Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal rendah walaupun tekanan pasaran global meningkat akibat konflik Asia Barat.
Kerajaan komited mengekalkan kestabilan harga bahan api dan memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar.
Bermula Julai 2026, kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad bagi rakyat Malaysia yang layak. Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) ONSA: Ruang Digital Lebih Selamat
Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak ketika menggunakan platform digital.
Wira Di Sebalik Tabung Persekutuan
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Pusat bukan sekadar angka dalam belanjawan atau projek pembangunan yang dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi merupakan pelaburan kepada manusia yang menggerakkan negara setiap hari.
Bukan Masuk Tabung Negeri, Tapi Masuk Poket Rakyat
Hasil negara yang dikutip oleh Kerajaan Pusat tidak hanya disalurkan kepada institusi kerajaan, sebaliknya dipulangkan terus kepada rakyat melalui subsidi, bantuan tunai dan perkhidmatan awam yang dinikmati setiap hari.
Semangat Setia Kawan Persekutuan
mencerminkan nilai patriotisme dan kebersamaan yang menjadi asas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara. Tiada negeri yang mampu mencapai kemakmuran secara bersendirian kerana negeri maju memerlukan tenaga kerja, sumber manusia.
KEPELBAGAIAN KITA, KEKUATAN MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara yang unik, dibina atas kepelbagaian kaum, agama, budaya dan bahasa. Dalam setiap perbezaan yang wujud, tersimpan kekuatan yang menjadikan negara ini kukuh, harmoni dan daya tahan.
#MalaysiaMADANI
Kesian Dr. Sam. Baru 28 hari memegang jawatan, sudah diumumkan penggantinya. Di tempat lain, 28 hari mungkin masih tempoh menyesuaikan diri, tetapi dalam politik ia nampaknya cukup untuk menukar nakhoda.
Ketika ada pihak terus bermain politik dan berebut kuasa, Kerajaan MADANI memilih untuk bekerja demi rakyat.
Fokus kerajaan hari ini jelas:
- Tangani kos sara hidup
- Menyalurkan Tunai Rahmah & SARA
- Bawa pelaburan baharu
- Wujudkan peluang pekerjaan
- Bangun negeri dan negara
Perpaduan Kekuatan, Pengkhianatan Musuh Negara
Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan menjadi simbol kesediaan dan semangat perjuangan untuk terus mempertahankan kestabilan, perpaduan serta masa depan rakyat.
Saya telah arahkan agar siasatan penuh, terbuka dan telus dijalankan berhubung kematian anak kita, Zara Qairina di Sabah. Tidak kira siapa pun yang terlibat, orang kenamaan atau orang biasa, tiada tolak ansur! Setiap kematian mesti disiasat tanpa cubaan melindungi mana-mana pihak demi keadilan.
Namun kita tidak boleh jadikan tragedi ini sebagai modal politik. Jangan bina istana di atas pusara. Menggunakan kesedihan keluarga untuk menyerang atau membina keuntungan politik adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Nyawa yang terkorban bukan bahan permainan untuk diperalatkan.
Atas syak wasangka dan mengikut lunas undang-undang, Peguam Negara telah mengarahkan supaya mayat digali semula untuk bedah siasat. Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa kebenaran tidak disembunyikan.
Saya tegaskan sekali lagi, ini Kerajaan MADANI. Tiada sesiapa, termasuk VIP, akan dilindungi jika bersalah. Pembunuh tetap pembunuh, dan undang-undang mesti ditegakkan demi memastikan setiap nyawa dihargai serta keadilan ditegakkan.
#MalaysiaMADANI