๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ #๐ฑ๐ฐ, ๐๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฎ๐ฑ ๐๐จ๐ก ๐ต ๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐, ๐๐ฃ๐๐ฆ๐ข๐ ๐ฃ๐ฅ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
Podcast YBM tetap istiqomah bersiaran, walaupun kita sudah mula masuk ke kempen PRN Johor.
Saya dalam perjalanan ke JB, tadi ada benda yang pelik. Ada satu tempat tiba-tiba bumbung kereta macam ada orang ketuk bergendang. Macam irama pun ada. Selepas 2 minit, bunyi dari bumbung itu hilang.
Saya buat kesimpulan itu burung yang singgah atas bumbung kereta kami dan menari, sebab kesimpulan alternatif ialah itu hantu.
Ini bukan pasal burung atau hantu, ini pasal podcast malam ini.
Jangan lupa, podcast YBM episod ke 54 adalah malam ini hari Khamis, bukan hari Jumaat sebab malam esok kita ada majlis mengumumkan calon di Paragon Market Place JB.
Podcast malam ini lebih bersantai dan kita kupas isu-isu berkaitan perkembangan politik semasa. Selain dari PRN Johor dan persediaan BERSAMA masuk gelanggang buat kali pertama selepas sebulan dilancarkan, kita juga akan ulas perkembangan di dalam Perikatan Nasional dan bom terbaru yang berluka dalam Umno Johor.
Jangan lupa podcast YBM episod 54, malam ini, Khamis 25 Jun jam 9 malam.
Dulu Ayuh Malaysia 1.0 pun macam ni la juga. @rafiziramli pusing satu Semenanjung berkempen atas trak. Membawa misi untuk rakyat Malaysia terutamanya kepada Pengundi Atas Pagar, mengapa perlu memilih Parti Mata Lebam setelah kekalahan teruk di Sabah, Melaka dan Johor. Akhirnya, dengan misi dan strategi yang beliau bawa, Parti Mata Lebam berjaya menjadi blok terbesar dalam PRU15. Seterusnya mengangkat Presidennya menjadi Perdana Menteri.
2026 sekali lagi misi yang sama dan kaedah yang sama bakal digunakan. Cuma, warna trak sahaja berlainan.
Ayuh Malaysia terutama bangsa Johor! Undilah @partibersamamy sebagai alternatif politik masa depan yang lebih telus, berintegriti dan berprinsip. Boleh mendaftar menjadi ahli dan menyumbang di pautan https://t.co/ik6FIl1HuR.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐ฌ๐ง๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ก ๐๐๐จ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah.
Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut:
1.Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
2.Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1);
3.Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
4.Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon;
5.Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan
6.Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji.
Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai.
Pautan deraf boleh diakses di sini:
https://t.co/SSOFrWqSNu
Semua 15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan.
Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman https://t.co/6vXmDO7QDX dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026.
Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman https://t.co/6vXmDO7QDX, klik โAcaraโ. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik.
Selain pengisytiharan harta calon-calon, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi.
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
๐ช๐๐ฌ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐? ๐๐๐๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฌ๐ข๐จ ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini.
Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke?
Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN.
BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami.
Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan.
Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa.
Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE.
Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu.
Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik.
Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza.
Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih.
Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia.
Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya.
Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga.
Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri.
Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat.
Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing.
Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari.
Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini.
Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit.
Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil.
Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut:
Tarikh:
Jumaat, 26 Jun 2026
Masa:
Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam
Tempat:
Ruang Parkir Paragon Market Place
135, Jalan Tampoi
Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru
Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini.
Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara, pilih โPengumuman Calon PRN Johorโ atau imbas kod QR.
Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu.
Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di https://t.co/6vXmDO7QDX jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan.
Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat.
Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.
SEMENTARA itu sekitar pemandangan pada awal pagi tadi di sekitar Pasar Pudu Kuala Lumpur, yang menyaksikan 186 pendatang haram daripada pelbagai negara, telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan
Hah kauโฆ
dia fitnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai pelarian pulak nak mengahalalkan Rohingya..
Hijrahโ lariโฆ
Macam mana seorang nabi kau fitnah melarikan diri..
Allah perintahkan melalui wahyu..
Nak respon, pastikan diri tu dah cukup ilmu. Nampak sangat kau ni bangang. Bila kau jadi Menteri, kau tertakluk dalam etika anggota kabinet. Semua suara, pendapat, kritikan adalah tertakluk dalam mesyuarat kabinet sahaja. Tak boleh dibawa keluar. Kabinet hanya bercakap melalui Jurucakap komunikasi yang dilantik iaitu Pami Padil. Bukan boleh semberono mengkritik.
Baghal!
Etnik Rohingya Miliki Kedai Cuci Kereta Ditahan JPJ, Tunggang Motosikal Tanpa Lesen #MGFlash
Seorang lelaki etnik Rohingya yang dipercayai mengusahakan premis cuci kenderaan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah dalam Ops Pemandu Warganegara Asing, di Changlun semalam.
#malaysiagazette #wargarohingya #premiscucikenderaan
Masalah bukan orang pegang buku.
Masalah bila buku jadi prop untuk bina imej intelek.
Dalam politik, depan panggung semua nampak kemas.
Baca buku.
Cakap reform.
Cakap prinsip.
Cakap rakyat.
Belakang panggung,
yang bergerak tetap akses, kabel, jawatan dan survival kuasa.
Itu yang orang makin meluat.
๐ฉ๐ฒ๐ป๐๐ฒ #๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐๐ฒ๐ฟ๐๏ฟฝ๏ฟฝ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐๐๐ ๐ช๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ท๐ ๐ธ๐ฒ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ต๐๐ป๐ด ๐๐๐ผ, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฃ๐
Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun ini.
Setakat hari ini, seminggu selepas tiket mula dijual, 464 tiket telah dijual, iaitu 46% dari keseluruhan tiket.
Tiket-tiket mahal telah hampir habis dijual:
Platinum RM2,000 seorang telah habis dijual.
Gold RM1,000 seorang tinggal 4 tiket lagi.
Silver RM500 seorang tinggal 1 tiket lagi.
Yang tinggal ialah tiket standard RM150 seorang, ada sekitar 500 tiket lagi dengan masa berbaki 9 hari.
Cuma saya nak kena buat satu pengumuman mengenai perubahan tempat.
Tempahan dewan asal di SJKC Wangsa Maju terpaksa dibatalkan kerana sekolah mendapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), walaupun asalnya Lembaga Pengelola dan pihak sekolah menerima tempahan BERSAMA.
Oleh itu, majlis dana #WeFund BERSAMA akan diadakan di SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Pudu.
Ada nilai sentimental juga bila #WeFund BERSAMA diadakan di SJKC Chung Kwo kerana di sinilah saya pernah menganjurkan pelbagai majlis kutipan dana dari 2016 lagi (semasa INVOKE) dan 2022 (semasa Ayuh Malaysia).
Kami akan menghantar makluman pertukaran tempat kepada semua yang telah membeli tiket melalui email dan Whatsapp, dan akan menelefon semua pembeli juga.
Bagi mereka yang ingin menyumbang, ada 9 hari lagi dan tiket-tiket boleh dibeli secara online di https://t.co/6vXmDO7iOp
Klik โAcaraโ dan pilih โWeFund BERSAMAโ.
BERSAMA kami di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu pada hari Sabtu, 27 Jun ini jam 8 malam.
๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐ช๐ต๐ฎ๐๐๐๐ฝ๐ฝ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ถ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ & ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ
Usaha membina rangkaian komuniti BERSAMA di seluruh negara terus berkembang.
Selepas pembukaan komuniti di Johor dan Negeri Sembilan, kini giliran ahli-ahli BERSAMA di Selangor dan Melaka untuk menyertai komuniti WhatsApp mengikut kawasan masing-masing.
Komuniti ini diwujudkan bagi memudahkan ahli untuk:
๐ Mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini BERSAMA di kawasan setempat.
๐ Mengetahui aktiviti dan program yang sedang dijalankan.
๐ Berhubung dengan petugas dan penyelaras kawasan.
๐ Mengambil bahagian dalam gerak kerja dan inisiatif komuniti.
Untuk makluman:
1) Komuniti ini terbuka kepada ahli BERSAMA sahaja.
2) Pembukaan komuniti negeri-negeri lain akan diteruskan secara berperingkat.
3) Imbas kod QR yang disediakan dan sertai komuniti kawasan anda.
Mari sama-sama menyemai benih perubahan melalui komuniti BERSAMA, bermula di kawasan kita sendiri.
Bagi yang belum menjadi ahli, pendaftaran boleh dibuat di https://t.co/6vXmDO7QDX