VAKSIN ASTRA ZENECA DAN KESAN SAMPING DARAH BEKU
Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).
Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini HANYA berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksinasi. Orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya. Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi. Namun yang demikian, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi, dan ketika itu stok vaksin tidak mencukupi waktu itu. Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI. (Boleh rujuk gambar).
Selain langkah berjaga-jaga ini, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu 4 kes berlaku dalam 1 setiap juta suntikan. Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat. Selepas jangkitan COVID-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam 1 juta jangkitan. Insiden darah beku di kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini.
Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini TIADA KAITAN dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan Untuk dos penggalak (Booster dose).
Serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih berlaku kini adalah disebabkan faktor risiko lain seperti merokok, masalah kolesterol, dan masalah kencing manis. Orang ramai diminta membezakan antara kesan samping darah beku (VITT) dengan masalah pembekuan darah yang lain. Kriteria diagnosa VITT mestilah ianya berlaku dalam sela masa 4 minggu selepas vaksinasi dan perlu ada nilai platelet yang rendah. Diagnosa tidak boleh dibuat dengan mata kasar tanpa pemeriksaan dan pengesahan oleh pegawai perubatan. Kita perlu berhati-hati dengan analisa fakta dan salah tafsir yang akan menyebabkan kekusutan dan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Korang pernah pergi ke Kuantan tak?
Teluk Chempedak, Pantai Cherating, semua ni ada kat Kuantan.
Tapi sebenarnya ada sebuah HIDDEN GEM 💎 yang berdekatan dengan Kuantan, cuma 30 minit je dari Exit Kuantan LPT.
Namanya Sungai Lembing!
1/15
Aku sebagai orang awam, lebih suka dengar ceramah Ustaz yang suka mengajak orang awam utk beribadah dengan sunnah-sunnah yang disandarkan pada dalil-dalil sahih. Contohnya:
1. Jika nak berzikir, berzikir seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW, tanpa perlu terkinja-kinja di kubur, atau berkumpul di dewan secara beramai-ramai.
2. Jika nak berselawat, selawatlah dimana-mana sahaja tanpa perlu ada majlis gendang-gendang sehingga menggangu jiran tetangga.
3. Jika mahu berdoa, berdoalah secara sendirian, bangun solat malam, waktu ini mintalah apa yang nak minta sebab itu antara golden hour yang betul-betul memisahkan kita dengan hal dunia untuk lebih dekat dengan Allah. Tak perlu sikit-sikit minta doa para "wali" sampai bertabarruk secara melampau.
Seriously, kuliah-kuliah Dr MAZA dan Dr Abu Anas Madani ini sangat lazat didengari untuk kuatkan hati dan belajar amalan-amalan sahih. Dan tolong tinggalkan mana-mana Ustaz yang suka cerita khurafat seperti Nabi Adam turun gunung jerai atau cerita-cerita rekaan untuk kelazatan pendengar.
Mana dia demokrasi? Mana dia hak asasi? Mana dia hak kemanusiaan? Saya tempik laungan solidariti sewaktu menghadiri “Himpunan Malaysia Bersama Palestin” bersama ribuan masyarakat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
Sayugia, himpunan ini merupakan salah satu mesej solidariti Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin.
Kendatipun berdepan tantangan dan ugutan, saya maklumkan hadirin, Malaysia tidak akan berhenti setakat ini sahaja malah akan terus memperjuangkan kebebasan Palestin dan mengutuk pencerobohan tanpa rasa takut.
Ini bukan sekadar isu negara Arab, tapi isu kemanusiaan yang wajar menjadi dukungan kita, kerana itu kita telah membuat keputusan menyokong perjuangan sah rakyat Palestin ke arah Palestin yang Merdeka.
Hidup Palestin!
Palestin merdeka!
Allahuakbar!
#MalaysiaMADANI
Saya hairan. Kuasa apa yang perlu dikembalikan? Kuasa Perdana Menteri Melayu? Kuasa Raja-Raja Melayu - Ketua Negara sebagai DYMM YDPA? Kuasa Ketua Polis Negara Melayu? Kuasa ATM Melayu? Kuasa apa? Soalan serius.
Tahukah anda di Malaysia ni kita ada kilang cetak Al-Quran kedua terbesar di dunia.
Ya, no 2 besar di dunia selepas kilang di Madinah.
Setahun boleh cetak lebih 3 juta unit Al-Quran.
Tapi bukan Quran je, buku agama & sampul raya pun diorang cetak.
Kilang ni terletak di Presint 14, Putrajaya.
3KM je dgn office Kementerian Pendidikan.
Yg peliknya boleh @RadziJidin tak perasan.
Tak munasabah bagi projek cetak buku J-Qaf bernilai RM80 juta kat syarikat jual produk kosmetik.
Tagune punya Cikgu Nobita.