Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya.