𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟲𝟴:
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥, 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗔?
Baru-baru ini, timbul isu yang melibatkan Zetrix AI Berhad dan JPJ berkaitan kontroversi tunggakan bayaran hasil kerajaan, yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG. Perbincangan turut tertumpu kepada kaitan syarikat itu dengan UMNO pada masa lalu.
Tetapi adakah itu keseluruhan ceritanya?
Dalam sistem kapitalisme kroni, pertukaran kerajaan tidak semestinya menamatkan hubungan antara perniagaan dengan kuasa politik. Apabila kerajaan bertukar, bagaimana pula hubungan dan kedudukan mereka yang dahulunya rapat dengan parti tertentu?
Malam ini, saya akan menelusuri bagaimana syarikat dan ahli perniagaan yang pernah dikaitkan dengan satu parti membina hubungan dengan parti yang kemudian menjadi kerajaan.
Bagaimana jaringan ini bertahan merentasi pertukaran kerajaan, dan bagaimana mereka kembali mendekati puncak kuasa?
Saksikan Podcast YBM Episod 68 malam ini, Jumaat, 16 Oktober 2026, jam 9.00 malam, di saluran YouTube saya.
Jumpa malam ini.
“Hutang kerajaan tak ada kena-mengena dengan aku. Kerajaan bayarlah.”
Ramai mungkin fikir begitu. Tetapi hutang kerajaan ada kesannya kepada kehidupan kita setiap hari.
Masalahnya bukan jumlah hutang semata-mata. Yang perlu kita tengok ialah berapa banyak wang rakyat digunakan untuk membayar faedah setiap tahun.
Untuk 2027, bayaran faedah hutang kerajaan dianggarkan mencecah RM61 bilion. Itu belum lagi menyelesaikan pokok hutangnya.
Sebab itu rakyat kena ambil tahu.
Apabila semakin banyak wang terikat kepada bayaran hutang, semakin sempit ruang untuk menambah baik sekolah, memperkukuh hospital dan menyediakan kemudahan awam.
Keperluan rakyat bertambah. Tetapi wang yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan itu terpaksa bersaing dengan bayaran hutang yang semakin tinggi.
Nisbah hutang boleh turun, sedangkan jumlah ringgit yang perlu dibayar untuk faedah terus meningkat. Sebab itu kerajaan tidak boleh hanya menunjukkan satu angka yang bertambah baik dan menganggap semuanya sudah terkawal.
Kerajaan sendiri menetapkan sasaran hutang tidak melebihi 60% daripada KDNK. Rakyat berhak tahu: apakah pelan yang jelas untuk sampai ke situ, dan bila?
Berapa banyak ketirisan berjaya dihentikan? Perbelanjaan mana yang benar-benar memberi pulangan? Bagaimana hasil negara mahu ditambah tanpa terus menekan rakyat?
Malaysia boleh memperbaiki kedudukan hutangnya. Tetapi ia memerlukan disiplin berbelanja, pertumbuhan ekonomi dan keberanian membetulkan kelemahan pengurusan wang awam.
Kalau rakyat diminta menerima cukai dan menyesuaikan perbelanjaan, kerajaan juga mesti menunjukkan disiplin yang sama.
Kerana akhirnya, bayaran hutang bukan sekadar angka dalam buku belanjawan.
Kesannya sampai ke sekolah anak-anak kita, hospital tempat kita mendapatkan rawatan dan baki wang dalam poket kita.
Adakah kita mengundi sesuatu parti hanya kerana parti itu lebih kuat dan boleh menang?
Ketika PKR mula bertapak, ramai tidak menjangka parti itu mampu menang. DAP juga melalui puluhan tahun sebagai pembangkang. Siapa sangka BN yang begitu lama dominan akhirnya dapat ditumbangkan?
Perubahan itu bermula apabila rakyat memberi kepercayaan kepada perjuangan yang mereka percaya betul, walaupun kemenangan ketika itu terasa jauh.
Itulah semangat yang dibawa BERSAMA. Mengundi berdasarkan prinsip, perkara yang diperjuangkan dan harapan untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kerana undi hari ini bukan sekadar menentukan siapa menang. Ia turut menentukan Malaysia yang akan diwarisi oleh anak-anak dan cucu kita.
𝗞𝗘𝗡𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡 | 𝟭𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)
BERSAMA akan meneruskan gerak kerja melalui program Kenduri BERSAMA di Pandan pada Sabtu ini, 17 Oktober 2026.
Program ini menjadi ruang untuk ahli, sukarelawan dan masyarakat setempat bertemu, berkenalan serta mengeratkan hubungan dalam suasana santai.
Kali ini, Kenduri BERSAMA turut dimeriahkan dengan Sukan Rakyat Pandan 2026, yang menawarkan lebih 20 acara sukan rakyat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia.
Antara aktiviti yang diketengahkan termasuk Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah, Fit Pandan, 1001 Suara Pandan dan Go Green Minyak Masak.
Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan, memberikan sokongan kepada para peserta serta meluangkan masa bersama masyarakat setempat.
𝗞𝗘𝗡𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡
📅 Sabtu, 17 Oktober 2026
🕒 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sukan Rakyat Pandan)
📍 Jalan Kencana 22, Taman Kencana, 56100 Ampang, Selangor
Orang ramai boleh mendaftar kehadiran di laman web BERSAMA:
🌐 https://t.co/nACFFXeXNL
Maklumat lanjut mengenai Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah Piala BERSAMA Pandan boleh didapati di:
🌐 https://t.co/z2tFivsdf9
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Sukan Rakyat Pandan, sila hubungi:
📞 014-804 9496 (Anaz)
📞 017-343 3669 (Lukman)
📞 017-944 4948 (Azmy)
Semua ahli BERSAMA, sukarelawan serta warga Pandan dan kawasan sekitarnya dijemput hadir.
Pohon sebarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan sesiapa yang berminat untuk mengenali serta mengambil bahagian dalam program BERSAMA. Kita jumpa Sabtu ini.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗛𝗜𝗟𝗜𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Jelajah Trak Kancil Melaka meneruskan perjalanan, kali ini ke DUN Bandar Hilir pada Ahad lepas.
Beberapa Calon Bayangan BERSAMA turut hadir dan berucap pada malam tersebut:
1. Dr. Bryan Kek Kit Hun bagi N.19 Kesidang
2. Ethan Lim Zhi Hao bagi N.20 Kota Laksamana
3. Ir. Dr. Mohd Nor Rashidi bin Ab. Jalil bagi N.22 Bandar Hilir
Belanjawan MADANI nampak macam hebat, tetapi adakah rakyat akan menerima apa yang dijanjikan?
Ibarat membeli barang online: gambar nampak menarik, tawaran nampak hebat. Tetapi apabila sampai, “order lain, dapat lain.”
Begitulah persoalan di sebalik pengumuman gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027. Rakyat mendengar “gaji naik”, tetapi PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baharu itu.
RM50 juta ialah hasil jualan, bukan keuntungan. Banyak perniagaan kecil masih jauh daripada ambang tersebut. Bagi pekerja mereka, pengumuman gaji naik belum tentu membawa perubahan pada slip gaji.
Belanjawan boleh kelihatan hebat di pentas pengumuman. Namun, reformasi gaji masih belum menyeluruh jika pekerja PMKS terus tertinggal tanpa laluan dan tempoh pelaksanaan yang jelas.
BERSAMA mahu reformasi yang membantu majikan meningkatkan kemampuan membayar gaji yang lebih baik, serta memastikan manfaatnya sampai kepada pekerja.
Rakyat mengharapkan perubahan sebenar. Jangan sampai yang diumumkan lain, yang diterima lain.
GST kembali pada kadar 5%. Dengan empat syarat.
BERSAMA mencadangkan pelaksanaan semula GST dalam Belanjawan Bayangan 2027 untuk memperkukuh hasil negara dan membiayai perlindungan rakyat yang lebih baik.
Namun, pelaksanaannya mesti disertai empat syarat yang jelas:
Dulu PH dilihat sebagai alternatif kepada BN/PN.
PH dilihat sebagai satu harapan besar buat rakyat yang muak dengan pentadbiran BN/PN yang corrupt.
Hari ini, selepas diberi peluang menjadi kerajaan, adakah PH masih dianggap sebagai alternatif?
Tak ❌
Terbukti, PH sama je dengan BN & PN. Yang membezakan ke-tiga² gabungan ini hanyalah nama.
PH mengkhianati kepercayaan rakyat yang pernah percaya mereka mampu membawa perubahan.
Realiti✅
#TSR
Perbincangan tentang Anwar Ibrahim dan kepimpinan negara tidak sepatutnya berkisar pada siapa yang “kurang buruk” atau “lesser of two evils”.
Soalan yang patut kita tanya ialah: siapa yang mampu menawarkan masa depan terbaik untuk negara dan rakyat?
Sebab itu, apabila rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati, jawapannya tidak boleh sekadar: “Kamu tiada pilihan. Kalau tak undi kami, pihak sana akan menang.”
Rakyat berhak mendapat jawapan tentang prestasi, hala tuju negara dan bagaimana kehidupan mereka akan bertambah baik.
Bayangkan kita mahu makan. Satu kedai kotor, satu lagi lebih kotor. Takkan kita perlu menerima sahaja kedai yang kurang kotor? Kita berhak menuntut kedai yang bersih.
Begitu juga dengan politik. Pengundi berhak mendapat calon-calon pemimpin yang lebih berkelayakan, kepimpinan yang berintegriti dan dasar yang menawarkan masa depan yang lebih baik.
Sebab itu BERSAMA perlu ada sebagai satu tawaran baharu. Tanggungjawab kami ialah membuktikan bahawa kami mampu menampilkan calon yang lebih baik, mengurus parti tanpa rasuah dan menawarkan pentadbiran yang lebih berkesan.
Undi rakyat ialah kuasa untuk menetapkan standard. Ia boleh menghantar mesej kepada PH, BN dan semua parti bahawa sokongan mesti diperoleh melalui prestasi, integriti dan tawaran yang meyakinkan.
Jangan anggap undi rakyat sudah terjamin hanya kerana mereka takut kepada pihak lain.
Pengundi layak mendapat yang lebih baik. Masa depan negara terlalu penting untuk kita terus memilih berdasarkan siapa yang kurang buruk.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗛𝗜𝗟𝗜𝗥 | 𝟭𝟭 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗔𝗛𝗔𝗗)
Sehari selepas persinggahan di DUN Kelebang, Jelajah Trak Kancil Melaka akan diteruskan ke DUN Bandar Hilir pada Ahad, 11 Oktober 2026.
Ahli-ahli BERSAMA dan seluruh warga DUN Bandar Hilir serta kawasan sekitarnya dijemput hadir untuk mendengar perkongsian mengenai isu-isu semasa, mengenali perkara yang diperjuangkan oleh BERSAMA serta pendekatan yang ingin dibawa.
Maklumat Jelajah Trak Kancil DUN Bandar Hilir adalah seperti berikut:
📅 Ahad, 11 Oktober 2026
🕒 8.00 malam
📍 Gan Boon Leong Hall, Jalan Teratai, Taman Teratai, 75050 Melaka
🔗 https://t.co/7EoYIebXH1
Bawa keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di sana!
Orang ramai boleh mendaftar kehadiran melalui bahagian Acara di laman web BERSAMA:
🌐 https://t.co/nOUTHK88GI
Pendaftaran juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada visual.
Kepada ahli BERSAMA, pendaftaran kehadiran boleh dibuat melalui aplikasi Kancil (Google Play) atau laman https://t.co/fCMc3GZOrD
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 | 𝟭𝟬 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)
Sabtu ini, ada dua program BERSAMA di Melaka. Kita mulakan dengan Kenduri BERSAMA di DUN Kuala Linggi pada sebelah siang, kemudian Jelajah Trak Kancil di DUN Kelebang pada sebelah malam.
Maklumat dua program ini adalah seperti berikut:
𝗞𝗘𝗡𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
📅 Sabtu, 10 Oktober 2026
🕒 9.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Rumah Kak Kadariah, Bt. 27, Kampong Baru, Jalan Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru
🔗 https://t.co/gV8Njmhpaf
Daftar kehadiran di:
🌐 https://t.co/AXuTi8Higc
Pada sebelah malam pula, Jelajah Trak Kancil diteruskan di DUN Kelebang. Warga Kelebang dan kawasan sekitarnya dijemput hadir untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa, perkara yang diperjuangkan oleh BERSAMA serta pendekatan yang ingin dibawa untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚
📅 Sabtu, 10 Oktober 2026
🕒 8.00 malam
📍 Lot 487-5, Batu 4 1/4, Jalan Meranti 5, Taman Sayang Selasih, Kelebang
🔗 https://t.co/FdnrY1EXRj
Daftar kehadiran di:
🌐 https://t.co/GNrl3FB96m
Orang ramai juga boleh mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR pada visual program masing-masing.
Ahli BERSAMA boleh mendaftar melalui aplikasi Kancil untuk pengguna Android atau laman https://t.co/fCMc3GZOrD.
Pohon sebarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta ahli dan sukarelawan BERSAMA di sekitar Melaka. Jumpa Sabtu ini!
Attached is my statement regarding the court declaring the 2021 floods was not an 'act of God' and urging the government to expedite the National Climate Change Bill and MyNAP, integrating climate adaptation across government, and voters questioning parties' climate policies before elections.
@partibersamamy
Isu gaji pekerja swasta antara topik yang dibincangkan di Podcast YBM Episod 66.
Saya ikut apa yang data tunjukkan dan data menunjukkan pekerja swasta ialah kumpulan yang paling tertekan di Malaysia hari ini.
Daripada setiap RM100 yang dihasilkan ekonomi kita, hanya sekitar RM33 kembali kepada pekerja sebagai gaji. Di Jerman, RM55. Kita lebih rendah daripada Filipina. Dari 2010 hingga 2021, gaji benar kita naik purata 1.8% setahun, paling perlahan berbanding China, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Sejak 2019, kenaikan gaji pekerja swasta lebih perlahan daripada kenaikan harga barang, dan jurangnya dengan harga makanan makin melebar. Mereka yang berumur 50 hingga 54, yang dah bekerja 20 atau 30 tahun, gaji penengahnya cuma RM3,400.
Kerajaan kata masalah ini diwarisi. Tapi dah hampir 4 tahun dan ada sebab politik kenapa satu kumpulan pekerja sentiasa diutamakan.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 66 di saluran YouTube saya.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
5 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟳
BERSAMA akan membentangkan Belanjawan Bayangan 2027 pada hari Rabu, 7 Oktober ini jam 8 malam di Ibu Pejabat BERSAMA.
Sementara pentas politik terus kecoh dengan pelbagai drama politik, tumpuan yang sama sepatutnya diberikan kepada perkara-perkara dasar yang ada kesan besar kepada kehidupan seharian rakyat.
Malangnya, perkara seperti ini tidak diberikan perhatian oleh parti-parti politik atau pun masyarakat.
Akhirnya, belanjawan yang dibentangkan kerajaan setiap tahun menjadi acara menunggu gula-gula yang bakal diumumkan.
Belanjawan 2027 berkemungkinan belanjawan terakhir pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU16.
Sebarang program atau dasar berbentuk gula-gula yang menelan peruntukan tinggi akan mempunyai kesan besar kepada kedudukan kewangan negara dan beban yang akan diwariskan kepada generasi masa depan.
Belanjawan Bayangan 2027 akan menggariskan pendekatan alternatif dalam menangani cabaran-cabaran utama negara. Ia telah melalui proses ekonometrik yang sewajarnya, untuk memastikan angka-angka yang digunakan adalah berasaskan realiti.
Ada beberapa anjakan besar yang dicadangkan yang mencabar pendekatan “business-as-usual” dan “conventional wisdom” yang menjadi asas kepada belanjawan-belanjawan kerajaan sebelum ini.
Pembentangan Belanjawan Bayangan 2027 oleh BERSAMA akan disusuli dengan satu forum yang melibatkan tokoh-tokoh ekonomi bebas.
Saya menjemput orang ramai, pihak media, ahli akademik dan aktivis untuk hadir ke majlis pembentangan Belanjawan Bayangan 2027 di Ibu Pejabat BERSAMA pada hari Rabu, 7 Oktober ini.
Ahli BERSAMA dan orang ramai boleh mendaftar kehadiran di laman https://t.co/6vXmDO7QDX, klik “Acara” dan pilih Belanjawan Bayangan.
Dokumen Belanjawan Bayangan 2027 akan dimuat naik ke laman https://t.co/6vXmDO7QDX dan boleh diakses orang ramai bermula jam 8 malam, 7 Oktober 2026.
5 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
5 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026
𝗣𝗥𝗢𝗙𝗔𝗜𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
BERSAMA telah pun mengumumkan 16 calon yang akan bertanding di 16 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 2026.
Mereka terdiri dari calon pelbagai latar belakang, dengan pengalaman bekerja yang panjang dan pencapaian akademik yang kukuh.
BERSAMA menetapkan syarat setiap calon wajib membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan harta sebelum watikah calon diberikan.
Maka, pada hari ini, orang ramai boleh melayari laman https://t.co/6vXmDO7QDX untuk mengakses akuan berkanun pengisytiharan harta setiap calon di capaian https://t.co/gSEmkaewD8
Selain dari akuan berkanun pengisytiharan harta, pengundi boleh berinteraksi dengan calon untuk menjemput mereka hadir ke program atau meninjau masalah setempat, melalui mekanisme “Jemput Calon” yang diperkenalkan di laman ini.
Saya menggalakkan pengundi Melaka memanfaatkan peluang ini untuk menggunakan kuasa mereka mengarahkan calon-calon BERSAMA hadir ke rumah atau kejiranan mereka, sebagai satu budaya politik baru yang mengangkat konsep seorang ahli politik itu bekerja untuk rakyat.
Jadual kempen setiap calon akan mula dinaikkan dan dikemaskini di laman calon https://t.co/6vXmDO7QDX, untuk memberi peluang kepada pengundi mengikuti kempen BERSAMA di Melaka dengan lebih berkesan.
Pada kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa pengisytiharan harta adalah satu kayu ukur komitmen setiap parti mencegah rasuah dan politik wang.
Walaupun hanya berusia 4 bulan, calon-calon BERSAMA telah membuat pengisytiharan harta secara akuan berkanun dalam dua pilihan raya negeri.
Secara langsung, ini menjadi tamparan kepada parti-parti lain yang lebih bertapak untuk menjelaskan kenapa mereka tidak komited untuk membuat pengisytiharan harta.
Keengganan UMNO membuat pengisytiharan harta akan mengukuhkan pandangan rakyat mengenai imej parti itu yang sering dikaitkan dengan rasuah.
Keengganan PAS membuat pengisytiharan harta mengesahkan bahawa parti itu tidak serius mengenai isu rasuah, demi fleksibiliti untuk bekerjasama dengan UMNO.
Keengganan PKR, DAP dan AMANAH membuat pengisytiharan harta mendedahkan hipokrasi mereka dalam membanteras rasuah.
Sementara PH menyerang UMNO menggunakan isu rasuah, PH sendiri tidak mengambil langkah semudah membuat pengisytiharan harta untuk membina budaya anti rasuah dalam parti masing-masing.
Saya realistik bahawa kebuntuan politik terkini bermakna majoriti pengundi tidak memberi premium kepada disiplin pengisytiharan harta.
Pun begitu, usaha membanteras politik wang dan rasuah tidak boleh ditunggang bagi tujuan laba politik semata-mata. Ia mesti dibuktikan dengan keberanian dan ketelusan untuk mengisytiharkan harta.
5 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜