Berhenti mengeluh. Bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Mana tahu kita sekadar minta angin sejukkan malam tapi Allah bagi hujan. Dinginnya sampai ke tulang.
Tapi ingatlah, biasanya hujan tak datang sendiri. Mesti sekali dengan kilat dan guruh.
Boleh survive tak ni sampai hujung bulan? 😅 Duit gaji banyak dh spend utk raya, dgn nak buat Open House lagi.. Jom saya share cara 'short-cut' nak dapat RM3,000 sebulan secara sambilan.
Strategi dia mudah: Target RM100 sehari dengan jual digital produk guna Canva je. 😍
Ketika mengimami subuh tadi,
Saya menangis ketika membaca
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya."
Saya yakin 2025 adalah tahun yang berat bagi banyak orang.
Semoga di 2026 ini dan seterusnya kita selalu diberi kemudahan untuk survive di dunia dan mengerjakan amal shalih.
Tak tahu apa yang Allah rancang pada masa depan kita. Tetapi, yakinlah dengan rencanaNya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.
"Tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari Allah." — Surah Al-Kahf : ayat 39
Perempuan yang telah baligh dan mempunyai pendapatan sendiri wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Jika bapanya ingin membayar bagi pihaknya, hendaklah dengan izin atau persetujuannya dulu.
Ketika bermusafir, kita dibolehkan solat qasar.
Tetapi, mana satukah yang afdhal (lebih utama), sama ada qasar (pendekkan solat) atau tamam (sempurnakan 4 rakaat)
Ada dua keadaan:
1. Lebih dua marhalah (81-90 km), tetapi belum cukup tiga marhalah (120-135 km), afdhal untuk tamam.
2. Lebih tiga marhalah, afdhal untuk qasar.
Ini kerana untuk keluar daripada khilaf mazhab Hanafi yang mengatakan wajib qasar hanya apabila mencapai 3 marhalah atau lebih.
Kerja tu sebenarnya tak penat
Yang buat penat adalah
Nak layan atasan yang moody yang parah
Yang kalau bad mood semuanya jadi salah
Yang tak pandai buat keputusan
Tapi staff dia yang disalahkan
Inilah fun fact dunia kerja. Tak semua, tapi ada.
Nasihat yang baik hari ini :
“Sebagaimana cara kamu menolong orang lain, begitulah Allah akan memudahkan urusan hidup kamu. Oleh itu, ringankan beban manusia semampu kita, agar Allah juga meringankan jalan hidup kita ketika kita memerlukan.”
Janganlah tempat kerja dijadikan sebagai medan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Jaga batas sebaik mungkin, semoga dengan perkara tersebut, Allah mengalirkan keberkatan dalam sumber pendapatan kita.
7 orang sahabat yang telah meriwayatkan lebih 1000 hadis daripada Rasulullah SAW :
- Abu Hurairah
- Abdullah Ibnu Umar
- Anas bin Malik
- Abdullah Ibnu Abbas
- Abu Sa’id Al-Khudri
- Jabir bin Abdullah
- ‘A’isyah
رضي الله عنهم أجمعين
Ramai orang baca istighfar setiap hari, tapi tak ramai yang tahu ada satu istighfar yang Nabi SAW gelar sebagai penghulu segala istighfar.
Kenapa ia jadi yang paling utama? Sebab dalamnya ada tiga unsur terpenting yang Allah suka, iaitu memujiNya, mengakui dosa dan meminta ampun.
Dan tiga unsur ini semuanya terkumpul lengkap dalam satu zikir istimewa yang Nabi SAW ajarkan sendiri dinamakan Sayyidul Istighfar.
Inilah lafaznya, hayati setiap kalimah.
Amalkan setiap pagi dan petang. Ia bukan sekadar zikir, tetapi pengakuan hamba yang benar kepada Tuhannya.
HR Bukhari 6306.
Satu je nak pesan.
Kat tempat kerja, jangan pernah percaya sesiapa!
Boleh sembang sembang, gelak gelak, tapi kena tahu beza. Kerja tetap kerja.
Draw the line at work. Mingle around but never get into personal.
Malam ini, cuba baca Surah al-Mulk.
Surah ini selain menjadi pelindung daripada azab kubur, juga menjadi peringatan agar kita tidak hanyut dalam kelalaian.
Bila sampai ayat kedua nanti, berhenti sekejap dan renungkan ayat ini:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ
“Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan ...” (al-Mulk: 2)
Perasan tak yang Allah SWT sebut kematian dahulu dan baru kehidupan?
Susunan kalimah al-Quran bukan kebetulan dan ada hikmah yang mendalam.
Para ulama tafsir menyebut beberapa rahsia di sebalik penyusunan ini.
Antaranya ialah kerana kematian itu adalah asal bagi semua makhluk.
Kita diciptakan daripada tiada kepada ada.
Daripada keadaan mati kepada hidup.
Kemudian selepas melalui kehidupan dunia, kita akan kembali kepada kematian.
Namun kematian selepas itu bukanlah pengakhiran.
Sebab kematian bukan ketiadaan secara mutlak.
Kematian hanyalah perpisahan antara tubuh dan roh.
Sebuah perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.
Bila kita mati, kita berpindah dari dunia menuju ke Akhirat.
Sebab itu kata al-Imam al-Qurtubi:
خَلَقَكُمْ لِلْمَوْتِ وَالْحَيَاةِ، يَعْنِي لِلْمَوْتِ فِي الدُّنْيَا وَالْحَيَاةِ فِي الْآخِرَةِ
"Allah SWT menciptakan kamu untuk mati dan hidup, iaitu mati di dunia dan hidup di Akhirat."
Maka hidup yang kita lalui sekarang ini bukanlah hidup yang sebenar.
Ia cuma peluang yang sementara untuk beramal, mengumpul bekalan dan membetulkan arah tujuan.
Di Akhirat kelak barulah kehidupan itu benar-benar bermula.
Sumber: Tafsir al-Qurtubi
Fakhri Fadzli
Allah will surprise you in the most unexpected ways. Sabr may feel heavy now, but what Allah has written for you will be worth every moment of waiting. Every delay carries hidden mercy, and soon you’ll see how perfectly everything was planned by the One who never makes mistakes.
Ramai yang berjuang sebenarnya. Cuma bezanya, ada yang meluahkan dan ada juga yang cuma simpan dan telan sendiri.
Apa pun perjuangan kita, sentiasa ingat setiap kepayahan pasti Allah permudahkan buat kita.
Jangan putus asa, jangan putus harap ya, nak.