It's okay kalau kita lambat dari orang lain. It's okay kalau kita baru nak mula. Tak semua perkara kita perlu berkejar, kan kita tengah berusaha in shaa Allah tak lama lagi Allah akan bagi something worth it! Sometimes be 'now' is a good way to protect you from insecurities.
Bagaimana Meraih Rahmat Allah
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ
Daripada Jarir bin Abdullah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan merahmati (menyayangi) sesiapa yang tidak merahmati (belas kasihan) kepada manusia." (HR Bukhari No: 6828) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat rahmah - saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang. Mengasihi manusia ialah antara sebab memperoleh rahmat Allah SWT.
2. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa maksud hadis ini ialah sesiapa yang tidak menzahirkan sifat rahmah (kasih sayang, belas ihsan, simpati, tolong-menolong) terhadap orang lain, maka Allah tidak akan melimpahkan rahmat-Nya kepadanya.
3. Imam al-Nawawi menyebut bahawa sifat Rahmah dalam hadis ini bersifat umum iaitu meliputi rahmat kepada semua manusia, sama ada Muslim atau bukan Muslim, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, hamba, atau sesiapa sahaja.
4. Kasih sayang hendaklah diterjemahkan melalui bantuan, layanan baik dan perlindungan.
5. Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih
6. Kasih sayang sesama manusia akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan terhindar daripada penindasan.
7. Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum dan bangsa lain. Menjaga lidah daripada menghina, mengumpat dan menyakiti juga merupakan sebahagian daripada rahmah. Jadikanlah perbezaan bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.
8. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya. Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim juga kedudukan mereka, agar kita sentiasa disayangi.
Ingatlah wahai manusia, Allah akan tolong kita apabila kita menjaga solat, Allah akan sentiasa berada dengan kita setiap masa apabila kita dalam kesusahan dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Masalah menimpa? Solat.
Hati tak tenang? Solat.
Tengah serabut? Solat.
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan daripada diri kita sendiri. Oleh kerana itu, serahkan saja segala urusan kita kepada-Nya. Semua akan indah pada waktunya. Asal jangan jauh-jauh dari-Nya. Allah Maha Mengetahui semuanya.
“Ya Allah, hilangkanlah segala kekusutan dan dukacita serta gantikanlah sekeping hati yang tenang untuk menghadapi apa jua ujian yang kau titipkan buat kami. ” Aamiin.. 🥺🤲🏻
Dah sedekah jumaat harini?
Harini jom belanja anak yatim, mereka ni kecil-kecil dah terpaksa melalui hidup susah. Ditambah dgn ketiadaan ibubapa lagi. InshaAllah banyak manfaat buat penerima dan diri sendiri juga.
Jodoh tidak pernah tertukar pemilik tulang rusuk kirinya. Begitu juga rezeki, tidak pernah tersalah alamat.
Aturan Allah itu sempurna, mengapa perlu untuk diragui.
"Jangan pernah menyerah untuk berdoa kepada Allah. Itu mungkin tidak terjadi sekarang, dan itu mungkin juga tidak terjadi bulan depan atau bahkan tahun depan. Tapi semua boleh terjadi bila-bila masa mengikut waktu Allah rasakan ianya tepat buat kita perolehnya."