Integrity, technology adoption, committed to increase the Islamic Banking market share. Dare to compete with all BIG BOYS in the market. [email protected]
Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat bagi umat Islam. Ia adalah bulan di mana ibadah puasa diwajibkan, pintu syurga dibuka, dan pahala dilipatgandakan. Jom buat kebaikan 🤲🤲
Perkhidmatan DuitNow, DuitNow Transfer, Request/Send Money, DuitNow QR dan Cross Border tidak dapat diakses melalui Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz pada Selasa, 19 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 2.30 pagi, serta pada Rabu, 20 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi.
#AWANInews #AWANI745
https://t.co/2rZuIRILzg
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗧𝗛𝗔𝗡𝗞 𝗬𝗢𝗨
I have run many election campaigns before. Never in any of them so many nameless people echoed the messages so loudly, yet so resoundingly beaten in the result.
For that, I owe a mountain of gratitude to the average Malaysians who supported my campaign. From the bottom of my heart, thank you so much, only Allah can repay your kindness.
I will not dwell on the outcome. I have been very transparent and vocal in sharing my concerns on numerous issues, from the change in one member one vote voting system, to the integrity of the digital voting system, to the lackadaisical efforts to resolve them.
I can understand the frustration and disillusionment of ordinary PKR members and supporters out there. It will take time to shake off the sense that many years of dedication to PKR ideals have gone to waste.
I wouldn’t be human if I didn’t feel the same, even if only momentarily. I’ve spent a good part of my adult life, nearly 27 years, to be precise, serving the party: from running the International Free Anwar Campaign, to a leadership role in the PKR Youth Wing in its early years, to writing a book explaining Anwar Ibrahim’s court case to the layperson.
I left a promising corporate career at a relatively young age, at Anwar’s request, to become his Chief of Staff at the Selangor Economic Advisory Office. To date, I have had to endure 16 court cases: 7 criminal and 9 civil defamation suits, for exposing numerous financial scandals. I have probably spent more time in court than the average lawyer. I was sentenced to three years' imprisonment (suspended) under the Official Secrets Act (OSA) for my role in exposing 1MDB.
Honestly, I don’t feel that bad. If anything, I feel a great deal of relief that I can return to living a private life, away from the shenanigans of the corridors of power.
When I joined reformasi (before PKR was even launched), I was driven by an ideal. I wanted to see the first democratic change of government because I believe in competition. I believe the public deserves the best set of people to run the government. Competition promotes merit and keeps politicians on their toes. It is an antidote to rampant corruption.
I believe in a multiracial, progressive Malaysia because we are but a small nation. Multiracialism opens our minds to competition. It allows us to learn from one another and adapt the best practices. It builds empathy and compassion. Competition prepares us to be an outstanding member of the global market. All of this can lead to prosperity and provide a much better life for many Malaysians.
I joined PKR because of the promise of this ideal. I did not join PKR for public office or ministerial positions, let alone for financial gain. I understand that Anwar Ibrahim’s fate is intertwined with PKR’s, but I believe PKR’s relevance transcends Anwar or any one personality. Leaders come and go, but the ideal endures.
I stayed in PKR for 27 years, outlasting many of the pioneers and senior members of the party, because I believe PKR is still a work in progress. We have made substantial contributions to the coming of age of Malaysians as a mature society, yet we are still far from achieving the ideal we espoused.
I have never believed that holding a government position is the only way to achieve our ideals. Society must change faster than the government in order to realize a multiracial, progressive Malaysia - a goal that remains a work in progress.
I am proud of the ordinary PKR members and supporters who have staunchly stood by this ideal throughout the campaign, even when all odds were stacked against me. There is hope after all.
Thank you for the hundreds of messages expressing support. Thank you to those who offered their prayers. I was deeply moved when a few young party members shed tears, pleading with me not to walk away from PKR despite the sting of betrayal. There is hope after all.
I have no intention of giving up on the idealistic belief that Malaysia deserves better, a belief that inadvertently drew me into activism and politics in the first place. For every problem, there are multiple solutions. For every obstacle, there are many ways to overcome it.
With more time on my hands, I am grateful that I can now spend more time with everyday Malaysians.
In the meantime, the least I can do is to respond to as many of the supportive messages I’ve received as possible.
To those who feel disappointed, all I can say is: we must trust the process. Allah knows best what is good for us.
Once again, thank you very much from the bottom of my heart.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟱
Senang gila bukak account gold dalam app BIMB Bank Islam???
Update app -> Wealth -> Ikut je step bukak gold account
Nanti lepas gaji lah kita park dalam ni. Rasa nak keluarkan semua from public gold and masuk bank islam.
Pelanggan Bank Islam yang merupakan pengguna BIMB Mobile & BIMB Web boleh membuka dan membuat penambahan Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i).
Ambil peluang untuk manfaat platform BIMB Mobile dan BIMB Web bagi mempelbagaikan ‘asset class’ pelaburan masing2.
Pelanggan Bank Islam yang telah mempunyai BIMB Mobile (apps) atau BIMB Web (Internet Banking) boleh membuka Bank Islam Gold Account-i (BIGA) atau buat urusan boleh jual / beli (untuk yang telah mempunyai BIGA).
Peluang utk mempelbagaikan ‘asset class’ pelaburan👍