Dalam surah Nuh ayat 10-12, Allah menjelaskan melalui dakwah Nabi Nuh bahawa beristighfar memohon ampun berupaya memudahkan rezeki.
Semoga kita rajin beristighfar seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri.
Disaat Allah memberi ujian. Diamlah seribu bahasa, senyumlah tanpa kata, rasai nikmat ujian dari Allah kerana ujian itu tanda Allah sayang kepada kita.
Ada terdengar ustaz cakap,
"Kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.
1) Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,
2) Jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.
InshaAllah kalau tak ada 2 perkara ni, hidup akan jadi tenang.
Sepotong Ayat Khutbah Terakhir Rasulullah SAW,
"Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain melukaimu. Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan DIA akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya."
Terkadang aku terharu bila mana Allah telah mengabulkan doaku seperti tidak mempedulikan sejuta dosa yang telah menyelimutiku. Entah aku harus berasa malu atau terharu. 😔😭
Apa maksud Qada?
Ketetapan yang Allah tetapkan sejak azali lagi.
Apa maksud Qadar?
Perkara yang akan terjadi.
Jadi, semua telah tertulis. Mengapa perlu bersedih. Tetap kuat untuk hadapinya.
Letakkan pengharapan dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT.
Percayalah, kita tak akan kecewa lama-lama. Sebab, orang yang berharap dan bergantung kepada Allah pasti yakin dengan segala apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik.
Ketika hatiku terlalu berharap pada seseorang maka Allah timpakan pada aku pedihnya sebuah pengharapan, supaya aku mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia.
Maka Allah menghalangi aku dari perkara tersebut agar aku kembali berharap kepadaNya.
Allah hadirkan ujian bukan untuk melemahkan tapi Allah nak kita cari jalan penyelesaian dan cara untuk tangani ujian tersebut.
Semoga apa yang Allah uji, kau mampu dan bertahan untuk menanti ganjarannya kelak.
Macam mana kita nak bersyukur?
Ringankan mulut kita untuk kita berzikir, ingat pada Allah, ringankan tangan kita untuk bersedekah.
Dan yang paling penting kalau kita malas untuk bersyukur, cuba kita fikir pernah tak Allah malas untuk beri nikmat pada pada kita.
Dah tertulis di Luh Mahfuz akan langkah perjalanan hidup kita.
Dengan siapa kita kenal,
Dengan siapa kita berkawan,
Bila kita jumpa jodoh,
Bila ajal akan tiba.
Jadi jangan risau dengan perjalanan hidup mu, kita hanya merancang,tapi Allah SWT sebaik baik perancang.