هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yg baik melainkan balasan yang baik jugak?
(Surah Ar Rahman : Ayat 60)
Alhamdulillah, anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026, lebih kukuh berbanding 5.4 peratus pada suku sebelumnya serta mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.
Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan meskipun dunia berdepan keberantakan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan perdagangan. Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mendepani gelora ini dengan lebih yakin.
Pencapaian ini menguatkan tekad kita untuk terus istiqamah pada landasan reformasi, memperkukuh daya tahan ekonomi serta mengimbangi tuntutan pertumbuhan, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab fiskal.
Kerajaan MADANI akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kekuatan ekonomi ini diterjemahkan kepada lebih banyak pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah buat seluruh rakyat, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
EBOOK: IBRAH KISAH HIJRAH
Oleh: Shaykh Dr. Rāghib al-Sirjānī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Muat turun secara percuma melalui link di bawah:
https://t.co/0aiK72DgjS
Selamat membaca dan mengambil iktibar daripadanya!
#abimpress#GerakanIlmuDanBakti#55tahunabim#hijrah
RUU Reformasi Institusi Penting sebelum PRU.
Kami @bersihofficial hargai komitmen YB @AzalinaOthmanS & kerajaan Madani untuk menjayakan RUU Pindaan Perlembagaan Pemisahan Bidang Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK).
1/8
Hari tu, PMX & Menteri Agama ada datang ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah.
Rupanya, dulu tahun 1994, PMX pernah letak batu asas SMK Banggi .
Wah, throwback 32 tahun tuuu 😮🔥
Macam-macam pembangunan rakyat tengah dibuat di sana.
PMX siap umum lebih RM31 juta untuk bangunkan Pulau Banggi supaya tak ada yang tertinggal, alhamdulillah!
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
🎥 Haz & Aqil (Media YBM HEA)
@anwaribrahim
Semakin panjang umur ini, sedikit demi sedikit sya telah mampu untuk memahami dan sabar dgn sifir sesetengah kawan lama brbanding lebih marah membuat sangkaan buruk
Seorang pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Ayer Molek, Melaka mencetuskan inspirasi apabila dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik dunia bagi subjek Management Information (MA1) dalam peperiksaan akaun antarabangsa, ACCA, baru-baru ini.
https://t.co/VEJrhdueXY
Tahap skarang ni, ak yakin yg ak kena level cara ak bawa diri, cara ak handle rutin ak, dan cara ak secara sedar mengurus bnda² penting dalam kehidupan ak
Dalam satu majlis yang sarat makna, saya berkesempatan menyaksikan peluncuran karya penting Aqaid al-Nasafi bersama tokoh-tokoh ilmuwan terkemuka seperti Prof. Ungku Aziz, Prof. Bakar Hamid dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ia menjadi satu penyuguhan khazanah pemikiran yang telah lama mendukung tradisi keilmuan Islam di Nusantara.
Karya ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah tamadun tidak hanya terletak pada pembangunan fizikal tetapi juga pada keutuhan akidah dan kedalaman wacana intelektualnya. Dalam suasana dunia yang kerap berantakan dengan kekeliruan nilai dan penyimpangan makna, usaha menghidupkan kembali teks-teks turath seperti ini adalah satu wahana penting ke arah pemerkasaan umat.
Justeru, saya mengajak kita semua untuk terus menyemarak budaya ilmu yakni dengan membaca, menggarap serta menafsir dengan hikmah agar legasi pemikiran ini tidak sekadar dikenang tetapi terus hidup dalam kehidupan seharian sebagai manusia. Walhasil, di situlah terletaknya kekuatan sebenar sebuah bangsa yang berteraskan tradisi ilmu dan keteguhan iman.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIbekerja