Mesti ramai tidak mengetahui terdapat 13 tempat larangan di dunia?
Dari Area 51 di Amerika Syarikat hingga ke Pulau North Sentinel di India, bumi kita dipenuhi dengan lokasi-lokasi misteri yang tidak dapat dimasuki oleh orang ramai. Apakah kaitan tempat ini dengan Nilai Hormat
Cara dia bercakap macam full of oneself. Takde bunyi merendah diri langsung. Kalau i jadi mak ayah pihak perempuan, i rasa malu dan terhina sebab bakal menantu suka hati bagi i arahan sebab “dah transfer 50k” macam eh kau ingat kau boleh beli anak aku macamtu ja ka? 😂
Aku pernah ulas perkara ini sebelum ini, namun ia wajar diulang kerana hakikatnya semakin jelas dari hari ke hari. Ramai antara kita merasakan sesuatu yang tidak kena, tetapi sukar untuk menzahirkannya dengan kata-kata. Kita bekerja lebih keras, namun terasa semakin sempit. Gaji naik berkali ganda, tetapi nilainya seperti menyusut di tangan sendiri.
Sekitar tahun 1970-an, seorang ayah yang menjadi breadwinner keluarga dengan gaji sekitar RM350 sebulan mampu membeli kira-kira 100 gram emas dengan pendapatan bulanannya. Ertinya, satu bulan kerja bersamaan dengan 100 gram emas, satu ukuran nilai yang nyata dan stabil. Dengan pendapatan itu, dia mampu menyara keluarga, memiliki rumah, kenderaan, dan masih membawa anak-anak bercuti sekali-sekala tanpa tekanan yang melampau.
Bandingkan dengan keadaan hari ini. Seorang ayah yang memperoleh RM3,500 sebulan, sepuluh kali ganda daripada angka RM350, hanya mampu membeli sekitar 5 gram emas. Secara zahirnya gaji meningkat 10x, tetapi pada hakikatnya nilai sebenar yang dapat disimpan atau ditukar kepada aset/matawang kukuh seperti emas telah merosot dengan begitu drastik.
Jika dahulu satu bulan usaha bernilai 100 gram emas, hari ini ia hanya bernilai sekitar 5 gram.
Ertinya, seorang ayah pada zaman ini telah kehilangan keupayaan untuk memiliki 95 gram emas setiap bulan berbanding generasi terdahulu. Untuk menyamai nilai sebenar pendapatan ayah pada tahun 1970-an, seorang ayah hari ini mungkin perlu memperoleh sekitar RM60,000 hingga RM70,000 sebulan, angka yang bagi kebanyakan orang hanyalah angan-angan.
Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku?
Kita sering diberitahu bahawa ini soal pengurusan kewangan, soal kemahiran merancang, atau gaya hidup yang tidak terkawal. Benar, semua itu memainkan peranan. Namun ada hakikat yang lebih besar dan lebih mendasar which is sistem kewangan yang dibina atas riba telah menghakis nilai sebenar wang. Inflasi bukan sekadar angka dalam laporan ekonomi tetapi ia adalah hakikat yang merompak daya beli, simpanan, dan masa depan generasi.
Allah SWT telah mengingatkan dalam al-Quran bahawa Dia akan menghancurkan riba dan menyuburkan sedekah. Janji ini bukan sekadar peringatan biasa, tetapi realiti yang kita sedang saksikan. Riba tidak hanya merosakkan individu, tetapi merosakkan struktur ekonomi seluruh masyarakat. Nilai wang menyusut, jurang kekayaan melebar, dan beban hutang menjadi norma kehidupan.
Kita hidup dalam zaman di mana bekerja keras tidak lagi menjamin kestabilan seperti dahulu. Namun sebagai Muslim, kita tidak hanya melihat fenomena ini dari sudut ekonomi, tetapi dari sudut aqidah dan keyakinan kepada janji Allah. Jika riba membawa kemusnahan, maka jalan keluar bukan sekadar mengejar angka gaji yang lebih besar, tetapi kembali kepada prinsip yang diberkati seperti kehalalan, keadilan, keberkatan, sedekah, wakaf dan sistem yang bebas daripada riba.
Mungkin kita tidak mampu mengubah sistem secara serta-merta, tetapi kita mampu mengubah sikap dan pilihan kita. Kita mampu membina kesedaran, menguatkan tawakal, memupuk sifat qanaah dan mencari keberkatan dalam rezeki yang halal. Kerana pada akhirnya, yang menentukan ketenangan hidup bukanlah jumlah pada slip gaji, tetapi nilai sebenar yang Allah letakkan pada rezeki itu.
Apabila keberkatan ditarik, angka yang besar sekalipun terasa kecil, tetapi apabila keberkatan hadir, yang sedikit pun terasa cukup.
@okedla@AidFawzal Ya betui, contoh susu UHT boleh saja disimpan suhu bilik KECUALI packaging nya dah compromised. Lain kes utk susu segar yg mmg wajib kena simpan dlm chiller. Tempoh expired pon hanya 7 hari shj
This short film by former Pixar animator Rodrigo Blaas is genuinely disturbing. Alma (2009) delivers more unease in a few minutes than many full-length horror films. https://t.co/NOPhgdLi8P
Di jalan raya hari ini, bukan semua yang naik superbike itu matang dan berhemah. Ada segelintir “orang tua” berusia, lengkap dengan motor berharga puluhan ribu, tapi perangai masih macam mat rempit baru habis sekolah.
Kalau perangai masih rempit, jangan salahkan orang bila dipanggil rempit walaupun uban dah penuh di kepala.