Sekitar penamaan calon HARAPAN bagi mendepani Pilihan Raya Negeri Sembilan.
Saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sekali lagi memberikan mandat lebih kukuh kepada HARAPAN.
Marilah kita pertahankan kestabilan yang telah dibina, meneruskan pembangunan yang sedang berjalan, dan bersama-sama mencorakkan masa depan negeri ini dengan penuh harapan dan keyakinan.
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Menerima kunjungan hormat
Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi, dan Pemasyarakatan Republik Indonesia Prof Dr Yusril Ihza Mahendra hari ini dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perundangan, tadbir urus serta pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama.
Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan Indonesia.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
50 EKAR BANDAR MALAYSIA DIWARTA TANAH RIZAB MELAYU, BELA KEPENTINGAN BUMIPUTERA
Keputusan mewartakan 50 ekar tanah di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu merupakan langkah penting bagi membela kepentingan Bumiputera yang memerlukan keberanian politik serta kebijaksanaan untuk mendapatkan sokongan semua pihak.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
@anwaribrahim