiddin
PM8 - Hamzah
PM9 - Hamzah
Di bawah, Perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya diadakan pada 4/12/2016 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, KL.
Sejarah panjang manusia mengajar bahawa membina sesebuah negara atau tamadun, ia menuntut kesabaran yang tinggi, hikmah dan kebijaksanaan, mengelak sikap gopoh, serta punyai iltizam yang utuh dan jitu. Namun, untuk meruntuhkannya mudah, yakni dengan memicu kebencian, melebar perbezaan dan sikap angkuh yang dibiar menyemarak.
Atas sebab itu, kita mesti berani menolak budaya politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana mencapai kuasa. Sementalahan, Malaysia tidak dibina atas asas kebencian antara kaum mahupun agama. Lantas, Malaysia terbina dari kesediaan generasi dan pemuka terdahulu yang berusaha mencari dan mencipta titik temu dalam kepelbagaian dan mengangkat martabat negara secara bersama.
Walhasil, masa depan negara tidak harus dicorak oleh mereka yang memecahkan. Malah, masa depan negara mesti dipimpin dan dikemudi oleh mereka yang berani menyatukan, tegar berkhidmat dan menterjemah amanah rakyat dengan sikap tanggungjawab yang tinggi.
Itu antara mesej saya sewaktu meluncurkan jentera pilianraya Pakatan Harapan untuk Negeri Sembilan malam tadi.
#PakatanHarapan
#MenterjemahHarapan
Kepelbagaian bangsa adalah takdir
Allah.
Tugas kita bukan mempertikaikannya, tetapi mengurusnya dengan toleransi, keadilan dan saling menghormati agar Malaysia terus aman dan bersatu.
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti pembentangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berhubung fenomena El Niño serta implikasinya terhadap negara.
Mesyuarat bersetuju agar METMalaysia segera memperhebat usaha penerangan dan turun ke semua negeri bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan yang menyeluruh selain kesiapsiagaan di peringkat akar umbi mesti diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mendepani kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.
Sewaktu pembentangan daripada Malaysia Petroleum Resources Corporation mengenai hala tuju syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) negara, Kerajaan berpandangan bahawa urusan perniagaan serta pengembangan industri wajar dipacu oleh kecekapan, ketangkasan dan kebijaksanaan para penggiat industri sendiri, dengan Kerajaan terus menyediakan dasar yang jelas, kondusif dan menyokong pertumbuhan.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia, ketegangan geopolitik dan pelbagai krisis global yang kian mencabar, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh kebijaksanaan dan berpandangan jauh agar kepentingan rakyat terbanyak sentiasa terjaga, serta ekonomi negara kekal mampan, berdaya tahan dan teguh menghadapi sebarang cabaran mendatang.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Alhamdulillah, hari pertama di Jepun semalam dimanfaatkan sepenuhnya, bermula dengan pertemuan bersama Tan Sri Yohei Sasakawa untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan dunia serta usaha memperkukuh keamanan.
Saya kemudiannya ke Universiti Tokyo untuk menyampaikan syarahan khas mengenai teknologi baharu terutama kecerdasan buatan dan kesannya terhadap peradaban manusia.
Hari pertama diakhiri dengan pertemuan dengan konglomerat dan pemimpin industri Jepun bagi meneroka peluang pelaburan berkualiti yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Memulakan hari pertama kunjungan ke Jepun dengan bertemu sahabat lama yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Tan Sri Yohei Sasakawa.
Kami sempat menghimbau sejarah panjang kerjasama yang terjalin sejak sekian lama, termasuk menerusi Forum 2000 yang diasaskan oleh bekas Presiden Czech, Václav Havel, yang menghimpunkan pemimpin, cendekiawan dan pemikir dunia untuk membincangkan isu demokrasi, hak asasi manusia, keamanan dan masa depan peradaban sejagat.
Kami turut mengenang usaha memperkasa generasi muda Asia Tenggara menerusi pelbagai program pembangunan kepimpinan yang berpaksikan gagasan Asian Renaissance, bagi melahirkan pemimpin yang berakar pada nilai, budaya dan kemanusiaan.
Saya zahirkan penghargaan atas sumbangan besar Tan Sri Sasakawa kepada usaha kemanusiaan di seluruh dunia sejak sekian lama. Kami juga bertukar pandangan mengenai krisis antarabangsa yang kian meruncing, termasuk situasi di Myanmar, konflik Israel-Iran serta tragedi kemanusiaan yang berterusan di Palestin.
Usaha keamanan harus terus disokong pimpinan dunia serta masyarakat antarabangsa. Keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui dialog, persefahaman dan komitmen bersama untuk menegakkan keadilan.
=====
Began the first day of my visit to Japan with a meeting with a long-time friend, Tan Sri Yohei Sasakawa, Chairman of the Sasakawa Peace Foundation.
We reflected on many years of cooperation, including through Forum 2000 founded by former Czech President Václav Havel. We also recalled efforts to empower young leaders in Southeast Asia guided by the ideals of the Asian Renaissance.
I thanked Tan Sri Sasakawa for his longstanding humanitarian contributions across the world. We also exchanged views on the situation in Myanmar, the Israel-Iran conflict and the ongoing humanitarian tragedy in Palestine. Peace efforts must continue to be supported by world leaders and the international community through dialogue, mutual understanding and a shared commitment to justice.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo bagi memulakan misi Diplomasi MADANI dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini.
Dalam lawatan ini, saya akan mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, memperluas kerjasama strategik serta meneroka peluang baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara, khususnya dalam aspek keterjaminan dan keselamatan tenaga.
Insya-Allah, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri utama Jepun bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Malaysia.
Semoga misi ini dipermudah dan membawa manfaat kepada negara serta kesejahteraan seluruh rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Berlepas ke Tokyo, Jepun tengah hari tadi bagi memulakan lawatan rasmi sehingga Rabu ini bagi mengetuai delegasi Malaysia dalam misi Diplomasi MADANI untuk memperkukuh kerjasama strategik dan keterjaminan tenaga negara tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global.
Insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta merintis kerjasama baharu Malaysia-Jepun, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan dan keterjaminan tenaga.
Saya juga akan menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-31: Future of Asia serta syarahan khas di Universiti Tokyo mengenai cabaran dan masa depan rantau ini dalam landskap global yang semakin mencabar.
Doakan agar misi kita dipermudah dan membawa hasil yang bermanfaat buat rakyat serta negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Apabila ketandusan idea, mereka hanya tinggal hasutan kebencian sebagai senjata. Tidak bercakap tentang ekonomi, kos sara hidup, reformasi atau masa depan rakyat, sebaliknya terus memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan.
Johor tidak memerlukan politik kebencian, tetapi politik idea yang menawarkan penyelesaian dan membina harapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Sekitar Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.
Daulat Tuanku.
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI
Ketika disoal media berkenaan situasi terkini di Negeri Sembilan, saya tegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan dan peraturan yang menjadi asas kepada Institusi Raja. Atas dasar itu, Kerajaan Persekutuan masih mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Saya menghormati hak mana-mana pihak untuk mengambil tindakan mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan. Namun, sebarang usaha untuk menggugur atau memakzulkan seseorang Raja bukan perkara kecil kerana ia membawa implikasi yang besar terhadap kestabilan, keamanan serta keharmonian negeri dan negara.
Justeru, setiap tindakan hendaklah dilaksanakan secara tertib, berlandaskan Perlembagaan serta memelihara kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Institusi Raja yang menjadi salah satu tonggak penting negara.
#MalaysiaMADANI
Dalam ucapan di Penampang, Sabah hari ini, saya telah umumkan keputusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan pemberian khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
Peningkatan lebih dua kali ganda ini merupakan komitmen nyata Kerajaan MADANI untuk menunaikan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Saya tegaskan sekali lagi komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan hak Sabah selaras dengan semangat dan peruntukan MA63. Sehubungan itu, pemberian khas interim ini ditingkatkan sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah memuktamadkan kadar baharu berasaskan 40 peratus hasil Sabah.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri diperkukuh berasaskan semangat kerjasama, saling menghormati dan keadilan demi kemajuan Sabah serta kesejahteraan rakyatnya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Sering saya tegaskan bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak seharusnya lahir kerana peperiksaan, pengiktirafan atau janji untuk kedudukan semata. Kerana yang lebih utama ialah tercetusnya rasa nikmat dalam menuntut ilmu, atau apa yang disebut oleh para ilmuwan sebagai lazzatul ma’rifah.
Lantaran itu, saya menghargai sambutan luar biasa rakyat terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini bermula hari ini sehingga 7 Jun kelak. Kehadiran ibu bapa, para guru dan pendidik, mahasiswa dan anak-anak memberi isyarar jelas bahawa budaya membaca dan menimba ilmu pengetahuan masih mempunyai tempat yang istimewa dalam jiwa masyarakat.
Justeru, cabaran kita dewasa ini bukan lagi soal kekurangan maklumat, tetapi bagaimana memilih ilmu yang bermutu dan bermanfaat. Mari bersama kita manfaatkan kesempatan ini untuk membina generasi yang cintakan pembacaan, luas pengetahuannya, dan teguh nilai kemanusiaannya, demi sebuah Malaysia yang madani, berbudaya dan berperadaban.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Alhamdulillah, tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengiktirafan berprestij yang diterima daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia.
Tahniah juga kepada Amal by Malaysia Airlines atas penerimaan anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim Haji 1447H.
Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Menghadiri Wacana Harmoni MADANI sempena sambutan Hari Wesak yang mengangkat pentingnya persefahaman, nilai kemanusiaan serta keharmonian antara masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini.
Negara ini sejak awal di bawah pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dibina atas semangat “Bersekutu Bertambah Mutu”. Kepelbagaian dan perbezaan bukan perkara baharu, malah menjadi asas pembentukan Malaysia sejak merdeka.
Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan dan masyarakat Melayu serta bumiputera sebagai majoriti. Namun sejak awal juga, negara ini dibangunkan dengan sikap saling menghormati dan memuliakan kepelbagaian kaum serta agama.
Saya turut menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI kembali memperkukuh nilai ihsan, adab dan kemanusiaan yang menjadi teras pembinaan negara.
Sebab itu budaya wacana dan dialog antara agama mesti terus disuburkan, bukannya setiap hari mencari isu untuk meniup kebencian, menakut-nakutkan rakyat dan memecahkan masyarakat demi laba politik sempit.
Sudah sampai ketikanya rakyat yang sederhana dan cintakan keamanan bersuara mempertahankan perpaduan negara.
Jangan kita biarkan “tyranny of the minority” atau kelompok kecil yang gemar memainkan sentimen perkauman dan fitnah merosakkan masa depan Malaysia yang dibina atas semangat saling menghormati dan hidup bersama.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI